PENA BAHASA

KEMBARA MUSAFIR
 

Sunday, April 12, 2020

Latihan Rumusan Selasa - 14 April 2020

20 comments
Latihan Rumusan (Menulis Isi Tersurat dan Tersirat)

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang langkah-langkah menghadapi tekanan ketika peperiksaan dan peranan ibu bapa untuk mengurangkan tekanan. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Proses penilaian melalui peperiksaan awam yang penting seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang dilaksanakan dalam sistem pendidikan negara masih relevan. Melalui penilaian inilah pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik dan disokong dengan kecemerlangan dalam bidang koakademik atau kokurikulum mempunyai peluang cerah untuk melanjutkan pengajian di universiti awam. Namun begitu, isu yang paling menarik untuk diperkatakan bukanlah tentang puluhan ribu pelajar yang dapat melanjutkan pelajaran di universiti awam tetapi situasi yang dihadapi oleh pelajar sebelum menjelangnya kedua-dua peperiksaan penting itu. Pelbagai ragam pelajar sama ada yang positif atau negatif sebelum menjelangnya peperiksaan awam termasuklah tekanan perasaan atau stres yang rata-ratanya dihadapi oleh pelajar.

Tekanan ialah perkara yang berkaitan dengan ketegangan yang dialami oleh mental atau emosi seseorang disebabkan oleh pelbagai faktor. Pelajar atau remaja perlu mempunyai kemahiran untuk mengatasi masalah tekanan perasaan supaya fokus mereka untuk menghadapi peperiksaan tidak terjejas. Pelajar biasanya mendapat tekanan daripada ibu bapa, guru atau rakan untuk meraih kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan. Dalam konteks ini, pelajar seharusnya berasa tenang dan sentiasa fokus tentang peperiksaan yang akan dihadapi. Ketenangan yang diperlukan tidak akan datang dengan tiba-tiba atau secara terpaksa tetapi akan terzahir apabila pelajar bersedia dengan sebaik-baiknya. Lantaran itu, pelajar perlu melaksanakan perancangan yang sesuai berdasarkan kemampuan dan komitmen mengikut keupayaan sebagai persiapan menjelang peperiksaan. Malahan mereka sepatutnya mengadakan jadual pembelajaran yang sistematik dan boleh diikuti agar tidak menggelabah atau mengalami kerisauan yang kronik sebelum peperiksaan.

Tekanan perasaan perlu ditangani dengan segera untuk mengelakkan perkara yang lebih buruk berlaku terutamanya bagi para pelajar. Pelajar perlu memahami Falsafah Pendidikan Negara yang mahu melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelektual dan sosial. Oleh itu, mereka seharusnya belajar dalam persekitaran yang menyeronokkan agar emosi mereka berkembang secara natural dan memenuhi keperluan mereka sebagai remaja. Pelajar juga perlu menjauhkan diri daripada perkara yang merosakkan emosi dan ketenangan. Seelok-eloknya pelajar harus mempunyai hala tuju yang konsisten tentang masa depan mereka. Perkara sampingan yang mampu menjejaskan kestabilan emosi seperti hubungan peribadi dengan rakan-rakan, masalah keluarga, masalah dengan guru dan masalah kewangan perlu ditangani dengan bijaksana kerana dikhuatiri mampu menjejaskan tumpuan mereka terhadap peperiksaan.

Sekiranya pelajar menghadapi masalah kritikal yang mampu menjejaskan ketenangan, mereka perlu segera berjumpa dengan guru yang rapat atau kaunselor di sekolah. Guru atau kaunselor pasti mempunyai kaedah bagi mengatasi masalah ini. Di samping itu, pelajar perlu menjaga kesihatan diri kerana tanpa kesihatan yang baik sukar bagi pelajar untuk mengulang kaji pelajaran dan melakukan latihan intensif dengan baik. Pelajar sepatutnya membanyakkan amalan kerohanian yang dapat memberikan ketenangan kepada jiwa sebagai persiapan penting untuk menghadapi peperiksaan. Kesimpulannya, tugasan atau bebanan yang keterlaluan kepada pelajar semata-mata mahu menjadikan mereka cemerlang dalam bidang akademik perlu dielakkan demi melahirkan insan yang cemerlang dari segi ilmu dan akhlaknya.

