Amalan berjimat cermat dan menabung merupakan salah satu amalan mulia yang patut dipraktikkan oleh semua rakyat di negara kita. Huraikan empat langkah yang boleh diambil bagi menggalakkan anak-anak muda bijak menguruskan kewangan mereka.
1. Kerajaan menjalankan kempen bijak berbelanja
2. Didikan ibu bapa
3. Pihak sekolah mengadakan ceramah
4. Kementerian Pelajaran Malaysia memperkenalkan subjek pengurusan kewangan
#jangan lupa gunakan teknik yang sudah diajar ya
#ada apa-apa masalah boleh pm cikgu
#selamat menulis!
14 comments:
Antara langkah-langkah yang boleh diambil bagi menggalakkan anak-anak muda bijak menguruskan kewangan mereka ialah kerajaan menjalankan kempen bijak berbelanja. Hal ini menyebabkan, ingin memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan amalan berjimat cermat dalam kehidupan mereka. Sebagai contoh, kempen ini akan mengajar masyarakat untuk membeli keperluan bukannya kehendak. Persis kata peribahasa, mengukur baju di badan sendiri. Oleh itu, tegaslah di sini bahawa kempen memberi kesan yang positif kepada masyarakat.
Sementara itu, didikan ibu bapa. Ibu bapa juga seharusnya memupuk sikap suka menabung dalam diri anak -anak sejak kecil lagi. Anak-anak harus didik mempunyai tabungan sendiri di rumah iaitu menabung wang lebihan perbelanjaan sekolah mereka dan menggunakan wang simpanan mereka apabila ingin membeli barang keperluan sendiri. Contohnya,ibu bapa juga boleh membuka akaun simpanan anak -anak di bank tempatan seperti Bank Rakyat, Maybank dan Bank Simpanan Nasional. Bak kata pepatah, melentur rebung biarlah dari rebungnya. Oleh itu,institusi perbankan hendaklah dimanfaatkan sebagai tempat menyimpanan wang yang selamat dan hasil tabungan ini dapat digunakan pada masa hadapan.
Antara langkah yang boleh diambil bagi menggalakkan anak-anak muda bijak menguruskan kewangan mereka ialah kerajaan menjalankan kempen bijak berbelanja. Hal ini mampu meningkatkan kesedaran anak muda dalam menguruskan perbelanjaan dengan bijak. Contohnya pihak kerajaan mengingatkan anak muda supaya bijak berbelanja dan mengutamakan pembelian barangan buatan Malaysia serta mengingatkan mereka agar membeli barangan mengikut keutamaan ataupun mendahulukan keperluan dan kemampuan. Bak kata pepatah ukur baju di badan sendiri. Oleh itu, penggunaan kewangan perbelanjaan tidaklah disia-siakan dengan membeli barangan yang tidak diperlukan dan ianya mampu menjimatkan wang perbelanjaan tersebut. Izharnya, dengan langkah positif ini, anak-anak muda dapat memupuk sikap berjimat cermat sekaligus dapat mempratikkan gaya hidup dalam keadaan yang sederhana.
Selain itu, ibu bapa juga berperanan memberi didikan kepada anak-anak mereka dalam memupuk sikap berjimat cermat dan menabung sejak setahun jagung kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Sebagai contoh, anak-anak haruslah dinasihati agar menggunakan wang perbelanjaan sekolahnya secara berjimat cermat dan baki daripada perbelanjaan tersebut disimpan dengan sebaiknya walaupun dalam jumlah yang sedikit kerana pepatah pernah menyatakan bahawa sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit. Ibu bapa juga perlulah memberi contoh yang baik terhadap anak mereka dengan cara menggunakan wang perbelanjaan isi rumah dengan berjimat cermat agar barangan keperluan dapat dimiliki dan tiada masalah dalam pengurusan kewangan seperti berhutang. Hal ini secara tidak langsung mampu membuka mata anak-anak mereka betapa pentingnya amalan berjimat cermat dan menabung dalam kehidupan. Tegaslah disini bahawa, ibu bapa berperanan penting dalam menggalakkan anak-anak agar dapat menguruskan kewangannya dengan bijak.
