PENA BAHASA

KEMBARA MUSAFIR
 

Tuesday, May 12, 2020

Latihan Peribahasa Khamis

14 comments
Bina sebuah cerita pendek dengan menggunakan peribahasa di bawah.

"Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan."

14 comments:

Nurqasdina Bt Mohd Fariz said...

Mikhail mempunyai cita cita yang tinggi, namun untuk mencapai cita -citanya dia perlu beruasaha dan belajar bersungguh -sungguh serta mendapat keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan. Situasi ini juga boleh dikaitkan dengan alang -alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan.

Aliahwahida said...

Alesya Seorang murid yang rajin disekolah kerana dia ingin menjadi Seorang polis. Oleh itu alesya belajar bersungguh-sungguh sehingga mendapat keputusan yang cemerlang Bak kata pepatah alang alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan.

Nur Zhahereen Bt Mohammad Zamri said...

Atirah seorang anak yang rajin dirumah. Pada pagi sabtu Atirah ingin mengemas biliknya kerana ia berasa biliknya kotor dan tidak teratur, setelah selesai Atirah mengemas pula ruang tamu serta seisi rumah kerana baginya alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan.

NUR ALYA SABRINA BINTI ROSLAN said...

NUR ALYA SABRINA BINTI ROSLAN

Alya mempunyai cita-cita yang tinggi. Alya seorang pelajar yang rajin mengulang kaji pelajaran. Dia sering mencari bahan rujukan dan membuat latihan. Dia akan menduduki peperiksaan tidak lama lagi. Masa semakin suntuk dan Alya berusaha belajar bersungguh-sungguh kerana ingin mendapat keputusan yang cemerlang kerana alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan.

Nur Munirah said...

Akmal membuat latihan yang diberikan oleh gurunya tanpa menangguh-nangguh walaupun tarikh hantar latihan tersebut bukanlah dalam masa terdekat. Akmal membuat latihan itu sehingga selesai. Bak kata pepatah alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan

NUR HUMAIRA BATRISYIA BINTI MUHAMMAD ZAIDIE said...

Nama:Nur Humaira Batrisyia
Aina belajar bersungguh-sungguh untuk mendapat keputusan yang cemerlang kerana alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan.

Balqis Batrisyia said...

Najwa sangat rajin mengulang kaji pelajaran kerana dia ingin berjaya di masa hadapan.Dia berazam untuk lulus pada peperiksaan yang akan datang untuk mengejar impiannya untuk berjaya. Dia sangat berpegang pada pepatah alang-alang menyeluk perkasam, biar sampai ke pangkal lengan.

Puteri shafikah said...

Sazali merupakan seorang pekerja dari syarikat yang terkenal. Selain itu, Sazali sering mendapat pujian daripada majikan dia kerana dia merupakan seorang pekerja yang sangat bagus kerana membuat kerja sehingga selesai bak kata pepatah menyeluk pekasam biarlah sampai ke pangkal lengan.

Nurul Husna said...

Ariana ingin menjadi tokoh pelajar dan ingin menjadi contoh yang baik bagi pelajar yang lain dan ingin berjaya di masa hadapan dan mencapai impiannya. Ariana perlu berlajar bersungguh-sungguh untuk mencapai cita-citanya. Bak kata pepatah alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan.

Afiqah said...

Syazliana

Muhd Amin datangnya dari keluarga yang susah, dia sering berangan-angan ingin membeli kereta BMW seperti rakannya. Maka Muhd Amin bekerja keras selama 4 tahun dan akhirnya dia dapat membeli kereta impiannya serta dapat mengubah kehidupan keluarga menjadi senang. Bak kata perpatah alang-alang menyeluk pekasan, biar sampai kepangkal lengan

Afiqah said...

-NURAFIQAH SAHIRA

Alyana belajar bersungguh-sungguh sehingga mendapat keputusan yang cemerlang supaya dia dapat mencapai cita-citanya bak kata pepatah alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan.

Hanis Suhaimii said...

Zaini selalu mengimpikan untuk menjadi Pelajar terbaik SPM di sekolahnya. Oleh itu, dia mengambil semangat itu untuk belajar bersungguh-sungguh sehingga mendapat keputusan yang membanggakan diri dan ibubapanya bak kata pepatah Alang-alang menyeluk pekasam, biad sampai ke pangkal lengan.

SYAKIRAH said...

Lysa berazam untuk mendapatkan keputusan peperiksaan akhir tahun yang cemerlang. Dia perlu belajar bersungguh-sungguh walaupun hidupnya susah, pelajaran perlu diteruskan untuk mendapatkan keputusan yang membanggakan diri sendiri, guru-guru dan ibu bapa. Bak kata pepatah alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan.

Unknown said...

NURIN SYUKRIAH BT MOHD EFENDI

Elis seorang pelajar yang sangat rajin tetapi nasibnya tidak menyebelahinya kerana keputusan peperiksaan percubaan SPM tidak memuaskan namun Elis tidak akan berputus asa kerana peperiksaan sebenar SPM tidak lama lagi ketika itu. Oleh itu, Elis terus belajar bersungguh sungguh sehingga mendapat keputusan yang cemerlang kerana alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan.

Post a Comment

 
Kembara Musafir © 2020 DheTemplate.com. Supported by