Amalan berjimat cermat dan menabung merupakan salah satu amalan mulia yang patut dipraktikkan oleh semua rakyat di negara kita. Huraikan empat langkah yang boleh diambil bagi menggalakkan anak-anak muda bijak menguruskan kewangan mereka.
1. Kerajaan menjalankan kempen bijak berbelanja
2. Didikan ibu bapa
3. Pihak sekolah mengadakan ceramah
4. Kementerian Pelajaran Malaysia memperkenalkan subjek pengurusan kewangan
#jangan lupa gunakan teknik yang sudah diajar ya
#ada apa-apa masalah boleh pm cikgu
#selamat menulis!
14 comments:
Lain daripada itu, pihak sekolah mengadakan ceramah. Hal ini kerana untuk memberi pendedahan awal kepada pelajar supaya berjimat cermat dalam berbelanja. Sebagai contoh, ceramah ini memberi kesan yang pisitif seperti pelajar dapat mempelajari ilmu menabung daripada ceramah yang telah diadakan oleh pihak sekolah. Peribahasa ada mengatakan, sedikit-sedikit lama -lama jadi bukit. Oleh itu, amalan berjimat cermat amat penting bagi menangani masalah pembaziran yang berlaku.
Selain itu Kementerian Pelajaran Malaysia memperkenalkan subjek pengurusan kewangan. Hal ini berlaku kerana, subjek ini dapat membantu para pelajar untuk meramcang dan menguruskan hal kewangan mereka dengan baik .Contohnya, apabila golongan muda mempunyai kemahiran asas akan dapat membantu mereka membuat keputusan dengan lebih tepat dan kurang berkemungkinan menjadi mangsa hutang. Oleh itu, kita perlulah mempunyai ilmu tentang pengurusan kewangan supaya tidak mudah ditipu.
Seterusnya, pihak sekolah juga boleh mengadakan ceramah. Melalui ceramah ini, pelajar dapat berfikir secara rasional betapa susahnya jika tidak bijak menguruskan wang. Contohnya, penceramah memberi penerangan tentang akibat tidak bijak menguruskan wang dan boros seperti tiada peningkatan dalam kualiti hidup. Bak kata pepatah "berjimat sebelum kena beringat sebelum habis". Tegaslah disini bahawa peranan sekolah juga amat penting untuk anak muda bijak menguruskan wang.
Akhir sekali, Kementerian Pelajaran Malaysia memperkenalkan subjek pengurusan kewangan. Hal ini dapat melahirkan masyarakat yang bijak dan maju dalam segi kewangan. Contohnya, daripada subjek ini anak-anak muda dapat mempelajari kepentingan menabung untuk masa hadapan. Bak kata pepatah "sediakan payung sebelum hujan". Tegaslah bahawa disini, langkah ini juga boleh berhasil.
Nama: Nur Humaira Batrisyia
2isi karangan:
Seterusnya, pihak sekolah mengadakan ceramah juga antara langkah yang menggalakkan anak-anak muda bijak menguruskan wang. Hal ini kerana pihak penceramah akan menyampaikan ceramah betapa pentingnya amalan menabung diamalkan sejak kecil lagi. Contohnya, pihak penceramah memberitahu jika kita mengumpul seringgit dalam satu hari jumlah untuk setahun sebanyak RM365.00. Walaupun dengan menabung seringgit,lama-lama kita akan nampak hasilnya seperti pepatah menyatakan sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit. Oleh itu,pihak sekolah juga haruslah mengambil langkah-langkah untuk menggalakkan anak-anak muda bijak menguruskan kewangan.
Akhir sekali, Kementerian Pelajaran Malaysia memperkenalkan subjek pengurusan kewangan. Hal ini kerana dengan subjek pengurusan kewangan dapat membantu para pelajar menguruskan hal kewangan mereka dengan bijak. Contohnya, apabila anak-anak muda mempunyai kemahiran asas dalam pengurusan kewangan ianya dapat membantu mereka membuat keputusan lebih tepat. Oleh itu, kita haruslah mempunyai kemahiran pengurusan kewangan supaya mereka bijak menguruskan kewangan mereka.
