PENA BAHASA

KEMBARA MUSAFIR
 

Sunday, May 3, 2020

Menulis Pendahuluan Karangan

15 comments
Amalan berjimat cermat dan menabung merupakan salah satu amalan mulia yang patut dipraktikkan oleh semua rakyat di negara kita. Huraikan empat langkah yang boleh diambil bagi menggalakkan anak-anak muda bijak menguruskan kewangan mereka.

1. Kerajaan menjalankan kempen bijak berbelanja
2. Didikan ibu bapa
3. Pihak sekolah mengadakan ceramah 
4. Kementerian Pelajaran Malaysia memperkenalkan subjek pengurusan kewangan

#jangan lupa gunakan teknik yang sudah diajar ya
#ada apa-apa masalah boleh pm cikgu
#selamat menulis!

15 comments:

NUR HUMAIRA BATRISYIA BINTI MUHAMMAD ZAIDIE said...

  Nama: Nur Humaira Batrisyia Binti Muhammad Zaidie
Pendahuluan karangan

 Pada era globalisasi ini, amalan berjimat cermat amat digalakkan dalam kehidupan. Isu ini sering diperkatakan. Amalan ini sering menjadi buah mulut dalam kalangan masyarakat. Dari segi istilah, amalan berjimat cermat adalah berbelanja secara berhemah dengan berhati-hati dan bukan secara boros. Biasanya segenap lapisan masyarakat perlu berjimat cermat untuk memastikan mereka tidak kesusahan di kemudian hari. Amalan berjimat cermat diamalkan dalam masyarakat, namun sikap segelintir masyarakat yang bersikap hangat-hangat tahi ayam dalam berjimat menyebabkan amalan ini terhenti di tengah jalan. Anak -anak muda masa kini juga haruslah bijak menguruskan kewangan mereka agar tidak susah di masa hadapan.Jelaslah bahawa disini amalan jimat cermat perlu diamalkan oleh setiap orang tidak kira yang muda atau yang tua. Persoalannya, apakah langkah-langkah yang boleh diambil bagi menggalakkan anak-anak muda bijak menguruskan kewangan mereka? Mari kita bincangkan.

Nurqasdina Bt Mohd Fariz said...

Dalam meniti arus kemodenan ini, amalan berjimat cermat dan menabung amat digalakkn di dalam kehidupan masyarakat Malaysia. Hal ini kerana dalam keadaan harga barangan yang semakin meningkat kesan daripada kenaikan harga di pasaran dunia. Persolannnya, apakah langkah-langkah yang boleh diambil bagi menggalakkan anak -anak muda bijak menguruskan kewangan mereka?. Bak kata pepatah, berjimat sebelum habis beringat sebelum kena. Oleh itu, langkah -langkah yang sewajarnya perlu diambil untuk memupuk sikap berjimat cermat dan menabung dalam kalangan masyarakat.

Puteri shafikah said...

-Puteri nor shafikah

Pada era globalisasi kini, amalan berjimat cermat merupakan sikap yang mulia dan seharusnya dipraktikkan sepenuhnya oleh masyarakat Malaysia apatah lagi dalam keadaan harga barangan yang semakin meningkat kesan daripada kenaikan harga minyak di pasaran dunia. Dengan hal yang demikian, sikap boros ketika berbelanja haruslah ditangani agar tidak menyusahkan diri dan keluarga. Bak kata pepatah sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Oleh itu, rakyat Malaysia haruslah mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk memupuk sikap berjimat cermat dalam kalangan masyarakat.

SYAKIRAH said...

Pada era globalisasi ini, amalan berjimat cermat dan menabung amat digalakkan oleh semua rakyat Malaysia dan terutamanya anak-anak muda. Hal ini kerana masyarakat dapat mengelakkan daripada sikap boros ketika belanja. Persoalannya, apakah cara-cara yang boleh diambil bagi menggalakkan anak-anak muda bijak menguruskan kewangan mereka? Bak kata pepatah sediakan payung sebelum hujan. Oleh itu, langkah-langkah menabung perlu diambil oleh masyarakat agar dapat memupuk sikap berjimat cermat.

Nur Munirah said...