( Dipetik dan diubahsuaikan daripada
“Tekanan Perasaan Menggugat Peperiksaan” oleh Nizar Parman

Dewan Siswa, September, 2015)

20 comments:

Nurqasdina Bt Mohd Fariz said...

Antara langkahnya ialah pelajar perlu mempunyai kemahiran untuk mengatasi masalah tekanan supaya fokus untuk hadapi peperiksaan tidak terjejas dan pelajar perlu melaksanakan perancangan yang sesuai berdasarkan kemampuan. Seterusnya, menyediakan jadual pembelajaran yang sistematik serta pelajar seharusnya belajar dalam persekitaran yang menyeronokkan secara natural. Selain itu, perlu berjumpa dengan guru yang rapat atau kaunselor di sekolah dan perlu menjaga kesihatan diri kerana tanpa kesihatan yang baik sukar untuk mengulang kaji pelajaran serta melakukan latihan intensif dengan baik.


Antara peranan ibu bapa untuk mengurangkan tekanan ialah fahami tekanan yang dihadapi oleh anak-anak.Selain itu, elakkan anak-anak daripada tidur lewat.

NUR HUMAIRA BATRISYIA BINTI MUHAMMAD ZAIDIE said...

Nama: Nur Humaira Batrisyia

Antara usaha menghadapi tekanan ketika peperiksaan ialah pelajar perlu mempunyai kemahiran untuk mengatasi masalah tekanan perasaan dan pelajar seharusnya berasa tenang dan sentiasa fokus tentang peperiksaan yang akan dihadapi. . Selain itu, pelajar perlu melaksanakan perancangan yang sesuai berdasarkan kemampuan dan komitmen mengikut keupayaan dan mereka seharusnya belajar dalam persekitaran menyeronokkan.Seterusnya,pelajar perlu berjumpa dengan guru yang rapat atau kaunselor di sekolah jika mereka menghadapi masalah kritikal yang mampu menjejaskan ketenangan mereka dan pelajar perlu menjaga kesihatan diri.

Antara peranan ibu bapa untuk mengurangkan tekanan pelajar ialah ibu bapa menghantar anak mereka ke kem motivasi dan menyediakan persekitaran pembelajaran yang kondusif. Selain itu, ibu bapa haruslah memberikan dorongan kepadan anak-anak mereka.

Puteri shafikah said...

-Puteri nor shafikah

Antara langkah bagi menangani masalah tekanan ketika peperiksaan ialah pelajar atau remaja perlu mempunyai kemahiran bagi mengatasi masalah tekanan perasaan supaya fokus mereka untuk menghadapi peperiksaan tidak akan
terjejas. Selain itu, pelajar seharusnya berasa tenang dan sentiasa fokus tentang peperiksaan yang akan dihadapi dan mereka sepatutnya mengadakan jadual pembelajaran yang sistematik agar tidak menggelabah atau mengalami kerisauan yang kronik sebelum peperiksaan. Seterusnya, mereka seharusnya belajar dalam persekitaran yang menyeronokkan agar emosi mereka berkembang secara natural dan pelajar juga perlu menjauhkan diri daripada perkara yang merosakkan emosi dan ketenangan. Di samping itu, pelajar perlu menjaga kesihatan diri kerana tanpa kesihatan yang baik sukar untuk mengulang kaji pelajaran serta melakukan latihan intensif dengan baik.

Antara peranan ibu bapa untuk mengurangkan tekanan ialah ibu bapa mestilah memberi nasihat dan kaunseling kepada anak-anak agar mereka berasa tenang ketika menjawab peperiksaan. Selain itu, ibu bapa mestilah menyediakan kelengkapan yang secukupnya kepada anak-anak sebelum mereka menghadapi peperiksaan contohnya pensil, pemadam, pembaris dan lain-lain lagi.

