PENA BAHASA

KEMBARA MUSAFIR
 

Monday, March 30, 2020

Syair Hamba Biasa (Karya pertama penulis)

19 comments


Lahir seorang pemuda desa
Jasadnya kecil semangat perkasa
Indah kalam dalam berbahasa
Akhlaknya baik senyum sentiasa

Walau daif tiada berharta
Baginya khazanah bukan mahkota
Keluarga sakinah selalu dipinta
Doa dipohon tidak dinista

Takdir tuhan tidak disangka
Keluarga berpisah bagai disiksa
Sanubari hiba masih berjenaka
Hablum dijaga jauh derhaka

Paradigma hidup tidak dilupa
Biar diuji duka nestapa
Menjadi guru tidak papa
Hati sejernih air kelapa

Norma hidup memang begitu
Bagai kaca terhempas ke batu
Ditimpa ujian setiap waktu
Tanda ingatan tuhan yang satu

Tunas Cipta, September 2015

19 comments:

Hanis Suhaimii said...

RANGKAP DUA MENCERITAKAN TENTANG SEBUAH KELUARGA YANG DIHINA MESKI TIADA SEDIKIT PUN HARTA , BAGI MEREKA KEKAYAAN ITU BUKAN SEGALANYA, INGINKAN KETENANGAN , TIDAK PUTUS DOA MESKIPUN TIDAK DIHINA.

Syazliana Subhi said...

Dalam hidup mesti ada satu wawasan atau kerjaya yang ingin di kecapi . Walaupun banyak halangan yang melanda , kita tetap kena hadapi. Pasti kan hati kita dalam keadaan bersih tanpa ada iri hati

Aliahwahida said...
This comment has been removed by the author.
NUR HUMAIRA BATRISYIA BINTI MUHAMMAD ZAIDIE said...

Nama: Nur Humaira Batrisyia Binti Muhammad Zaidie

Pada pendapat saya,puisi rangkap ke tiga mengisahkan tentang seseorang yang berasa sedih apabila terpaksa berjauhan daripada keluarga.Walaubagaimanapun,hubungan di antara keluarga tetap dijaga.

Balqis Batrisyia said...

Rangkap tiga menceritakan tentang seseorang yang perlu berjauhan dengan keluarga untuk sesuatu perkara. Walaupun dia berasa sedih dia tetap menggembirakan diri sendiri kerana memikirkan kejayaan yang akan dikecapi di masa hadapan. Dan walaupun dia berjauhan dengan keluarga dia masih menjaga hubungan antara mereka.

Nur Zhahereen Bt Mohammad Zamri said...

Pada pendapat saya, rangkap pertama menceritakan tentang seorang pemuda yang lahir di desa walaupun hidupnya sederhana tetapi semangatnya gah. Beliau seorang yang berbudi bahasa, sopan dan sentiasa senyum walaupun dalam keadaan yang sukar. Beliau juga seorang yang baik akhlaknya.

Nur Khatirah Najwa said...

Pada pendapat saya puisi rangkap ketiga mengisahkan seseorang yang berasa sedih apabila terpaksa berjauhan daripada keluarga untuk mencapai sesuatu kejayaan namun hubungan yang jauh masih kekal biasa dan terjalin.

Aliahwahida said...
This comment has been removed by the author.
Muhammad Aiman Hakimi said...
This comment has been removed by the author.
Muhammad Aiman Hakimi said...
This comment has been removed by the author.
NurqasdinaFariz said...

Rangkap dua menceritakan tentang walaupun tiada harta yang banyak,tetapi baginya harta bukan segalanya kerana sentiasa mengharapkan keluarga yang tenang dan membahagiakan.Sentiasa memohon doa walaupun tidak dihina atau dicaci.

Nurul Husna said...

rangkap kedua mengisahkan tentang sebuah keluarga yang tiada harta tetapi tidak kisah tentang harta walaupun dihina dan mereka tetap bertenang

Muhammad Aiman Hakimi said...

Pada pendapat saya, rangkap pertama menceritakan tentang seorang pemuda yang hanya lahir di sebuah kampung biasa.
Semangat beliau kuat walaupun dia hanyalah seorang budak kecil.
Beliau pandai berbahasa dan berpuisi.
Beliau juga seorang yang baik dan peramah.

Aliahwahida said...

Pada pendapat Saya, perenggan Dua menerangkan tentang keluarga yang berkedudukan Dan jawatan tinggi sentiasa tenang walaupun di caci Dan dihina. Sentiasa memohon doa walaupun dipandang Hina.

NurqasdinaFariz said...

Nurqasdina Bt Mohd Fariz
Rangkap dua menceritakan tentang walaupun tiada harta yang banyak,tetapi baginya harta bukan segalanya kerana sentiasa mengharapkan keluarga yang tenang dan membahagiakan.Sentiasa memohon doa walaupun tidak dihina atau dicaci.

SYAKIRAH said...

Rangkap satu menceritakan tentang seorang pemuda kampung mempunyai semangat keberanian yang tinggi dan pandai berbahasa. Selain itu, seorang pemuda yang akhlaknya baik.

Nur Adlyna said...

nama : nur adlyna
amira
syafikah

rangkap 4 bermaksud wawasan seorang terhadap matlamatnya walaupun di uji dengan berbagai bagai cabaran yang perlu ditempuhi akan tetapi hatinya tetap kepada matlamatnya

NUR ALYA SABRINA BINTI ROSLAN said...

RANGKAP 5

hidup ada pasang dan surut . kadang kadang derita , kadang kadang gembira . ditimpa musibah tidak membawa kepada putus asa .Tuhan yang disembah dan Tuhan tempat memohon pertolongan .

Nur Munirah said...

Pada pendapat saya, rangkap ketiga mengisahkan tentang seseorang yang berasa sedih apabila terpaksa berjauhan daripada keluarga kerana ingin mencapai sesuatu kejayaan namun hubungan yang
jauh masih kekal terjalin dengan baik.

Post a Comment

 
Kembara Musafir © 2020 DheTemplate.com. Supported by