Terima Kasih Kerajaan Malaysia
Gambar kenangan semasa menerima sumbangan atas kejayaan STPMMore
Zaman STPM
Gambar kenangan bersama YAB Dato' Seri Utama Haji Mohamad bin HasanMore
Anugerah Penulis Muda Negeri Sembilan
Bersama Dato' Seri Aminuddin bin Harun dan barisan pemenangMore
Anugerah Pingat Emas Canselor
Gambar kenangan bersama Sultan Selangor, Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj semasa menerima anugerah Konvokesyen UPM.More
Monday, August 16, 2021
Teknik Mudah Menulis Rumusan - Teknik Jadual FB (SPM Format Terbaru)
Wednesday, April 21, 2021
Tuesday, April 20, 2021
Latihan Bina Ayat Kata Nama (21/4)
Senaraikan 5 kata nama am dan 5 kata nama khas, kemudian sila bina ayat menggunakan kata nama yang telah ditulis.
Monday, April 19, 2021
"Pengalaman menghadapi Wabak Covid 19" (20/4)
Ceritakan pengalaman dan perasaan anda sepanjang menghadapi wabak Covid 19. Tulis karangan anda sekurang-kurangnya 150 patah perkataan.
Sunday, February 14, 2021
Plot Novel Leftenan Adnan
1. Permulaan
Pengarang menceritakan kehidupan
Leftenan Adnan semasa kecil yang membesar bawah jagaan bapanya Pak Saidi dan
Mak Milah. Adnan mendapat pendidikan awal di sekolah Inggeris di pekan
Sungai Ramal sebelum memasuki kem tentera di Port Dickson untuk melayakkannya
menjadi askar Melayu. Dia berkahwin dengan Sophia dan mendapat tiga orang
anak sebelum Perang Dunia Kedua.
2. Perkembangan
Perkembangan cerita bermula apabila
Jepun mula mendarat di Kota Bharu dan tercetusnya Perang Dunia Kedua.
Leftenan Adnan dan kumpulannya daripada Kompeni C diarahkan ke Pasir panjang
dan Bukir Candu bagi menyekat kemaraan tentera Jepun yang ketika itu
sudahpun berjaya menguasai beberapa tempat di Tanah Melayu. Pasir Panjang
dan Bukit Candu merupakan laluan ke Alexandria yang merupakan depot penyimpanan
peluru dan hospital tentera. Di Pasir Panjang pasukan Leftenan Adnan
berjaya menembak mati beberapa orang tentera Jepun sehingga memaksa tentera Jepun
berundur. Namun begitu kedatangan semula pasukan tentera Jepun dengan
bilangan yang lebih ramai menyebabkan askar dalam Kompeni C berjuang
bermati-matian sehingga kehabisan peluru.
3. Klimaks
Pertahanan di Bukit Candu semakin
meruncing kerana askar Melayu terus diasak oleh tentera Jepun. Askar
Melayu terus berjuang dan tidak menyerah kalah. Ketika itu peluru hampir
habis dan banyak askar Melayu terkorban sedangkan tentera Jepun semakin ramai
menghampiri Bukit Candu. Semua askar Melayu terkorban dan Leftenan Adnan
turut tercedera. Tentera Jepun telah berjaya menawan Leftenan Adnan lalu
diserkup dengan guni. Tentera Jepun kemudiannya telah menggantungkan Leftenan
Adnan yang cedera parah itu pada dahan pokok ceri lalu ditikam bertubi-tubi
oleh setiap tentera Jepun dengan bayonet sehingga mayatnya hancur.
4. Peleraian
Pada 15 Ogos 1945 Jepun telah menyerah
kalah dengan pengeboman Hirosyima dan Nagasaki. Sophia membesarkan
anak-anaknya dengan mengerjakan sawah dan memotong getah sebelum berkhidmat
semula sebagai guru di sekolah Sungai Ramal. Akhirnya Sophia berkahwin
dengan Ustaz Ridwan dan berpindah ke Melaka.
Wednesday, February 3, 2021
Kesalahan Tatabahasa
|
Kesalahan |
Pembetulan |
Kesalahan (Ejaan) |
Pembetulan |
|
daripada luar negara |
|
auto matif |
|
|
demi untuk masa hadapan |
|
audien |
|
|
di musim perayaan |
|
agreget |
|
|
kerana sayangkan anaknya |
|
arithmetik |
|
|
di dalam bidang ekonomi |
|
agen (wakil) |
|
|
mengenepikan |
|
ampangan |
|
|
mempastikan |
|
aked |
|
|
mengkagumkan |
|
akitek |
|
|
memperindahkan tempat itu |
|
analisa |
|
|
beliau adalah pemimpin |
|
atlit |
|
|
paling indah sekali |
|
atnik |
|
|
lain-lain usaha yang dilakukan |
|
anggrik |
|
|
banyak rumah-rumah musnah |
|
baucer |
|
|
bilik urusetia ditutup tengahari |
|
taugeh (sayuran) |
|
|
menyambut ulangtahun ke 48 |
|
trampil |
|
|
kasih-sayang yang di curahkan |
|
tulin |
|
Monday, January 4, 2021
FORMAT BAHARU BM SPM KERTAS 2 BHGN C - RUMUSAN
Untuk lebih mudah dan jelas, sila tonton video penerangan dengan menekan LINK di bawah.