Nur Zhahereen Bt Mohammad Zamri said...

Antara usaha menghadapi tekanan ketika peperiksaan adalah mempunyai kemahiran untuk mengatasi masalah tekanan perasaan supaya fokus mereka untuk menghadapi peperiksaan tidak terjejas. Seterusnya, pelajar haruslah melaksanakan perancangan yang sesuai berdasarkan kemampuan dan komitmen sebagai persediaan menjelang peperiksaan. Selain itu, mengadakan jadual pembelajaran yang sistematik dan menjauhkan diri daripada perkara yang merosakkan emosi. Akhir sekali, pelajar haruslah menjaga kesihatan diri kerana tanpa kesihatan yang baik sukar bagi pelajar untuk mengulangkaji pelajaran dan melakukan intesif dengan baik.

Antara peranan ibu bapa untuk mengurangkan tekanan pula ialah memberi ruang kepada anak-anak untuk mengulangkaji dan menemani mereka ketika mengulangkaji.

SYAKIRAH said...

Siti Nursyakirah binti Shahrim
Antara cara bagi menghadapi tekanan ketika peperiksaan ialah pelajar mestilah merancang perkara yang berdasarkan kemampuan dan komitmen mengikut keupayaan untuk persiapan menjelang peperiksaan. Selain itu,
mengadakan jadual pembelajaran yang boleh diikuti supaya tidak menggelabah di kemudian hari. Seeterusnya, belajar dalam persekitaran yang menyeronokkan bagi emosi pelajar dapat berkembang secara natural serta berjumpa dengan guru yang rapat atau kaunselor di sekolah agar tidak mempunyai masalah tekanan ketika peperiksaan.

Antara peranan ibu bapa untuk mengurangkan tekanan pelajar ialah memberi semangat dan nasihat kepada anak-anak agar pelajar-pelajar dapat menjawab peperiksaan dengan bersemangat. Selain itu, ibu bapa juga mestilah memberi kerjasama dengan menghormati anak yang sedang mengulang kaji pelajaran dan sentiasa memerhati anak-anak tidak leka dengan perkara yang tidak berfaedah.

Afiqah said...

-SYAZLIANA

Antara langkah mengahadapi tekanan ketika peperiksaan ialah melaksanakan perancangan yang sesuai berdasarkan kemampuan dan komitmen mengikut keupayaan diri sendiri. Seterusnya, mempunyai kemahiran untuk mengatasi masalah tekanan perasaan diri. Di samping itu, pelajar harus memahami falsafah pendidikan negara yang ingin melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, rohani, intelek dan sosial. Selain itu, pelajar perlu berjumpa dengan guru yang rapat ataupun berjumpa guru kaunselor di sekolah serta pelajar harus dapatkan rehat dan tidur yang cukup. Akhir sekali pelajar perlu menjaga kesihatan diri seperti bersenam pada setiap petang untuk mendapatkan kecergasan otak dan badan.

Peranan ibu bapa bagi mengatasi tekanan pelajar ialah menghantar anak ke kem motivasi dan sering mengambil tahu setiap masalah yang dihadapu oleh pelajar itu. Itu juga salah satu langkah bagi mengatasi tekanan perasaan dalam kalangan pelajar.

Aliahwahida said...

-Aliah Wahida
Antara usaha menghadapi tekanan ketika peperiksaan ialah pelajar perlu mempunyai kemahiran untuk mengatasi masalah tekanan perasaan Dan pelajar perlu melaksanakan perancangan yang sesuai berdasarkan kemampuan. Seterusnya, menyediakan jadual pembelajaran yang sistematik Dan menjauhkan diri daripada perkara yang merosakkan emosi. Selain itu, pelajar perlu berjumpa dengan guru yang rapat atau kaunselor do sekolah jika menghadapi masalah kritikal.Akhir aekalai, pelajar perlu menjaga kesihatan diri yang baik agar mudah untuk pelajar mengulangkaji oelajran Serta latihan intensif dengan baik.


