PENA BAHASA

KEMBARA MUSAFIR
 

Sunday, April 5, 2020

Latihan Karangan 2 KSP (Teknik ISHu3P)

18 comments



Kronologi COVID-19 di Malaysia | Nasional | Berita Harian

Gambar ihsan google

Dengan menggunakan teknik pendahuluan karangan ISHu3P, sila tulis pendahuluan karangan bagi soalan berikut di ruangan komen.

'Wabak penyakit seperti Covid 19 merupakan satu kemelut yang sangat berbahaya. Bincangkan langkah-langkah yang boleh dijalankan bagi menangani masalah tersebut.

1. Kerajaan menjalankan perintah kawalan pergerakan secara menyeluruh
2. Setiap penduduk yang disyaki terkena jangkitan disaring dan diberi rawatan segera.
3. Masyarakat memakai topeng muka dan menjaga jarak daripada orang sekeliling
4. Rakyat yang baru pulang dari luar negara dikuarantin.

#Apa-apa soalan boleh whatsapp cikgu ya...

18 comments:

Nur Zhahereen Bt Mohammad Zamri said...

-Nur Zhahereen Bt Mohammad Zamri Pada era globalisasi ini , wabak penyakit Covid-19 semakin berleluasa di seluruh negara. Penyakit Covid-19 ini amatlah berbahaya, ia boleh merebak dengan cepat dan boleh mengakibatkan kematian. Wabak ini juga boleh dicegah dengan cara masyarakat mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan oleh kerajaan . Bak kata pepatah mencegah lebih baik daripada mengubati. Persoalannya , apakah langkah yang boleh dijalankan bagi menangani wabak penyakit Covid-19 ini. Tegaslah bahawa pelbagai langkah yang boleh dijalankan bagi menangani masalah ini.

NUR HUMAIRA BATRISYIA BINTI MUHAMMAD ZAIDIE said...

Nama: Nur Humaira Batrisyia Binti Muhammad Zaidie
Pendahuluan:
Pada era globalisasi yang moden ini terdapat sebuah wabak penyakit baharu iaitu Covid-19.Wabak ini amatlah merbahaya kerana boleh membawa kematian.Antara sintom-sintom mempunyai Covid-19 ialah demam panas,sesak nafas dan batuk.Jika rakyat mempunyai simtom-simtom tersebut mereka haruslah pergi ke hospital untuk membuat ujian saringan. Bak kata pepatah mencengah lebih baik daripada mengubati. Oleh itu kita sebagai rakyat malaysia haruslah bekerjasama menangani wabak ini dengan secepat mungkin sebelum ianya menjadi lebih serius. Persoalannya,apakah langkah-langkah yang boleh dijalankan bagi menangani masalah wabak penyakit Covid-19 ini. Mari kita bincangkan bersama-sama.

Puteri shafikah said...

-Puteri Nor Shafikah
Pada era glibalisasi kini,terdapat satu virus yang dikenali sebagai Covid-19, virus ini semakin berleluasa di seluruh negara. Virus ini amatlah merbahaya kerana boleh membawa kepada kematian.Selain itu, seseorang yang telah dijangkiti virus ini haruslah dikuarantin kerana boleh berjangkit pada orang lain.Antara simptom-simptom penyakit ini ialah demam panas,sesak nafas,selsema,dan batuk kering.Sekiranya anda mempunyai simptom-simptom seperti ini anda haruslah mendapatkan rawatan di hospital atau klinik kesihatan, janganlah sudah terhantuk baru nak terngadah.Oleh itu, kita sebagai rakyat malaysia haruslah memberi kerjasama dengan kerajaan agar wabak ini dapat ditangani.Persoalannya, apakah langkah-langkah yang boleh dijalankan bagi menangani masalah ini.

Aliahwahida said...

Nur Aliah Wahida binti Abdul Razak
-Pada eraglobalisasi ini, wabak penyakit covid-19 semakin berleluasa Dan menjadi buah mulut orang. Wabak ini jugak dikenali sebagai Corona Virus.Penyakit ini amatlah bahaya kerana dapat merebaj seluruh dunia dengan cepat dan boleh membawa maut. Oleh itu, pelbagai Cara untuk kita mencegah penyakit ini terus merebak.Antaranya ialah sebagai rakyat Malaysia kita perlulah mengambil langkah berjaga-jaga seperti tidak keluar dari rumah, sentiasa membasuh tangan Dan sebagainya.Bak kata pepatah mencegah lebih baik daripada mengubati Persoalannya apakah langkah-langkah yang boleh dihalankan bagi menangani masalah ini. Tegaslah bahawa dengan mengambil langkah berjaga-jaga Dan mematuhi segala peraturan yang ditetapkan dapat Mengelakkan diri daripada terjebak dengan wabak tersebut.