Nama: Nur Humaira Batrisyia Binti Muhammad Zaidie
2 isi karangan:
Antara langkah-langkah yang boleh diambil bagi menggalakkan anak-anak muda bijak menguruskan kewangan mereka ialah kerajaan menjalankan kempen bijak berbelanja. Hal ini supaya, masyarakat sedar betapa pentingnya amalan berjimat cermat dalam kehidupan mereka. Sebagai contoh, kempen ini akan mengajar masyarakat untuk membeli keperluan bukannya kehendak. Seperti peribahasa menyatakan mengukur baju di badan sendiri. Oleh itu, tegaslah di sini bahawa kerajaan menjalankan kempen bijak berbelanja juga memberikan kesan positif kepada anak-anak meraka dan juga masyarakat.
Selain itu,didikan ibu bapa. Ibu bapa seharusnya menerapkan amalan berjimat cermat dan menabung dalam diri anak-anak mereka dengan menjadikan amalan ini sebagai budaya keluarga.
Hal ini kerana suasana keluarga merupakan cara yang paling cepat dan efektif bagi membentuk keperibadian anak-anak. Contoh dari kecil lagi ibu bapa menyimpan duit di depan anak mereka dan memberlikan tabung untuk anak mereka supaya boleh menabung sama-sama.“Anak ibarat sehelai kain putih, ibu bapa yang bakal mencorakkannya menjadi putih atau hitam”. Ibu bapa merupakan orang yang pertama berpeluang untuk berinteraksi dengan anak-anak. Oleh itu, tegaslah bahawa disini didikan ibu bapa untuk menerapkan amalan berjimat cermat dan menabung dalam diri anak-anak juga antara langkah yang boleh diambil bagi menggalakkan anak-anak muda bijak mengurskan kewagan.
Salah satu langkah yang boleh diambil bagi menggalakkan anak-anak muda bijak menguruskan kewangan mereka ialah kerajaan menjalankan kempen bijak berbelanja. Hal ini dapat menyedarkan masyarakat tentang amalan bejimat cermat. Sebagai contoh, masyarakat utamakan membeli barang keperluan dan menjadi pembeli yang berguna serta bijak. Bak kata pepatah berjimat sebelum kena beringat sebelum habis. Oleh itu, dengan mengadakan kempen bijak berbelanja oleh kerajaan ini, masyarakat dapat mengetahui cara-cara berjimat cermat.
Selain itu, ibu bapa juga perlu mendidik anak-anak dengan mengamalkan cara hidup yang sederhana. Hal ini supaya dapat mengelakkan anak-anak daripada sikap boros dalam berbelanja. Contohnya, ibu bapa menggalakkan anak-anak menabung sejak kecil lagi untuk membentuk anak-anak membesar dengan berjimat cermat ketika berbelanja. Bak kata pepetah meluntur buluh biarlah dari rebungnya. Oleh itu, tegaslah bahawa didikan ibu bapa dapat membentuk anak-anak bijak menguruskan kewangan.
Antara langkah-langkah yang boleh diambil bagi menggalakkan anak-anak musa bijak menguruskan kewangan mereka adalah dengan kerajaan menjalankan kempen bijak berbelanja. Hal ini dikatakan demikian kerana masyarakat akan merancang barangan yang hendak dibeli mengikut keperluan. Bak kata pepatah " ukur baju di badan sendiri". Tegaslah bahawa, kerajaan juga dapat memberi idea kepada anak muda untuk menguruskan wang mereka.
Seterusnya, didikan ibu bapa juga adalah langkah yang perlu diambil. Hal ini kerana, dari nasihat ibu bapa, anak-anak akan mengamalkan sikap menabung. Ibu bapa perlulah mendidik anak-anak dari sejak kecil supaya menabung. Bak kata pepatah "melentur buluh biarlah dari rebungnya". Contohnya, ibu bapa menasihati anak-anak agar membeli barang hanya untuk keperluan bukan sekadar nafsu kehendak. Tegaslah bahawa disini ibu bapa juga memainkan peranan yang besar untuk anak- anak muda bijak menguruskan wang mereka.
-Puteri Shafikah
Antara langkah efektif yang perlu dilakukan ialah pihak kerajaan perlulah menjalankan kempen bijak berbelanja. kerajaan sewajarnya mengalakkan rakyat Malaysia mengamalkan sikap mulia ini dengan menanamkan sikap rajin menabung. Hal ini akan menyebabkan rakyat Malaysia dapat mempraktikkan amalan berjimat cermat dan menabung dalam kalangan mereka. Oleh itu, kempen ini amatlah penting kerana masyarakat dapat merancang barangan yang hendak dibeli mengikut keperluan dan tidak melakukan pembaziran. Tegaslah bahawa, pentingnya perancangan masa depan kerana kita perlu menyediakan payung sebelum hujan.