Antara peranan ibu bapa untuk Mengurangkan tekanan ialah memberikan semangat kepada anak-anak supaya mereka tidak tertekan ketika peperiksaan. Selain itu, ibu bapa mestilah memberikan nasihat Dan tunjuk ajar kepada anak-anak

Nurul Husna said...
This comment has been removed by the author.
Nurul Husna said...

Nurul Husna
Antara langkah bagi menangani masalah tekanan ketika peperiksaan ialah pelajar perlu mempunyai kemahiran bagi mengatasi masalah tekanan perasaan supaya fokus mereka untuk menghadapi peperiksaan tidak akan terjejas. Di samping itu, pelajar mestilah berasa tenang dan sentiasa fokus tentang peperiksaan yang akan dihadapi. Seterusnya, jika pelajar menghadapi masalah kritikal yang mampu menjejaskan ketenangan, mereka perlu segera berjumpa dengan guru yang rapat atau kaunselor di sekolah. Akhir sekali, mengadakan jadual pembelajaran yang sistematik dan menjauhkan diri daripada perkara yang merosakkan emosi.

Antara peranan ibu bapa untuk mengurangkan tekanan ialah ibu bapa haruslah memberikan dorongan kepadan anak-anak mereka.Selain itu, ibu bapa hendaklah fahami anak-anak.

Afiqah said...

-NURAFIQAH SAHIRA BT AZMI

Antara langkah untuk menghadapi tekanan ialah melaksanakan perancangan yang sesuai berdasarkan kemampuan dan komitmen mengikut keupayaan sebagai persiapan menjelang peperiksaan . Selain itu, belajar dalam persekitaran yang menyeronokkan agar emosi mereka berkembang secara natural dan memenuhi keperluan mereka sebagai remaja. Seterusnya, menjauhkan diri daripada perkara yang merosakkan emosi dan ketenangan. Di Samping itu, membanyakkan amalan kerohanian yang dapat memberikan ketenangan kepada jiwa sebagai persiapan penting untuk menghadapi peperiksaan. Akhir Sekali, menjaga kesihatan diri kerana tanpa kesihatan yang baik sukar bagi pelajar untuk mengulang kaji pelajaran dan melakukan latihan intensif dengan baik.

Peranan ibu bapa bagi mengatasi tekanan pelajar ialah memberikan didikan agama yang sempurna kepada anak-anak. Selain itu, membantu mereka ketika mengulangkaji.

Nur Munirah said...
This comment has been removed by the author.
Nur Munirah said...

Antara cara bagi menangani masalah tekanan ketika menghadapi peperiksaan ialah pelajar perlu melaksanakan perancangan yang sesuai berdasarakan kemampuan dan komitmen mengikut keupayaan sebagai persiapan menjelang peperiksaan serta pelajar seharusnya belajar dalam persekitaran yang menyeronokkan agar emosi berkembang secara natural dan memenuhi keperluan mereka sebagai remaja. Selain itu, pelajar perlu menjauhkan diri daripada perkara yang merosakkan emosi dan ketenangan serta berjumpa dengan guru atau kaunselor sekiranya menghadapi masalah kritikal yang mampu menjejaskan ketenangan. Di samping itu, pelajar perlu menjaga kesihatan diri dan memperbanyakkan amalan kerohanian yang dapat memberikan ketenangan kepada jiwa.

Antara peranan ibu bapa bagi mengurangkan tekanan ialah sentiasa memberikan kata-kata semangat kepada anak-anak agar mereka dapat menjawab peperiksaan dalam keadaann yang bersemangat. Selain itu, ibu bapa sewajarnya memberikan sokongan dan dorongan yang mampu meningkatkan keyakinan pelajar tersebut.

Unknown said...

