PENA BAHASA

KEMBARA MUSAFIR
 

Monday, February 15, 2021

LATIHAN SOALAN NOVEL (LEFTENAN ADNAN DAN TIRANI)

9 comments

LATIHAN SOALAN NOVEL (LEFTENAN ADNAN DAN TIRANI)

 

1)      1. Huraikan tiga watak dan perwatakan yang terdapat di dalam novel leftenan adnan

2)      2. Jelaskan tiga latar yang terdapat di dalam novel leftenan adnan.

3)      3. Terangkan dua nilai dan pengajaran yang terdapat di dalam novel leftenan adnan.

4)    4. Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan peristiwa yang menggambarkan nilai kasih sayang dalam setiap novel tersebut.

5)      5. Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan tiga sebab mengapa setiap novel tersebut menarik untuk dibaca.


Read more...

Sunday, February 14, 2021

Nota Ringkas Novel Tirani

0 comments

 


Read more...

Nota Ringkas Novel Leftenan Adnan

0 comments


 

Read more...

Plot Novel Leftenan Adnan

0 comments

1.         Permulaan

Pengarang menceritakan kehidupan Leftenan Adnan semasa kecil yang membesar bawah jagaan bapanya Pak Saidi dan Mak Milah.  Adnan mendapat pendidikan awal di sekolah Inggeris di pekan Sungai Ramal sebelum memasuki kem tentera di Port Dickson untuk melayakkannya menjadi askar Melayu.  Dia berkahwin dengan Sophia dan mendapat tiga orang anak sebelum Perang Dunia Kedua.


2.         Perkembangan

Perkembangan cerita bermula apabila Jepun mula mendarat di Kota Bharu dan tercetusnya Perang Dunia Kedua.  Leftenan Adnan dan kumpulannya daripada Kompeni C diarahkan ke Pasir panjang dan Bukir Candu  bagi menyekat kemaraan tentera Jepun yang ketika itu sudahpun berjaya menguasai beberapa tempat di Tanah Melayu.  Pasir Panjang dan Bukit Candu merupakan laluan ke Alexandria yang merupakan depot penyimpanan peluru dan hospital tentera.  Di Pasir Panjang pasukan Leftenan Adnan berjaya menembak mati beberapa orang tentera Jepun sehingga memaksa tentera Jepun berundur.  Namun begitu kedatangan semula pasukan tentera Jepun dengan bilangan yang lebih ramai menyebabkan askar dalam Kompeni C berjuang bermati-matian sehingga kehabisan peluru.


3.         Klimaks

Pertahanan di Bukit Candu semakin meruncing kerana askar Melayu terus diasak oleh tentera Jepun.  Askar Melayu terus berjuang dan tidak menyerah kalah.  Ketika itu peluru hampir habis dan banyak askar Melayu terkorban sedangkan tentera Jepun semakin ramai menghampiri Bukit Candu.  Semua askar Melayu terkorban dan Leftenan Adnan turut tercedera.  Tentera Jepun telah berjaya menawan Leftenan Adnan lalu diserkup dengan guni. Tentera Jepun kemudiannya telah menggantungkan Leftenan Adnan yang cedera parah itu pada dahan pokok ceri lalu ditikam bertubi-tubi oleh setiap tentera Jepun dengan bayonet sehingga mayatnya hancur.


4.         Peleraian

Pada 15 Ogos 1945 Jepun telah menyerah kalah dengan pengeboman Hirosyima dan Nagasaki.  Sophia membesarkan anak-anaknya dengan mengerjakan sawah dan memotong getah sebelum berkhidmat semula sebagai guru di sekolah Sungai Ramal.  Akhirnya Sophia berkahwin dengan Ustaz Ridwan dan berpindah ke Melaka.

Read more...

Monday, February 8, 2021

LATIHAN RUMUSAN SPM

0 comments

 

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan  tentang  langkah- langkah menghadapi tekanan ketika peperiksaan dan peranan ibu bapa untuk mengurangkan tekanan. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

 

Proses penilaian melalui peperiksaan awam yang penting seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang dilaksanakan dalam sistem pendidikan negara masih relevan. Melalui penilaian inilah pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik dan disokong dengan kecemerlangan dalam bidang koakademik atau kokurikulum mempunyai peluang cerah untuk melanjutkan pengajian di universiti awam. Namun begitu, isu yang paling menarik untuk diperkatakan bukanlah tentang puluhan ribu pelajar yang dapat melanjutkan pelajaran di universiti awam tetapi situasi yang dihadapi oleh pelajar sebelum menjelangnya kedua-dua peperiksaan penting itu.