Selain itu, ibu bapa juga seharusnya memupuk sikap suka menabung dalam diri anak-anak sejak kecil lagi. Anak-anak harus dididik mempunyai tabung sendiri di rumah iaitu menabung wang lebihan perbelanjaan sekolah mereka dan menggunakan simpanan mereka apabila ingin membeli barangan keperluan sendiri. Ibu bapa juga boleh membuka akaun simpanan anak-anak di bank-bank tempatan seperti Bank Simpanan Nasional , Bank Rakyat, Maybank dan sebagainya kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Institusi perbankan hendaklah dimanfaatkan sebagai tempat menyimpan wang yang selamat. Oleh itu, Hasil daripada tabungan ini dapat digunakan untuk keperluan masa depan yang lebih gemilang. Tegaslah bahawa, didikan ibu bapa amatlah penting dalam diri anak-anak untuk menabung.
NURIN SYUKRIAH BT MOHD EFENDI
Antara langkah-langkah yang boleh diambil bagi menggalakkan anak-anak muda bijak menguruskan kewangan mereka ialah kerajaan menjalankan kempen bijak berbelanja.Kempen kesedaran ini boleh menggunakan kecanggihan media massa yang wujud di negara ini untuk mencapai tahap keberksanan yang sebaik mungkin. Dalam kempen ini dijelaskan cara-cara menyimpan wang, faedahnya dan dirangka dalam satu bentuk yang mudah untuk difahami oleh remaja kita semua. Oleh itu, kempen yang dirangcang dengan baik dan dilaksanakan sepanjang tahun berupaya untuk membentuk satu kesedaran dalam naluri masyarakat terutamanya remaja yang sememangnya cintakan akan kemewahan. Contohnya, dengan adanya kempen ini masyarakat akan sentiasa berhati hati jika ingin membeli barang keperluan mahupun kehendak. Bak kata pepatah, ukur baju di badan sendiri iaitu membeli barangan perlulah didahulukan keperluan. Kenyatan ini, dapat membantu anak anak muda dapat memupuk Sikap berjimat cermat.
Selain itu, ibubapa perlu memainkan peranan mereka sebagai pembentuk yang baik dengan memberikan teladan yang sewajarnya. Setiap bulan ibu bapa haruslah memaparkan kepada anak mereka bahawa mereka memang membuat simpanan wang di dalam bank yang akan meninggalkan kesan mendalam dalam pemikiran anak mereka itu kelak. Kalau sejak kecil remaja sudah didedahkan dengan sikap ibu bapa mereka sendiri yang suka menyimpan wang sudah pasti sikap yang positif ini akan terus tertanam dalam jiwa mereka. Sesungguhnya ayah borek anak rintik menjadi bukti bahawa teladan ibu bapa yang mampu mewujudkan tabiat suka menyimpan dalam jiwa remaja kita itu. Jelaslah bahawa didikan ibu bapa amatlag penting dalam diri anak anak untuk terus menabung
Antara langkah yang boleh diambil bagi menggalakkan anak-anak muda bijak menguruskan kewangan mereka ialah kerajaan menjalankan kempen bijak berbelanja. Hal ini kerana, ingin memberi kesedaran kepada anak-anak muda supaya mereka boleh berjimat-cermat untuk berbelanja. Sebagai contoh, pihak kerajaan mengingatkan anak muda supaya bijak berbelanja dan mengutamakan pembelian barangan yang penting sahaja. Oleh itu, kempen ini amatlah penting kerana anak-anak muda dapat menjimat wang dan tidak membazir. Tegaslah bahawa dengan mengadakan kempen ini, anak-anak muda dapat menjimatkan wang mereka dan dapat ada sikap berjimat-cermat dalam diri mereka.