NURIN SYUKRIAH BT MOHD EFENDI

Antara langkah bagi menangani tekanan ketika hadapi peperiksaan ialah pelajar atau remaja perlu mempunyai kemahiran untuk mengatasi masalah tekanan perasaan dan pelajar seharusnya berasa tenang dan sentiasa fokus. Selain itu, pelajar perlu melaksanakan perancangan yang sesuai berdasarkan kemampuan dan komitmen mengikut keupayaan. Akhirnya, jika pelajar menghadapi masalah kritikal yang mampu menjejaskan ketenangan, mereka perlu segera berjumpa dengan guru yang rapat atau kaunselor di sekolah dan pelajar perlu menjaga kesihatan diri kerana tanpa kesihatan yang baik sukar bagi pelajar untuk mengulang kaji

Antara peranan ibu bapa untuk mengurangkan tekanan pelajar ialah menyediakan kemudahan belajar yang mencukupi bagi memastikan pelajar sentiasa bersemangat untuk belajar. Selain itu, memberi sokongan moral agar pelajar terus rasa dikasihi dan disayangi.

Hanis Suhaimii said...

Antara usaha- usaha menghadapi tekanan ketika peperiksaan ialah pelajar perlu mempunyai kemahiran untuk mengatasi masalah tekanan perasaan dan pelajar seharusnya berasa tenang dan sentiasa fokus tentang peperiksaan yang akan dihadapi. . Selain itu, pelajar perlu melaksanakan perancangan yang sesuai berdasarkan kemampuan dan komitmen mengikut keupayaan dan mereka seharusnya belajar dalam persekitaran menyeronokkan.Seterusnya,pelajar perlu berjumpa dengan guru yang rapat atau kaunselor di sekolah jika mereka menghadapi masalah kritikal yang mampu menjejaskan ketenangan mereka dan pelajar perlu menjaga kesihatan diri.

Antara peranan ibu bapa untuk mengurangkan tekanan pelajar ialah ibu bapa meluangkan masa bersama mereka dan menyediakan persekitaran pembelajaran yang kondusif. Selain itu, ibu bapa haruslah memberikan sokongan kepada anak-anak mereka.

Nur Khatirah Najwa said...

Antara langlah bagi menanangani tekanan ketika menghadapi peperiksaan ialah pelajar perlu sentiasa fokus dan tenang.Selain itu, pelajar perlu melaksanakan perancangan yang sesuai berdasarkan kemampuan dan komitmen mengikut keupayaan.Akhirnya jika pelajar mempunyai masalah tekanan pelajar haruslah berjumpa dengan guru yang rapat atau kaunselor di sekolah jika mereka menghadapi masalah kritikal yang mampu menjejaskan ketenangan mereka.

Antara peranan ibu bapa untuk mengurangkan tekanan pelajar ialah ibu bapa perlulah sentiasa memberikan semangat dan sokongan kepada anak anak supaya mereka akan berusaha untuk belajar bersungguh-sungguh.Selain itu, ibu bapa perlu meluangkan masa bersama mereka dan menyediaksn persekitaran pembelajaran yang selesa.

Unknown said...

Antara langkah bagi menangani masalah tekanan ketika peperiksaan ialah pelajar perlu mempunyai kemahiran bagi mengatasi masalah tekanan perasaan supaya fokus mereka untuk menghadapi peperiksaan tidak akan terjejas. Seterusnya, pelajar perlu melaksanakan perancangan yang sesuai berdasarkan kemampuan dan komitmen mengikut keupayaan. Seterusnya, jika pelajar mempunyai masalah tekanan pelajar haruslah berjumpa dengan guru yang rapat atau kaunselor di sekolah jika mereka menghadapi masalah kritikal yang mampu menjejaskan ketenangan mereka.


Antara peranan ibu bapa untuk mengurangkan tekanan pelajar ialah memberi harapan kepada anak- anak dengan melontarkan kata kata positif suapaya menghasilkan gambaran minda yang positif. Selain itu, ibu bapa perlu fahami tekanan yang di hadapi oleh anak anak.

Unknown said...