Afiqah said...

-NURAFIQAH SAHIRA BT AZMI

Pada era globalisasi ini, dunia telah dikejutkan dengan sebuah wabak penyakit berjangkit yang sangat berbahaya iaitu Covid-19. Penyakit ini boleh menjangkiti manusia mahupun haiwan sehingga menyebabkan kematian. Simptom pertama sebelum virus itu masuk ke dalam paru-paru ialah sakit tekak kerana permulaannya ia hanya menjangkiti saluran pernafasan. Jadi masyarakat haruslah mengambil tindakan awal dengan minum air suam dalam jumlah yang secukupnya supaya dapat mencegah daripada virus itu terus hidup di dalam badan. Bak kata pepatah mencegah lebih baik daripada mengubati. Persoalannya, apakah langkah-langkah yang boleh dilakukan bagi menangani masalah wabak penyakit yang berbahaya ini.

Shahiran Ruslan said...

Syazliana
Pada era globalisasi ini, terdapat wabak baharu yang dikenali sebagai coronavirus atau lebih dikenali sebagai Covid-19. Wabak ini mudah dijangkiti dengan cara bersentuhan, terkena tempias batuk dan terkena tempias bersin dari orang yang telah dijangkiti. Wabak ini sukar dicegah buat masa kini. Para doktor , sainstis sedang bertungkus lumus mencari ubat untuk cegah wabak Covid-19 ini. Wabak ini boleh dijangkiti semua orang tanpa mengira usia. Sama ada bayi, remaja mahupun warga emas. Tetapi wabak ini boleh dicegah bersama sama jika semua masyarakat memberi kerjasama dan mendengar arahan dari pihak yg berkuasa. Oleh yang demikian , kita sebagai rakyat Malaysia perlu patuhi segala arahan yang diberi untuk bersama sama menangani wabak ini dalam masa yang singkat. Persoalannya , apakah langkah-langkah bagi menangani wabak Covid-19 ini?

Nurqasdina Bt Mohd Fariz said...

NURQASDINA BT MOHD FARIZ

Sedasawara ini sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap empat penjuru dunia ini tentang isu wabak penyakit Covid 19. Penyakit Covid 19 ini sangat bahaya dan memberi kesan yang sangat dalam kepada rakyat Malaysia kerana ia boleh membawa kepada kematian. Wabak ini perlu dibendung supaya tidak berleluasa seperti rakyat Malaysia perlu mematuhi segala arahan yang ditetapkan oleh pihak kerajaan. Bak kata pepatah sediakan payung sebelum hujan. Persoalannya, apakah langkah-langkah yang boleh diambil untuk membendung wabak penyakit ini?. Tegaslah bahawa rakyat Malaysia perlu mengambil langkah yang bijak supaya tidak terjebak dalam wabak penyakit Covid 19 ini.

Shahiran Ruslan said...

Nama : NUR ADLYNA BT NORMAN EFFANDY
Pendahuluan-

Pada era globalisasi ini fenomena penyakit berjangkit sudah biasa dalam kalangan masyarkat Malaysia. Tetapi pada tahun ini pihak kerajaan telah temui wabak penyakit berjangkit yang baharu iaitu COVID-19. Wabak ini amatlah merbahaya,boleh mengakitkan ramai orang mati. Selain itu, Pihak kerajaan telah memerintah supaya rakyat Malaysia hanya duduk di rumah sahaja dan keluar apabila perlu. Pihak kerajaan jugak sudah membuat pekawalan pergerakkan. Bak kata pepatah mencegah lebih baik daripada mengubati. Wabak ini juga senang dijangkiti seperti pergi ketempat ramai orang, bersalaman, dan yang lain-lain. Kita sebagai rakyat Malaysia haruslah mengikut segala peraturan atau arahan yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan supaya wabak ini dapat dikurangkan dan penduduk rakyat Malaysia menjadi sihat semula. Persoloannya , apakah langkah-langkah yang dilakukan bagi menangani masalah wabak penyakit yang berbahaya ini. Mari kita bicang bersama.