Dalam era pascaglobalisasi ini, amalan berjimat cermat dan menabung merupakan salah satu amalan mulia yang patut dipraktikkan oleh semua rakyat di Malaysia. Hal ini kerana, dengan mengamalkan amalan ini, secara tidak langsung ia mendatangkan banyak faedah bukan sahaja kepada individu yang melakukannya tetapi juga terhadap masyarakat dan negara. Sebagai contoh, ia mampu melatih diri daripada tidak melakukan pembaziran dan melahirkan pengguna yang bijak. Namun kini, kesedaran untuk menabung semakin menyusut dalam kalangan masyarakat kita khususnya bagi golongan remaja. Dalam hal ini, kita sewajarnya sedar akan kepentingan berjimat cermat dan menabung sebagai persediaan awal untuk masa akan datang. Bak kata pepatah sediakan payung sebelum hujan. Persoalannya, apakah langkah-langkah yang boleh diambil bagi menggalakkan anak-anak muda bijak menguruskan kewangan mereka? Tepuk dada tanya minda. Oleh itu, marilah kita bincangkan langkah langkah yang perlu diambil.

Nur Zhahereen Bt Mohammad Zamri said...

Pada era globalisasi ini, amaaln berjimat cermat dan menabung merupakan salah satu amalan mulia yang patut dipratikkan oleh semua manusia. Membandingkan harga barangan di kedai dan membeli mengikut keperluan sahaja juga amalan berjimat cermat. Amalan menabung ialah salah satu cara untuk kita menyimpan dana untuk kegunaan di masa hadapan atau situasi kecemasan, bak kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan. Persoalannya, apakah langkah-langkah yang boleh diambil bagi menggalakkan anak muda bijak menguruskan wang mereka? Oleh itu, marilah kita sama-sama membincangkan langkah-langkah yang boleh diambil.

Nurul Husna said...

Pada era globalisasi ini, amalan berjimat cermat dan menabung merupakan salah satu amalan mulia yang patut dipraktikkan oleh semua rakyat di negara kita. Hal ini kerana, ia dapat memberi faedah yang baik. Sebagai contoh, kita dapat melatih diri untuk tidak boros dan dapat membantu kita pada masa akan datang. Berjimat-cermat adalah antara cara utnuk menyimpan duit untuk kegunaan yang lebih berfaedah. Persoalannya, apakah langkah-langkah yang boleh diambil bagi menggalakkan anak-anak muda bijak menguruskan kewangan mereka? Oleh itu, marilah kita bincangkan langkah-langkah yang boleh diambil.

Nur Adlyna said...

Baru-baru ini, amalan jimat cermat dan menambung merupakan salah satu amalan mulia yang patut dipraktikan oleh semua rakyat di negara kita. Sehubungan dengan itu, zaman sekarang harga barang, rumah, tanah dan macam-macam lagi sudah meningkat. Zaman sekarang juga memerlukan duit yang banyak. Kita seharusnya mengamalkan berjimat cermat dan menambung, contohnya kita akan dapat melatih diri kita daripada boros ataupun menggunakan duit dengan banyak. Menambung ini juga akan dapat membantu masa akan datang nanti bak kata pepatah sikit-sikit, lama-lama menjadi bukit. Persolannya, apakah langkah-langkah yang boleh diambil bagi menggalakkan anak-anak muda bijak menguruskan wang mereka? Oleh itu, marilah kita sama -sama membincangkan langkah-langkah yang boleh diambil.

Aliahwahida said...

Pada era globalisasi ini, amalan berjimat cermat Dan menabung amat dihalankan di dalam kehidupan terumaya anak-anak muda. Hal ini kerana amalan menabung ADALAH salah satu amalan mulia Dan dapat menggelakkan perbelanjaan berlebihan atau secara boros. Contohnya, Kita perlu membelu membeli barangan keperluan sahaja Dan bijak membandingkan harga Serta memilih barang yang berkualiti. Dengan ini, Kita dapat menjimatkan duit untuk kegunaan Masa akan datang. Persoalannya apakah Cara Cara untuk menggalakkan Anak ank untuk bijak menguruskan perbelanjaan? Bak kata pepatah sikit sikit lama lama jadi bukit. Marilah Kita sama sama membincangkan Cara Cara yang perlu diambil.

Afiqah said...

