LATIHAN
SOALAN NOVEL (LEFTENAN ADNAN DAN TIRANI)
1) 1. Huraikan tiga watak dan
perwatakan yang terdapat di dalam novel leftenan adnan
2) 2. Jelaskan tiga latar yang
terdapat di dalam novel leftenan adnan.
3) 3. Terangkan dua nilai dan
pengajaran yang terdapat di dalam novel leftenan adnan.
4) 4. Berdasarkan dua buah novel yang
anda pelajari, huraikan peristiwa yang menggambarkan nilai kasih sayang dalam
setiap novel tersebut.
5) 5. Berdasarkan dua buah novel yang
anda pelajari, huraikan tiga sebab mengapa setiap novel tersebut menarik
untuk dibaca.
9 comments:
Tq
1. watak dan perwatakan
- Adnan
seorang yang berani
Contoh : Leftenan Adnan berani berjuang menentang tentera Jepun sehingga ke titisan darah terakhir walaupun tanpa senjata.
- Pak Saidi
seorang yang rajin
Contoh : setiap pagi dia menoreh getah dan mengerjakan sawah.
- Sophia
seorang yang bertanggungjawab
Contoh : menyara anak-anaknya sendiri setelah kematian suami dengan bekerja sebagai penoreh getah dan pesawah sebelum menjadi guru semula.
2. Latar
- Latar Tempat
Sungai Ramal.
Contoh : Tempat kelahiran Leftenan Adnan dan tempat Leftenan Adnan dibesarkan.
- Latar Masa
Waktu petang.
Contoh : Tentera Jepun melancarkan serangan berhelah dengan menyamar sebagai tentera India yang berturban.
- Latar Masyarakat
Masyarakat yang bijaksana.
Contoh : Leftenan Adnan bijak mengesan helah tentera Jepun yang menyamar sebagai tentera India yang memakai turban ketika menyerang askar Melayu di Pasir Panjang.
3. Nilai dan Pengajaran
- Nilai bekerjasama
Contoh : Penduduk kampung bekerjasama untuk tidak memberi maklumat kepada tentera Jepun yang mencari isteri dan anak-anak Leftenan Adnan di Kampung Sungai Ramal.
- Pengajaran
Kita hendaklah sayang akan tanah air yang menjadi tempat kita bernaung.
Contoh : Leftenan Adnan yang bertugas sebagai guru sanggup meninggal kerjaya untuk memasuki bidang ketenteraan demi cinta akan tanah air.
4. Peristiwa yang menggambarkan nilai kasih sayang dalam setiap novel
- Leftenan Adnan Wira Bangsa
° Nilai kasih sayang seorang bapa kepada anak-anak.
Contoh : Pak Saidi yang menyayangi Adnan, Ahmad dan Amarullah telah mengajar mereka ilmu persilatan dan ilmu agama selain menghantar mereka ke sekolah Inggeris agar mereka mendapat pelbagai ilmu pengetahuan.
° Nilai kasih sayang seorang suami kepada isteri.
Contoh : Leftenan Adnan menghantar Sophia dan anak-anaknya pulang ke kampung apabila mendapat berita bahawa Jepun akan menyerang Singapura.
- Tirani
° Nilai kasih sayang seorang ibu kepada anak.
Contoh : Raidah sanggup menaiki kapal terbang dari Sarawak seorang diri semata-mata untuk menemani anaknya dan memberi sokongan moral kepada Waheeda.
° Nilai kasih sayang seorang isteri kepada suami.
Contoh : Waheeda amat menyayangi suaminya, Zahid. Dia sanggup berhadapan dengan Zahid yang kuat cemburu. Apabila Zahid meninggalkan dia dan anak mereka, dia sangat sedih sehingga mengalami kemurungan.
5. Sebab
- Leftenan Adnan Wira Bangsa
° Pengutaraan tema yang baik oleh pengarang kerana tema novel ini mengisahkan keberanian seorang anggota tentera dalam mempertahankan tanah air.
° Banyak mengandungi nilai dan pengajaran yang boleh dijadikan iktibar kepada pembaca kerana terdapat nilai patriotik dalam novel ini.
° Perwatakan dan watak utama dalam novel ini berjaya meninggalkan kesan yang mendalam dalam jiwa pembaca terutamanya dalam kalangan remaja yang masih mempunyai semangat yang tinggi untuk mempertahankan negara.
- Tirani
° Pemaparan perwatakan dan watak utama iaitu Waheeda kerana Waheeda digambarkan sebagai seorang wanita yang gigih berusaha.
° Terdapat banyak nilai murni dan pengajaran seperti nilai kasih sayang seorang ibu kepada anaknya.
° Pengutaraan tema yang baik tentang kecantikan fizikal yang bersifat sementara namun, ilmu yang dimiliki seseorang dapat melindungi kelemahan diri.
3 WATAK DAN PERWATAKAN :
Adnan :
Seorang yang berani - Dia berani untuk mempertahankan negara yang tercinta.
Sophia :
Seorang yang taat - Dia taat akan suaminya dengan mendengar kata untuk pulang ke Sungai Ramal.
Pak Saidi :
Seorang yang rajin - Dia rajin ke kebun untuk menoreh getah.