NURIN SYUKRIAH BT MOHD EFENDI
Seterusnya, pihak sekolah mengadakan ceramah. Peranan yang penting dalam memberikan penerangan kepada pelajar tentang faedah menabung. Penerangan tersebut boleh dilakukan dalam hampir semua mata pelajaran. Malahan, penerangan dapat dilakukan secara tidak langsung dalam kegiatan kokurikulum yang disertai pelajar. Contohnya, pihak sekolah mengadakan ceramah tentang kebaikan menabung setahun tiga kali sekaligus anak anak muda dapat berfikir secara rasional dan bijak dalam mengatur wang. Dengan cara ini anak anak muda dapat mengekalkan amalan ini dengan jayanya. Jelaslah disini bahawa peranan sekolah juga amat penting untuk anak muda bijak menguruskan wang.
Akhir sekali, Kementerian Pelajaran Malaysia memperkenalkan subjek pengurusan kewangan. Hal ini sedikit sebanyak dapat membantu anak anak muda merancang dan menguruskan wang dengan bijak tanpa ditipu oleh sesiapa pun. Contohnya, jika kemahiran asas sudah dipelajari sudah tentu anak anak muda dapat mempratikkannya dengan betul. Bak kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan. Oleh itu, dengan langkah ini juga dapat melahirkan anak anak muda pandai menabung. Bak kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan.
Seterusnya, pihak sekolah mengadakan ceramah. Pihak sekolah juga memberi peranan untuk mendidik anak-anak muda kerana di sekolahlah tempat mereka menuntut ilmu. Hal ini kerana, melalui ceramah itu mereka akan ketahui cara untuk menguruskan wang mereka dan dapat memberi kesedaran kepada mereka betapa pentingnya hal ini. Oleh itu, pihak sekolah juga haruslah mengambil langkah untuk menggalakkan anak-anak muda bijak menguruskan kewangan.Tegaslah bahawa dengan mengadakan ceramah ini, anak-anak dapat memupuk semangat untuk mengursukan wang mereka dengan sendiri.
Akhir sekali, kementerian Pelajaran Malaysia memperkenalkan subjek pengurusan kewangan. Hal ini kerana, apabila memperkenalkan subjek pengurusan kewangan, mereka dapat menguruskan wang dengan sendiri pada peringkat awal dan dapat mengurangkan beban ibu bapa mereka. Contohnya, apabila mereka mempunyai kemahiran asas dalam pengurusan kewangan ia dapat membantu mereka menguruskan kewangan lebih tepat. Oleh itu, cadangan untuk memperkenalkan subjek pengurusan kewangan ini boleh dikategorikan sebagai cadangan yang amat bagus. Bak kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan. Tegaslah bahawa langkah ini boleh diambil bagi menggalakkan anak-anak muda bijak menguruskan kewangan mereka.
Seterusnya, pihak sekolah mengadakan ceramah tentang amalan berjimat cermat dan menabung. Hal ini supaya pelajar-pelajar dapat mengetahui untuk berjimat di sekolah dan di mana-mana. Sebagai contoh, guru-guru memastikan pelajar-pelajar menutup suis kipas dan lampu yang telah digunakan sebelum hendak meninggalkan kelas. Bak kata pepatah berjimat sebelum habis beringat sebelum kena. Tegaslah bahawa pihak sekolah mengadakan ceramah mengenai tentang berjimat juga dapat menggalakkan anak-anak muda bersikap jimat cermat.
Di samping itu, Kementerian Pelajaran Malaysia memperkenalkan subjek pengurusan kewangan. Hal ini dapat membantu anak-anak muda mengetahui bagaimana untuk menguruskan wang. Contohnya, anak-anak muda mempelajari dan sehingga menguasai kemahiran asas dalam pengurusan kewangan untuk dapat mengelakkan mereka daripada berhutang dan bijak menggunakan wang. Bak kata pepatah berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian. Oleh itu, langkah ini juga dapat menggalakkan anak-anak muda bijak menguruskan wang.
Seterusnya, pihak sekolah perlu mengadakan ceramah berkenaan menabung dan amalan berjimat cermat. Hal ini kerana, dapat memberikan pendedahan awal kepada anak-anak dalam amalan berjimat cermat dan perkara ini juga sedikit sebanyak dapat membuka minda anak-anak muda supaya tidak bersikap boros dan menabung untuk masa hadapan. Bak kata mutiara, berjimat sebelum kena beringat sebelum habis. Jelaslah bahawa, pernanan sekolah juga penting dalam mendidik anak-anak muda.
Akhir Sekali, kementerian Pelajaran Malaysia memperkenalkan subjek pengurusan kewangan. Perkara ini kerana, dengan mempelajari subjek ini mereka boleh menguruskan kewangan mereka dengan bijak. Contohnya, mempelajari asas subjek ini juga mereka dapat menguruskan kewangan mereka dengan betul dan tepat. Bak kata pepatah sesal dahulu berpendapatan sesal kemudian tidak berguna. Jelaslah langkah ini boleh mengajar mereka untuk menguruskan kewangan yang bijak dengam sendiri.