Selain itu, didikan ibu bapa. Ibu bapa juga mestilah memupuk sikap berjimat-cermat dan menabung dalam diri anak -anak sejak mereka kecil lagi dan sentiasa menasihat mereka. Hal ini kerana, dengan nasihat yang di beri sejak kecil lagi, mereka mampu membiasakan diri mereka dengan menabung dan berjima-cermat. Contohnya, ibu-bapa menyediakan tabung bagi anak-anak untuk menabung dan sentiasa mengingatkan mereka supaya menabung. Tegaslah bahawa didikan ibu bapa juga bileh dijadikan sebagai langkah.
Antara langkah-langkah yang boleh diambil bagi menggalakkan anak-anak muda bijak menguruskan kewangan mereka ialah kerajaan menjalankan kempen bijak berbelanja. Hal ini demikian kerana, masyarakat perlu bijak berbelanja mengikut keperluan dan kemampuan masing-masing. Bak kata pepatah ukur baju dibadan sendiri. Oleh hal yang demikian, benarlah bahawa kempen ini dapat memberikan impak yang positif kepada anak-anak muda dalam menguruskan kewangan mereka.
Dalam pada itu, didikan ibu bapa juga merupakan peranan penting dalam mendidik anak-anak muda bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya. Oleh sebab itu, ibu bapa perlulah menarik perhatian anak muda dalam menabung seperti memberikan tabung sebagai hadiah supaya mereka lebih berminat dan tertarik untuk menabung. Tegaslah bahawa, peranan ibu bapa sangat penting dalam mendidik anak-anak kerana ibu bapa adalah contoh dan tauladan kepada anak-anak.
Aliahwahida
Antara langkah langkah yang boleh diambil bagi menggalakkan Anak Anak muda bijak menguruskan kewangan mereka ialah pihak kerajaan menjalankan kempen bijak berbelanja. Hal ini dapat memberi kesedaran kepada semua rakyat bahwa dengan Cara menabung dapat menggelakkan diri daripada membeli barangan yang tidak berfaedah Dan duit tersebut boleh digunakan ketika kecemasan atau Masa akan datang. Bak kata pepatah berjimat sebelum kena beringat sebelum habis
Contohnya padanhari cuti pihak kerajaan bolehengadakan kempen do tempat terbuka Serta mengadakan pelbagai aktiviti yang menarik Dan berfaedah. Oleh itu, benarlah dengan kerjasama pihak kerajaan mengadakan kempen bijak berbelanja dapat memberi kesedaran kepada semua rakyat.
Seterusnya, didikan ibu bapa juga boleh dijakan lankah untuk menggalakkan Anak anak muda bijak menguruskan kewangan. Hal ini kerana ibu bapa lebih banyak meluangkan Masa dengan Anak anak ketika kecl. Contohnya setiap duit belanjabyang berlebihan perlubdimasukkan ke dalam tabung walaupun Hanya 10 sen. Bak kata pepatah melentur biarlah dari rebungnya. Tegaslah bahawa dengan didikan ibu bapa juga dapat menjadikan Anak anak muda belajr untuk menabung.
Aliahwahida
Antara langkah langkah yang boleh diambil bagi menggalakkan Anak Anak muda bijak menguruskan kewangan mereka ialah pihak kerajaan menjalankan kempen bijak berbelanja. Hal ini dapat memberi kesedaran kepada semua rakyat bahwa dengan Cara menabung dapat menggelakkan diri daripada membeli barangan yang tidak berfaedah Dan duit tersebut boleh digunakan ketika kecemasan atau Masa akan datang. Bak kata pepatah berjimat sebelum kena beringat sebelum habis
Contohnya padanhari cuti pihak kerajaan bolehengadakan kempen do tempat terbuka Serta mengadakan pelbagai aktiviti yang menarik Dan berfaedah. Oleh itu, benarlah dengan kerjasama pihak kerajaan mengadakan kempen bijak berbelanja dapat memberi kesedaran kepada semua rakyat.
Seterusnya, didikan ibu bapa juga boleh dijakan lankah untuk menggalakkan Anak anak muda bijak menguruskan kewangan. Hal ini kerana ibu bapa lebih banyak meluangkan Masa dengan Anak anak ketika kecl. Contohnya setiap duit belanjabyang berlebihan perlubdimasukkan ke dalam tabung walaupun Hanya 10 sen. Bak kata pepatah melentur biarlah dari rebungnya. Tegaslah bahawa dengan didikan ibu bapa juga dapat menjadikan Anak anak muda belajr untuk menabung.