Nur Munirah said...

Pada era globalisasi ini, isu berkaitan wabak penyakit yang dikenali sebagai coronavirus dan covid 19 di negara kita kini semakin hangat dibicarakan serta semakin membimbangkan. Hal ini kerana, pada setiap hari, statistik merekodkan peningkatan yang mendadak berkaitan kes wabak penyakit yang berlaku ini. Oleh yang demikian, kita sewajarnya mengambil inisiatif awal dalam memutuskan rantaian covid 19 daripada terus berlaku. Bak kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan. Persoalannya, apakah langkah-langkah yang boleh dijalankan bagi menangani masalah ini? Tepuk dada tanya minda. Oleh itu, marilah kita bincangkan langkah-langkah yang harus dilakukan oleh pihak kerajaan mahupun masyarkat dalam membendung masalah penularan wabak penyakit yang melanda kini.

Shahiran Ruslan said...

Nureen Sofia Elyana Binti Samsuddin

Fenomena penyakit berjangkit ini sudah biasa dalam kalangan masyarakat pada masa kini tetapi Malaysia dikejutkan lagi dengan satu penyakit yang amat berbahaya sehingga menyebabkan kematian. Penyebaran wabak penyakit ini juga berlaku dengan sangat cepat kepada seluruh dunia. Antara simptom-simptom Covid-19 ini sesak nafas, demam panas dan batuk. Jika individu tersebut mempunyai simptom seperti ini mereka diminta oleh pihak kerajaan untuk kuarantin diri mereka atau terus menuju ke hospital berdekatan untuk mengenal pasti penyakit mereka. Oleh hal yang demikian, langkah proaktif perlulah diambil oleh masyarakat untuk mengatasi masalah penyakit berjangkit ini daripada dijangkiti, bak kata pepatah, “Mencegah lebih baik daripada mengubati”. Persoalannya,apakah langkah-langkah yang boleh dijalankan bagi menangani masalah wabak penyakit Covid-19 ini. Mari kita bincangkan bersama-sama.

Shahiran Ruslan said...

Siti Nursyakirah binti Shahrim
- Pada era globalisasi ini, terdapat satu wabak penyakit yang semakin berleluasa di negara kita iaitu Coronavirus yang dikenali sebagai COVID-19. Hal ini kerana, wabak penyakit ini telah merebak di seluruh negara dan merbahayakan sehingga membawa maut. Wabak yang merbahaya ini boleh dicegah, antaranya ialah masyarakat hendaklah mematuhii peraturan dan mengambil berat tentang wabak ini supaya dapat mengurangkan dan menghapuskan wabak penyakit ini di negara kita. Persoalannya, apakah cara-cara untuk mencegah wabak penyakit yang merbahaya ini?

Hanis Suhaimii said...

NAMA : YASMIN HANIS BT SUHAIMI

Mutakhir ini tercetusnya satu wabak penyakit berjangkit yang dikenali sebagai Covid-19 telah berjaya mengancam kesihatan manusia di seantero dunia.Penyakit berjangkit ini sangat bahaya dan akan memberi kesan yang sangat cepat kepada sistem pernafasan serta ia akan menyebabkan kes kematian. Wabak penyakit berjangkit ini perlu dibendung supaya penularannya tidak berterusan dan rakyat Malaysia sewajarnya berkerjasama mengikut peraturan perintah kawalan pergerakan agar penularan ini tidak terus merebak dengan pantas. Bak kata pepatah mencegah lebih baik daripada mengubati. Persoalannya, apakah langkah-langkah yang boleh diambil untuk membendung penularan wabak penyakit ini?. Tegaslah bahawa rakyat Malaysia perlu mengambil alpukah oleh pihak kerajaan untuk bersama-sama memerangi wabak penyakit berjangkit ini sebelum nasi menjadi bubur. Mari kita bincangkan hal ini bersama-sama.

Nurul Husna said...