Di samping itu, pihak sekolah juga boleh mengadakan ceramah berbentuk nasihat kepada para pelajar mengenai kebaikan berjimat cermat dan menabung. Hal ini sedikit sebanyak dapat membuka minda mereka akan kepentingan dalam pengurusan wang yang bijak serta cara penggunaan wang tanpa bersikap boros. Sebagai contoh, pelajar tidak boros dalam menggunakan wang perbelanjaan sekolahnya malahan menyimpan wang tersebut dengan baik. Bak kata pepatah berjimat sebelum kena beringat sebelum habis. Tegaslah disini bahawa, inisiatif pihak sekolah dalam mengadakan ceramah ini dapat menggalakkan anak muda agar bijak menguruskan kewangan mereka sekaligus mempraktikkan amalan mulia iaitu bersikap berjimat cermat serta dapat membakar semangat mereka dalam menabung.
Akhir sekali, seperti yang sedia maklum, Kementerian Pendidikan Malaysia telah memperkenalkan subjek pengurusan kewangan di setiap sekolah. Hal ini bertujuan bagi mengukuhkan pengetahuan anak muda dalam menguruskan kewangan dengan bijak serta mengelakkan berlakunya penyelewangan dan pembaziran penggunaan wang. Sebagai contoh, sekiranya anak muda tidak mempunyai pengetahuan berkaitan penggunaan wang yang bijak, risiko untuk diseleweng sangatlah tinggi. Oleh yang demikian, pelajar perlulah diberi penekanan supaya dapat menguruskan kewangan dengan cekap dan berhemah serta mengelakkan diri daripada ditipu oleh mana-mana pihak. Bak kata pepatah sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada guna. Terbuktilah disini bahawa dengan wujudnya subjek pengurusan kewangan ini, anak muda dapat mempelajari pengurusan wang yang bijak dan dapat mempraktikkan penggunaan wang yang betul.
Aliahwahida
Seterusnya, pihak sekolah juga boleh mengadakan ceramah tentang kebaikan menabung. Hal ini kerana ibu bapa akan hanta Anak Anak untuk kesekolah, SEBAGAI pihak sekolah boleh mengadakan ceramah betapa banyaknya kebaikan menabung. Contohnya, Anak Anak muda akan belajar dari sekolah rendah bahwa menabung ADALAH salah satu amalan mulia. Oleh itu, mereka akan simpan duit Baki Dan tidak membeli barangan yang tidak berfaedah seperti keropok, gula gula Dan sebagainya. Benarlah dengan pihak sekolah mengadakan ceramah dapat membuka Monday Anak Anak betapa pentingnya menabung ini.
Akhir sekali, Kementeriaan Pendidikan Malaysia tepah memperkenalkan subjek pengurusan kewangan di setiap sekolah.Hal ini untuk menambahkan lagi ilmu pengetahuan pelajar. Contohnya,pelajar dapat menggunakan Wang dengan lebih cermat Dan tepat Serta tidak mudah ditipu dengan jualan barangan yang tidak berfaedah. Bak kata pepatah sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Benarlah dengan adanya subjek pengurusan kewangan ini dapat membuka lagi minda pelajar untuk bijak menggunakan Wang.
-Puteri nor shafikah
Seterusnya, pihak sekolah juga mengadakan ceramah mengenai kebaikan menabung. Dengan hal yang demikian, ini dapat memberikan pendedahan awal kepada para pelajar bahawa pentingnya amalan menabung dalam hidup kita. Sebagai contoh, para pelajar dapat mengenali lebih terperinci mengenai amalan menabung ini . Bak kata pepatah berjimat cermat amalan mulia. Oleh itu, tegaslah bawaha amalan menabung sangat penting kepada kita semua.
Di samping itu, Kementeriaan Pendidikan Malaysia telah memperkenalkan subjek pengurusan kewangan di setiap sekolah. Dengan hal yang demikian, ini dapat membantu para pelajar mengetahui cara untuk menguruskan wang. Contohnya, para pelajar dapat mempelajari dan menguasai kemahiran asas dalam pengurusan kewangan agar dapat mengelakkan mereka daripada bijak membelanjakan wang. Bak kata pepatah berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian. Oleh itu, tegaslah bahawa langkah ini juga dapat membantu para pelajar bijak dalam menguruskan kewangan.