BM SPM KERTAS 2 BHGN C 👈👈👈👈👈
FORMAT BAHARU SPM KERTAS 2 BHGN B
Untuk lebih mudah dan jelas, sila tonton video penerangan dengan menekan LINK di bawah.
BM SPM KERTAS 2 BHGN B 👈👈👈👈👈
FORMAT BAHARU BM SPM KERTAS 2 BHGN A
Untuk lebih mudah dan jelas, sila tonton video penerangan dengan menekan LINK di bawah.
BM SPM KERTAS 2 BHGN A 👈👈👈👈👈
FORMAT BAHARU BM SPM 2021 - KERTAS 1
Untuk lebih mudah dan jelas, sila tonton video penerangan dengan menekan LINK di bawah.
FORMAT BAHARU BM SPM K1 👈👈👈👈👈 LINK
Monday, September 7, 2020
Sunday, September 6, 2020
PENANDA WACANA
Penggunaan Penanda Wacana Dalam Karangan
Penanda wacana ialah perkataan ataupun rangkaian perkataan yang berfungsi mempertalikan sesuatu idea, hujah, dan pandangan seseorang semasa menulis ataupun berucap. Seandainya sesuatu wacana berkenaan tidak mempunyai penanda wacana yang tepat, ia akan menyebabkan seluruh kandungan wacana berkenaan tidak mempunyai kesatuan dan perpautan yang lengkap. Contoh penanda wacana seperti berikut:
Tambahan : dan, serta, lagi, tambahan lagi, tambahan pula, selanjutnya, seterusnya, di samping
Urutan : pertama, kedua, seterusnya, selepas itu, kemudian, kemudian daripada itu, akhirnya
Penyataan semula : iaitu, yakni, dengan kata lain, seperti yang diterangkan
Contoh : contohnya, seperti, ibarat, laksana, macam, umpama, bagai, bak kata, sebagai
Rumusan : rumusannya, kesimpulannya, sebagai kesimpulan, akhir kata, sebagai penyimpul kata
Tempat : berhampiran dengan, bersebelahan dengan, bertentangan dengan
Waktu : apabila, ketika, semasa, kemudian, selepas, pada mulanya, lama-kelamaan, lambat-laun, akhirnya
Sebab dan kesan : oleh itu, sebab itu, justeru itu, fasal, lantaran, jadi, dengan itu
Bandingan : seperti juga, serupa dengan, sesuai dengan, sama juga dengan
Pertentangan : tetapi, sebaliknya, sungguhpun, walau bagaimanapun, namun begitu, bertentangan dengan
Pengesahan : sebenarnya, sesungguhnya, sewajarnya, tentulah, pastilah, sememangnya
Perenggan Pendahuluan
Dewasa ini...
Belakangan...
Kebelakangan ini...
Baru-baru ini...
Mutakhir ini...
Akhir-akhir ini...
Dalam era globalisasi...
Perenggan isi
Di samping itu...
Sehubungan dengan itu...
Jika diteliti dengan lebih mendalam...
Sehubungan...
Sebagai lanjutan daripada...
Bersangkutan dengan hal...
Berkaitan...
Bersangkutan...
Disingkapkan...
Diceritakan...
Tindakan yang diketengahkan di atas...
Walau bagaimanapun...
Bertitik tolak daripada kenyataan di atas...
Jika ditinjau daripada aspek ...pula,..
Perenggan Penutup
Hal ini demikian...
Akhirnya saya menegaskan bahawa...
Kesimpulannya...
Akhirnya...
Sebagai penutup...br> Konklusinya...
Akhirul kalam...
Tegasnya...
Pendek kata...
Daripada penerangan di atas jelaslah bahawa...
Menyedar hakikat di atas...
Di sini saya ingin tegaskan...
Wednesday, August 26, 2020
Latihan Kata Sendi Nama
Baca ayat-ayat di bawah kemudian betulkan kesalahan penggunaan kata sendi nama yang terdapat dalam ayat tersebut.
Sunday, August 2, 2020
Contoh penggunaan mudah Ayat Bombastik dalam karangan
Contoh penggunaan mudah Ayat
Bombastik dalam karangan -CikguSR-
POLEMIK
- Perbahasan yang dilakukan dalam surat khabar atau
dalam majalah mengenai sesuatu perkara
Aplikasi dalam ayat
(Dasawarasa ini, isu …………. telah menjadi polemik yang hangat
diperkatakan oleh marhaen di negara kita.
SINERGI (KERJASAMA)
-Semua pihak perlu bersinergi dalam …………………………….
SEYOGIA (SEPATUTNYA)
-Pihak ? seyogia menjalankan / mengambil langkah ……………………………….
MAUDUK (POKOK PERBINCANGAN)
-Mauduk yang kita akan kupas ………………………………….
SIGNIFIKAN (PENTING)
-Pihak ? perlu mengambil langkah-langkah signifikan
bagi …………………
ENTENG (MUDAH/RINGAN)
-Semua pihak tidak boleh mengambil enteng akan perkara
………………………
CAKNA (AMBIL TAHU)
-Semua pihak perlu cakna akan perkara ……………………….
EGOSENTRIK (MEMENTINGKAN DIRI)
-Masyarakat tidak boleh bersikap egosentrik bagai enau
dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing kerana ……













