Antara langkah bagi menangani masalah tekanan ketika peperiksaan ialah pelajar perlu mempunyai kemahiran bagi mengatasi masalah tekanan perasaan supaya fokus mereka untuk menghadapi peperiksaan tidak akan terjejas. Seterusnya, pelajar perlu melaksanakan perancangan yang sesuai berdasarkan kemampuan dan komitmen mengikut keupayaan. Seterusnya, jika pelajar mempunyai masalah tekanan pelajar haruslah berjumpa dengan guru yang rapat atau kaunselor di sekolah jika mereka menghadapi masalah kritikal yang mampu menjejaskan ketenangan mereka.


Antara peranan ibu bapa untuk mengurangkan tekanan pelajar ialah memberi harapan kepada anak- anak dengan melontarkan kata kata positif suapaya menghasilkan gambaran minda yang positif. Selain itu, ibu bapa perlu fahami tekanan yang di hadapi oleh anak anak. -Amirah Syafiyah

Balqis Batrisyia said...

Antara cara untuk menghadapi tekanan ketika peperiksaan ialah pelajar perlulah melaksanakan perancangan yang sesuai berdasarkan kemampuan dan komitmen mengikut keupayaan serta menyediakan jadual pembelajaran yang sistematik.Selain itu, pelajar seharusnya belajar dalam persekitaran yang menyeronokkan dan membanyakkan amalan kerohanian yang dapat memberikan ketenangan.Akhir sekali, pelajar boleh berjumpa dengan guru yang rapat atau kauselor di sekolah dan menjaga kesihatan diri dengan baik.

Antara peranan ibu bapa untuk mengurangankan tekanan ialah memberikan sokongan kepada anak sebelum, semasa mahupun selepas peperiksaan supaya mereka lebih tenang untuk menjawab peperiksaan.Selain itu, ibu bapa haruslah tidak berkeras untuk mahu semua keputusan peperiksaan anak mereka harus mendapat A kerana itu akan membuatkan anak mereka lebih tertekan.

Balqis Batrisyia said...

- NUR ALYA SABRINA BINTI ROSLAN

Antara langkah menghadapi tekanan ketika peperiksaan adalah dengan melaksanakan perancangan yang sesuai berdasarkan kemampuan dan komitmen mengikut keupayaaan diri sendiri. Selain itu, pelajar perlu mempunyai kemahiran untuk mengatasi masalah tekanan perasaan diri. Seterusnya, pelajar harus memahami falsafah pendidikan negara yang ingin melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, rohani, intelek dan sosial. Di samping itu, pelajar perlu berjumpa guru kaunselor di sekolah serta mendapatkan rehat dan tidur yang cukup. Akhir sekali, pelajar wajar menjaga kesihatan diri seperti bersenam pasa setiap petang untuk mendapatkan kecergasan otak dan badan.

Antara peranan ibu bapa bagi mengatasi tekanan pelajar ialah ibu bapa memberi dorongan atau ransangan yang positif. Selain itu, memahami situasi anak-anak yang akan berhadapan dengan peperiksaan

Nur Adlyna said...

Antara usaha menghadapi tekanan ketika peperiksaan ialah pelajar haruslah mempunyai kemahiran untuk mengatasi masalah tekanan perasaan dan pelajar perlulah membuat perancangan yang sesuai untuk kemampuan diri sendiri. Selain itu, pelajar juga mestilah menyediakan jadual pembelajaran yang sistematik dan menjauhkan diri daripada perkara yang merosakkan emosi. Seterusnya, pelajar hendaklah berjumpa dengan guru yang rapat atau kaunselor sekolah jika menghadapi masalah kritikal. Akhir sekali, pelajar perlulah menjaga kesihatan diri yang baik agar mudah untuk pelajar mengulangkaji pelajaran dan membuat latihan insetif dengan baik

Anatara peranan ibu bapa untuk mengurangkan tekanan ialah sebagai ibu bapa mereka haruslah memberikan kata-kata semangat untuk anak-anak supaya anak -anak jadi tidak gementar semasa menjawab peperiksaan. Selain itu, ibu bapa meberikan nasihat untuk mereka dan tunjuk ajar ketika anak -anak membuat ulangkaji

Post a Comment

 
Kembara Musafir © 2020 DheTemplate.com. Supported by