NUR ALYA SABRINA BINTI ROSLAN
Pihak lain yang boleh memainkan peranan dalam memupuk amalan berjimat cermat ialah pihak sekolah. Tidak dapat dinafikan, masa pelajar hanya dihabiskan di sekolah. Oleh itu, pihak sekolah boleh menjalankan aktiviti yang boleh menyemai amalan berjimat cermat di kalangan pelajar. Antara aktiviti tersebut ialah Program Kitar Semula, ceramah tentang kebaikan amalan menabung serta kempen penjimatan penggunaan elektrik dan air. Didik pelajar menghargai kemudahan-kemudahan asas yang disediakan oleh sekolah seperti air dan elektrik. Pihak sekolah juga boleh menerapkan amalan berjimat cermat dalam aktiviti kokurikulum yang diadakan. Bak kata pepatah, ‘sedikit sedikit lama-lama jadi bukit’.
Akhir sekali, Kementerian Pelajaran Malaysia memperkenalkan subjek pengurusan kewangan. Ini dijadikan sebagai salah satu kemahiran insaniah yang diperlukan dengan matlamat secara tidak langsung melahirkan golongan muda yang bijak dalam keusahawanan dan berliterasi dalam kewangan. Sebagai pelajar, biarpun belum mempunyai sumber pendapatan, kita harus bijak merancang kewangan agar kehidupan lebih terjamin. Hal ini kerana, jika kita berdisiplin mempraktikkan amalan ini maka simpanan sudah pasti cukup untuk menampung diri sendiri.
Seterusnya, langkah yang boleh diambil ialah pihak sekolah mengadakan ceramah untuk mengajar anak kecil belajar tentangnya.Hal ini kerana, sekolah ialah tempat untuk mereka belajar dengan lebih dalam tentang sesuatu perkara.Contohnya, guru guru boleh menjemput penceramah untuk menjelaskan lagi bertapa pentingnya amalan menabung dan berjimat cermat kepada masyarakat jadi mereka akan berminat untuk megetahuinya.Bak kata pepatah 'melentur buluh biarlah dari rebungnya,. Tegaslah bahawa dengan adanya ceramah dapat memberikan manfaat kepada anak anak untuk bijak menguruskan wang sendiri.
Akhir sekali, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia memperkenalkan subjek Pengurusan Wang. Hal ini untuk menambahkan lagi ilmu pengetahuan kepada mereka sekaligus mereka bijak menguruskan wang sendiri.Contohnya, pelajar dapat belajar tentang perkara asas sehingga mahir dalam menguruskan wang dan dapat mengurangkan risiko ditipu apabila berkenaan dengan duit. 'Sesal dahulu pendapatan , sesal kemudian tidak berguna' itulah pepatah yang sesuai untuk merujuk perkara ini.Tegaslah bahawa pihak Kementerian juga memberikan peranan yang penting untuk menggalakkan anak anak menguruskan wang dengan bijak.
Syazliana
Di samping itu , semua ibu bapa perlulah didik anak-anak mereka dari kecil sikap suka menabung dan menyediakan tabung khas untuk anak-anak mereka. Contohnya ketika hari raya pasti anak-anak kecil akan mendapat duit raya daripada saudara mara. Jadi ibu bapa boleh mengajar anak-anak mereka memasukkan duit raya itu kedalam tabung khas mereka. Jadi apabila mereka inginkan sesuatu mainan ataupun benda yang lain, mereka boleh menggunakan duit itu . Apabila mereka sudah besar , pasti ada sesuatu benda yang ingin di beli maka apabila mereka inginkan sesuatu mereka perlu menabung sedikit sedikit lama lama jadi bukit baru mereka dapat apa yang mereka kehendaki. Okeh itu benarlah dari ibu bapa sikap menabung dapat tirapkan dalam kalangan pemuda.
Akhir sekali , pihak kementerian pelajaran boleh memperkenalkan subjek kewangan kepada pelajar sekolah menengah. Kerasa sudah ada segelintir pelajar memulakan perniagaan kecil-kecillan untuk mendapatkan sediki wang untuk membeli sesuatu benda. Contohnya, apabila mereka telah pelajari mengenai kewangan keluar masuk . Maka mereka dapat asingkan mana duit perniagaan mana duit untung . Jadi duit untung itulah mereka boleh beli sesuatu yang mereka mahu. Jadi benarlah bahawa apabila kementerian pelajaran memperkenalkan pelajaran kewangan , dapat membantu pelajar pelajar untuk menyimpan duit.
Post a Comment