Pelbagai ragam pelajar sama ada yang positif atau negatif sebelum menjelangnya peperiksaan awam termasuklah tekanan perasaan atau stres yang rata-ratanya dihadapi oleh pelajar. Tekanan ialah perkara yang berkaitan dengan ketegangan yang dialami oleh mental atau emosi seseorang disebabkan oleh pelbagai faktor. Pelajar atau remaja perlu mempunyai kemahiran untuk mengatasi masalah tekanan perasaan supaya fokus mereka untuk menghadapi peperiksaan tidak terjejas. Pelajar biasanya mendapat tekanan daripada ibu bapa, guru atau rakan untuk meraih kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan. Dalam konteks ini, pelajar seharusnya berasa tenang dan sentiasa fokus tentang peperiksaan yang akan dihadapi. Ketenangan yang diperlukan tidak akan datang dengan tiba-tiba atau secara terpaksa tetapi akan terzahir apabila pelajar bersedia dengan sebaik-baiknya. Lantaran itu, pelajar perlu melaksanakan perancangan yang sesuai berdasarkan kemampuan dan komitmen mengikut keupayaan sebagai persiapan menjelang peperiksaan. Malahan mereka sepatutnya mengadakan jadual pembelajaran yang sistematik dan boleh diikuti agar tidak menggelabah atau mengalami kerisauan yang kronik sebelum peperiksaan.


Tekanan perasaan perlu ditangani dengan segera untuk mengelakkan perkara yang lebih buruk berlaku terutamanya bagi para pelajar. Pelajar perlu memahami Falsafah Pendidikan Negara yang mahu melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelektual dan sosial. Oleh itu, mereka seharusnya belajar dalam persekitaran yang menyeronokkan agar emosi mereka berkembang secara natural dan memenuhi keperluan mereka sebagai remaja. Pelajar juga perlu menjauhkan diri daripada perkara yang merosakkan emosi dan ketenangan. Seelok-eloknya pelajar harus mempunyai hala tuju yang konsisten tentang masa depan mereka. Perkara sampingan yang mampu menjejaskan kestabilan emosi seperti hubungan peribadi dengan rakan-rakan, masalah keluarga, masalah dengan guru dan masalah kewangan perlu ditangani dengan bijaksana kerana dikhuatiri mampu menjejaskan tumpuan mereka terhadap peperiksaan.


Sekiranya pelajar menghadapi masalah kritikal yang mampu menjejaskan ketenangan, mereka perlu segera berjumpa dengan guru yang rapat atau kaunselor di sekolah. Guru atau kaunselor pasti mempunyai kaedah bagi mengatasi masalah ini. Di samping itu, pelajar perlu menjaga kesihatan diri kerana tanpa kesihatan yang baik sukar bagi pelajar untuk mengulang kaji pelajaran dan melakukan latihan intensif dengan baik. Pelajar sepatutnya membanyakkan amalan kerohanian yang dapat memberikan ketenangan kepada jiwa sebagai persiapan penting untuk menghadapi peperiksaan. Kesimpulannya, tugasan atau bebanan yang keterlaluan kepada pelajar semata-mata mahu menjadikan mereka cemerlang dalam bidang akademik perlu dielakkan demi melahirkan insan yang cemerlang dari segi ilmu dan akhlaknya.


( Dipetik dan diubahsuaikan daripada “Tekanan Perasaan Menggugat Peperiksaan” oleh Nizar Parman

Dewan Siswa, September, 2015)








Read more...

Wednesday, February 3, 2021

Kesalahan Tatabahasa

0 comments

 

Kesalahan

Pembetulan

Kesalahan (Ejaan)

Pembetulan

daripada luar negara

 

auto matif

 

demi untuk masa hadapan

 

audien

 

di musim perayaan

 

agreget

 

kerana sayangkan anaknya

 

arithmetik

 

di dalam bidang ekonomi

 

agen (wakil)

 

mengenepikan

 

ampangan

 

mempastikan

 

aked

 

mengkagumkan

 

akitek

 

memperindahkan tempat itu

 

analisa

 

beliau adalah pemimpin

 

atlit

 

paling indah sekali

 

atnik

 

lain-lain usaha yang dilakukan

 

anggrik

 

banyak rumah-rumah musnah

 

baucer

 

bilik urusetia ditutup tengahari

 

taugeh (sayuran) 

 

menyambut ulangtahun ke 48

 

trampil

 

kasih-sayang yang di curahkan

 

 tulin

 

 

Read more...
 
Kembara Musafir © 2020 DheTemplate.com. Supported by