Nama : Nurul Husna

Pada era globalisasi ini, terdapat satu wabak penyakit yang amat bahaya di negara kita serta negara yang lain juga. Iaitu dikenali sebagai Coronavirus atau COVID 19. Wabak ini amatlah bahaya sehingga boleh menyebabkan kematian terutama orang berusia 50 dan ke atas. COVID 19 ini mudah dijangkiti dengan terkena tempias batuk atau pun bersin dan bersentuhan dengan orang yang telah dijangkiti COVID 19. Persoalannya, apakah langkah-langkah yang boleh diambil untuk membendung penularan wabak penyakit ini?. Tegaslah bahawa rakyat Malaysia perlu memberi kerjasama dan mengambil langkah yang bijak untuk mengelakkan daripada berjangkit dengan COVID 19 ini.

Hanis Suhaimii said...

NAMA : NUR ALYA SABRINA BT ROSLAN

Pada era globalisasi ini, terdapat satu wabak penyakut virus yang semakin menular kebelakangan ini iaitu Coronavirus yang dikenali sebagai Covid-19. Penyakit berjangkit ini amatlah berbahaya kerana mudah dijangkiti oleh manusia mahupun haiwan sehingga membawa kepada kematian. Oleh itu, tindakan segera perlu diambil oleh masyarakat untuk mengelakkan masyarakat daripada dijangkiti penyakit tersebut serta masyarakat perlu mengikut segala peraturan yang telah ditetapkan oleh kerajaan bagi kesihatan dan keselamatan diri. Bak kata pepatah, mencegah lebih baik daripada mengubati. Persoalannya, apakah langkah-langkah yang boleh dijalankan bagi menangani masalah wabak penyakit Covid-19 yang berrbahaya ini? Maka, marilah kita membincangkan hal ini bersama-sama.

Unknown said...

Pada era globalisasi ini, negara kita telah digemparkan dengan satu wabak penyakit yang sangat berbahaya iaitu Coronavirus atau singkatannya ialah covid-19. Virus ini amat berbahaya kerana virus ini mampu merebak dalam waktu yang singkat. Virus ini juga telah mula merebak ke seluruh negara dan telah banyak meragut nyawa. Wabak ini dapat dicegah sekiranya masyarakat patuh akan arahan yang telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa agar wabak ini dapat dihapuskan dengan segera. Masyarakat juga diminta untuk menjaga kebersihan. Bak kata pepatah mencegah lebih baik daripada mengubati.Persoalannya, apakah langkah-langkah yang boleh dijalankan bagi menangani masalah ini.
-Amirah

Nur Khatirah Najwa said...

Pada era globalisasi ini, isu berkaitan wabak penyakit yang berbahaya yang dikenali sebagai Covid-19 semakin berleluasa. Penyakit yang berjangkit melalui sentuhan ini telah menjadi buah mulut masyarakat di negara ini. Oleh itu , setiap individu perlulah mengambil iktibar untik menghindari penyakit ini dan buang sikap pentingkan diri agar penyakit ini tidak berleluasa. Persoalannya , apakah langkah yang perlu diambil untuk menangani masalah ini ? Dengan ini, marilah kita bincangkan hal ini bersama .

Unknown said...

Nurin Syukriah bt Mohd Efendi

Pada era globanisasi ini, sekali lagi kita digemparkan dengan satu wabak penyakit baru yang serius iaitu virus Covid-19. Virus ini amatlah berbahaya kepada setiap individu yang lemah antibodinya termasuklah golongan kanak kanak mahupun dewasa. Wabak penyakit yang kini melanda ke seluruh negara merupakan perkara yang tidak dijangka akan berlaku dan mengakibatkan ramai terkorban dan angka kematian setiap negara makin meningkat dari hari ke hari. Wabak penyakit ini perlu dibendung secepat mungkin dengan mematuhi segala arahan pihak atasan sebelum penyakit ini menjadi lebih teruk dan memakan ribuan nyawa masyarakat. Persoalannya, apakah langkah-langkah yang boleh dijalankan bagi menangani wabak penyakit Covid-19 ini? mari kita huraikan.

Hanis Suhaimii said...

Nama : Nurul Balqis Batrisyia Binti Mazlan

Pada era globalisasi ini, isu tentang wabak penyakit yang melanda dunia iaitu Covid-19 boleh kita lihat di surat khabar , televisyen mahupun di radio. Hal ini kerana , penyakit ini sangat berbahaya kerana mampu memberikan kesan yang sangat serius seperti mati. Persoalannya, apakah langkah - langkah yang boleh menangani masalah ini ? Mari kita bincangkan bersama .

Post a Comment

 
Kembara Musafir © 2020 DheTemplate.com. Supported by