PENA BAHASA

KEMBARA MUSAFIR
 

Wednesday, August 26, 2020

Latihan Kata Sendi Nama

22 comments

 Baca ayat-ayat di bawah kemudian betulkan kesalahan penggunaan kata sendi nama yang terdapat dalam ayat tersebut.


1. Gadis comel bernama Devi itu datang daripada Batu Kurau yang terletak di Perak.

2. Saya menunggu Yatie di perhentian bas itu daripada pukul dua petang tadi lagi.

3. Ely menerima surat dari Elyas yang tinggal di Kampung Semanggol.

4. Saya mendapat pengetahuan yang banyak dari buku yang saya pinjam itu.

5. Baju batik yang dipakai oleh Nadia itu dibuat dari sutera asli.

6. Dari 5 ekor anak ayam, hanya seekor sahaja yang dapat hidup dengan sihat.

7. Di musim durian, Zainal mendapat banyak wang hasil jualan duriannya.

8. Rahayu berkebun sayur-sayuran pada belakang rumahnya.
Read more...

Sunday, August 2, 2020

Contoh penggunaan mudah Ayat Bombastik dalam karangan

0 comments

Contoh penggunaan mudah Ayat Bombastik dalam karangan                                        -CikguSR-

POLEMIK

- Perbahasan yang dilakukan dalam surat khabar atau dalam majalah mengenai sesuatu perkara

Aplikasi dalam ayat

(Dasawarasa ini, isu …………. telah menjadi polemik yang hangat diperkatakan oleh marhaen di negara kita.

 

SINERGI (KERJASAMA)

-Semua pihak perlu bersinergi dalam …………………………….

 

SEYOGIA (SEPATUTNYA)

-Pihak ? seyogia menjalankan / mengambil langkah ……………………………….

 

MAUDUK (POKOK PERBINCANGAN)

-Mauduk yang kita akan kupas ………………………………….

 

SIGNIFIKAN (PENTING)

-Pihak ? perlu mengambil langkah-langkah signifikan bagi …………………

 

ENTENG (MUDAH/RINGAN)

-Semua pihak tidak boleh mengambil enteng akan perkara ………………………

 

CAKNA (AMBIL TAHU)

-Semua pihak perlu cakna akan perkara ……………………….

 

EGOSENTRIK (MEMENTINGKAN DIRI)

-Masyarakat tidak boleh bersikap egosentrik bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing kerana ……

 


Read more...

Teknik Memasukkan Peribahasa dalam karangan (Pendahuluan dan Penutupan)

0 comments

Read more...
 
Kembara Musafir © 2020 DheTemplate.com. Supported by