PENA BAHASA

KEMBARA MUSAFIR
 

Sunday, April 19, 2020

JENIS-JENIS GAYA BAHASA

0 comments

JENIS-JENIS GAYA BAHASA

  1)  Personifikasi merujuk bahasa yang memberikan sifat manusia kepada sesuatu benda, keadaan atau suasana. Contoh: Pokok kelapa itu melambai-lambai ke arahnya.

  2) Metafora pula ialah bahasa kiasan yang tidak menggunakan kata-kata bandingan. Metafora boleh terdiri daripada konsep logik dan abstrak. Contoh: Lautan fikirannya (Lautan bermaksud laut dan banyak ilmu. Fikiran pula hanya ada satu maksud iaitu berfikir atau otak).

 3)   Simile ialah kiasan yang membandingkan dua benda yang berbeza tetapi ada persamaan. Penggunaan bak, umpama, seperti, bagai dan laksana banyak digunakan dalam ayat jenis ini. Contoh: wajahnya pucat umpama mayat.

  4)  Hiperbola pula perbandingan yang tidak logik atau melampau. Contoh: matanya berapi-api. Lautan berapi sanggup kurenangi.

  5)      Asonansi ialah pengulangan vokal. Contoh: segar angin laut (pengulangan vokal a).

  6)      Aliterasi ialah pengulangan konsonan. Contoh: segar angin laut. (pengulangan konsonan n)

  7)  Pengulangan/ repitasi ialah pengulangan perkataan dalam ayat atau rangkap yang sama. Contoh: tenaga pemuda tenaga beerti.

  8)  Inversi ialah pembalikan susunan kata. Contoh: sihat badan wajah berseri (sepatutnya; badan sihat wajah berseri)

  9) Anafora ialah pengulangan kata di depan baris. Contohnya: bila diikat dia jalan, bila dibuka ia berhenti.

  10)   Epifora ialah pengulangan kata-kata di akhir baris puisi

  11)   Responsi ialah pengulangan kata di tengah baris.

  12)   Contohnya: mencipta rumah tempat berlindung,
        membina bilik tempat berteduh.

  13)   Sinkof/ sinkope ialah singkatan. Contoh: tak (tidak), ku (aku), mu (kamu).

0 comments:

Post a Comment

 
Kembara Musafir © 2020 DheTemplate.com. Supported by