Pada era globalisasi ini, Amalan berjimat cermat dan menabung merupakan salah satu amalan mulia yang patut dipraktikkan oleh semua rakyat di negara kita. Hal ini kerana, dapat memgurangkan sikap boros dalam kalangan masyarakat. Contohnya, membeli barang keperluan sahaja serta bijak dalam membandingkan harga. Perkara ini supaya dapat mengurangkan perbelanjaan sehari dan pada masa yang sama dapat menabung untuk keperluan masa hadapan. Bak kata pepatah sediakan payung sebelum hujan. Persoalannya, apakah langkah-langkah yang boleh diambil bagi menggalakkan anak-anak muda bijak menguruskan kewangan mereka? Oleh itu, marilah kita bincangkan langkah-langkah yang perlu diambil.

Unknown said...

NURIN SYUKRIAH BT MOHD EFENDI

Dalam era globalisasi ini, amalan berjimat cermat dan menabung merupakan salah satu amalan mulia yang patut dipraktikkan oleh semua lapisan masyarakat di Malaysia. Menabung merupakan perbuatan yang mulia dan dapat ditakrifkan sebagai mengasingkan sejumlah wang demi menjamin masa depan seseorang. Di samping itu, kita haruslah menabung dalam jumlah yang konsisten setiap bulan dan wang simpanan ini tidak dibelanjakan untuk kepentingan peribadi. Sikap boros dan berbelanja pada perkara yang tidak perlu haruslah dielakkan sama sekali. Namun begitu, dalam zaman ini kesedaran untuk menabung semakin menyusut dalam kalangan masyarakat kita khususnya bagi golongan remaja. Seperti yang kita sedia maklum bahawa wang bukan segala-galanya, tetapi tidak dinafikan dengan wang kita dapat melakukan segala-galanya. Persoalannya, apakah langkah-langkah yang boleh diambil bagi menggalakkan anak-anak muda bijak menguruskan kewangan mereka? mari kita huraikan

NUR ALYA SABRINA BINTI ROSLAN said...

NUR ALYA SABRINA BINTI ROSLAN

Pada era globalisasi ini, amalan berjimat cermat dan menabung merupakan salah satu amalan mulia yang patut dipraktikkan oleh semua rakyat di negara kita. Isu ini sering diperkatakan. Amalan ini sering menjadi buah mulut dalam kalangan masyarakat. Dari segi istilah, amalan berjimat cermat adalah berbelanja secara berhemah dengan berhati-hati dan bukan secara boros. Biasanya segenap lapisan masyarakat perlu berjimat cermat untuk memastikan mereka tidak kesusahan di kemudian hari. Amalan berjimat cermat diamalkan dalam masyarakat, namun sikap segelintir masyarakat yang bersikap hangat-hangat tahi ayam dalam berjimat menyebabkan amalan ini terhenti di tengah jalan. Namun, apakah langkah-langkah yang boleh diambil bagi menggalakkan anak-anak muda bijak menguruskan kewangan mereka? Oleh itu, marilah kita bincang isu yang sering diperkatakan ini.

Balqis Batrisyia said...
This comment has been removed by the author.
Balqis Batrisyia said...

Pada zaman globalisasi ini, amalan berjimat cermat dan menabung ialah amalan yang perlu kita pratikkan sejak kecil lagi. Hal ini kerana, amalan ini dapat menjamin masa hadapan yang lebih cerah apabila kita menyimpan dari awal.Persoalannya, apakah langkah - langkah yang boleh diambil bagi menggalakkan anak -anak muda bijak menguruskan kewangan mereka? Oleh itu, Mari kita bincangkan isu ini bersama.

Afiqah said...

Syazliana

Pada era globalisasi ini , amalan berjimat cermat dan menabung adalah salah satu perkara yang wajib di terapkan dalam diri sendiri tidak kira usia sama ada budak kecil mahupun orang dewasa. Terdapat perbagai kesan positif apabila kita menabung. Berjimat cermat dapat mengurangkan sedikit sikap pembaziran dalam diri ketika berbelanjakan sesuatu perkara yang tidak berfaedah. Amalan manabung pula dapat memberikan sesuatu yang kita inginkan tetapi mengambil masa yang panjang. Persoalannya apakah langkah-langkah yang boleh diambil bagi menggalakkan anak-anak muda bijak menguruskan kewangan ?

Post a Comment

 
Kembara Musafir © 2020 DheTemplate.com. Supported by