NUR ALYA SABRINA BINTI ROSLAN
Antara langkah yang boleh diambil bagi menggalakkan anak-anak muda bijak menguruskan kewangan mereka ialah kerajaan menjalankan kempen bijak berbelanja. Pihak kerajaan memainkan peranan dalam memupuk amalan berjimat cermat di kalangan rakyat. Hal ini kerana pihak kerajaan mempunyai kuasa dan sumber kewangan untuk melaksanakan Kempen Berjimat Cermat. Contohnya pihak kerajaan boleh menganjurkan Karnival Membeli-belah sepanjang tahun, yang menawarkan potongan harga sehingga 70%. Pihak kerajaan boleh juga mengingatkan pengguna supaya bijak berbelanja dan mengutamakan barangan buatan Malaysia.
Selain itu, ibu bapa hendaklah memainkan peranan dengan menerapkan amalan berjimat cermat di kalangan anak-anak. Sesungguhnya, peranan lbu bapa memang penting kerana masa anak-anak banyak dihabiskan bersama ibu bapa. Oleh itu, ibu bapa mestilah mengamalkan sikap bersederhana dalam kehidupan seharian dan setiap pembelian barangan hendaklah dirancang terlebih dahulu. lbu bapa juga perlu menunjukkan contoh yang baik dalam penggunaan elektrik, air dan telefon di rumah. Secara tidak langsung, anak-anak pasti akan terdorong untuk melakukan amalan berjimat cermat jlka melihat ibu bapa berbuat demikian dalam kehidupan seharian.
Antara langkah yang boleh diambil bagi menggalakkan anak-anak muda bijak menguruskan kewangan mereka ialah Kerajaan menjalankan kempen bijak berlanja. Hal ini kerana, pihak kerajaan dapat menarik minat rakyat untuk berbelanja dengan lebih cermat dengan adanya kempen seperti ini.Contohnya, Pihak kerajaan membuat kempen yang mempunyai aktiviti-aktiviti yang menarik yang boleh memberikan kesedaran kepada rakyat bertapa pentingya amalan menabung dan berjimat cermat ini. Tegaslah bahawa pihak kerajaan mempunyai peranan yang penting untuk memupuk amalan berjimat cermat di kalangan rakyat.
Selain itu, Didikan ibu bapa juga ialah salah satu langkah yang boleh diambil untuk mengalakkan anak muda menguruskan kewangan mereka dengan bijak. Hal ini kerana, Ibu bapa adalah contoh kepada anak anak untuk mereka ikuti.Contohnya, ibu bapa perlulah mengamalkan membeli barangan yang perlu sahaja supaya tidak menjadi boros dan mendidik anak anak untuk mengamalkannya sejak kecil lagi. Bak kata pepatah 'ukur baju di badan sendiri'. Jelaslah bahawa didikan ibu bapa sangat penting untuk mengalakkan anak anak menguruskan wang dengan bijak.
Syzliana
Antara langkah yang boleh dijalankan ialah pihak sekolah boleh mengadakan sebuah ceramah tentanh kebaikan menabung. Contohnya pihak sekolah boleh membuat satu slot ceramah bagaimana dan apa kebaikan menyimpan duit dalam kalangan pelajar. Terkadang sesetengah pelajar terlalu alpa sehingga duit pinjaman pelajaran mereka digunakan kepada perkara yang sia-sia. Oleh itu , pihak sekolah haruslah mengadakan ceramah itu bagi mewujudkan sikap menabung dalam kalangan pelajar.
Seterusnya , pihak kerajaan boleh mengadakan kempen bijak berbelanja. Pihak kerajaan boleh menarik minat pemuda kini dengan cara membuat video pendek yang berkaitan dan memastikan video itu menarik serta sampai apa yang ingin di sampaikan. Dan video tersebut boleh disiar kan sama ada di television mahupun menjadi video viral . Pihak kerajaan juga boleh mengadakan kempen bijak menabung di sebuah tempat yang strategik. Contohnya , pihak kerajaan boleh mengadakan kempen di dataran pahlawan dan mengedarkan senaskah buku mengenai kebaikan menyimpan duit untuk masa depan. Oleh itu , benarlah bahawa apabila pihak kerajaan mengadakan kempen, para pemuda dapan mewujudkan sikap berjimat cermat
Post a Comment