3 LATAR :
Latar masyarakat :
Masyarakat yang mementingkan pendidikan , contohnya Pak Saidi menghantar Leftenan Adnan ke sekolah Inggeris.
Latar tempat :
Sekolah Inggeris . Contohnya Leftenan Adnan berani menyertai pelbagai pertandingan pidato dan mendapat tempat pertama.
Latar masa :
Awal pagi . Contohnya Pak Saidi sanggup menghantar Leftenan Adnan ke sekolah menaiki basikal pada awal pagi.
2 NILAI DAN PENGAJARAN :
Nilai :
Keberanian
Ketaatan
Pengajaran :
Kita hendaklah rajin dalam melakukan tugas harian contohnya Pak Saidi rajin berkebun pada setiap hari.
Kita hendaklah sanggup berkorban demi negara contohnya Leftenan Adnan sanggup berkorban nyawa untuk mempertahankan negara.
NILAI KASIH SAYANG :
Leftenan Adnan - Nilai kasih sayang suami terhadap isterinya contohnya Leftenan Adnan menghantar Sophia dan anak-anaknya pulang ke kampung apabila dapat tahu Jepun akan menyerang.
Novel Tirani - Nilai kasih sayang seorang ibu kepada anaknya contohnya Raidah sanggup menaiki kapal terbang ke Sarawak untuk menemani dan memberi sokongan kepada Waheeda.
3 SEBAB NOVEL INI MENARIK :
Leftenan Adnan :
1. Supaya kita tahu sejarah tentang negara contohnya negara kita dijajah oleh siapa.
2. Dapat memupuk semangat patriotik contohnya cinta akan negara.
3. Supaya kita dapat belajar pelbagai nilai murni contohnya kasih sayang , keberanian , pengorbanan dan lain-lain.
Novel Tirani :
1. Supaya kita dapat belajar pelbagai nilai murni contohnya kasih sayang , kebijaksanaan , bertanggungjawab dan lain-lain.
2. Supaya kita sedar bahawa rupa bukanlah segalanya.
3. Supaya kita tahu bahawa dunia ini mempunyai banyak masalah dan ada jalan penyelesaiannya.
nur adlyna
1) a. left adnan
dia seorang yang berani contohnya dia berani menentang penjajah.
b. shopia
dia seorang isteri yang taat kepada suami. contohnya dia menjaga anak anak nya sesama suaminya tiada di rumah
c. Pak Saidi
dia seorang bapa yang bertanggungjawab. contoh Pak Saidi menghantar adnan ke sekolah inggeris.
2) a. latar tempat
sungai rambai contohnya tempat kelahiran letftenan adnan dan tempat dia dibesarkan
b. latar masa
tahu 1914 contohnya jepun menjajah tanah melayu melalui jalan barat
c. latar masyarakat
masyarakat yang mementingkan ilmu. contohnya Pak Saidi menghantar adnan ke sekolah inggeris supaya adnan menjadi orang yang beperlajaran
3) a. nilai
i. Cinta akan negara
Contohnya, Leftenan Adnan sanggup melepaskan jawatan guru pelatih dan memohon untuk menjadi tentera.
ii. Kasih sayang
Contohnya, Leftenan Adnan amat menyayangi isterinya, Sophia dan dua orang anaknya, iaitu Mokhtar dan Zainuddin.
b. pengajaran
i. Kita perlulah berani mempertahankan negara.
Contohnya, keberanian Leftenan Adnan dan askar Melayu yang lain ketika mempertahankan negara menjadi buah mulut pihak rakan dan pihak musuh.
ii. Kita perlulah memiliki semangat cinta akan negara yang tinggi.
Contohnya, perjuangan Leftenan Adnan dan askar Melayu membuktikan mereka memiliki semangat cinta akan negara yang tinggi.
4) a. novel leftenan adnan
Nilai kasih sayang seorang bapa kepada anak-anak
Pak Saidi yang menyayangi Adnan, Ahmad dan Amarullah telah mengajar mereka ilmu persilatan dan ilmu agama selain menghantar mereka ke sekolah Inggeris agar mereka mendapat pelbagai ilmu pengetahuan.
b. novel tirani
Nilai kasih sayang seorang ibu kepada anak
Raidah sanggup menaiki kapal terbang dari Sarawak seorang diri semata-mata untuk menemani anaknya dan memberi sokongan moral kepada Waheeda
5) novel leftenan adnan
a. dapat mengetahui tentang perang dunia yang kedua.
b. dapat mempelajari tentang pengorbanan seorang askar pada negara kita.
c. penutaraan teman yang baik
tirani
a. banyak nilai murni dan pengajaran yang dapat kita ketahui
b. penutaraan tema yang baik contohnya tentang kecantikkan fizikal bersifat sementara
c. pemaparan perwatakan dan watak utama iaitu Waheeda kerana waheeda di gambrkan sebgai soerg wanita yang gigih berusha
1 WATAK DAN PERWATAKAN
a) Leftenan Adnan. Seorang yang bercita-cita tinggi. Contohnya, sejak kecil, Adnan bercita-cita menjadi askar berpangkat tinggi. Dia selalu berangan-angan menjadi pahlawan seperti Hang Tuah.
b) Pak Saidi. Seorang yang tegas. Contohnya, penentangan orang kampung seperti Lebai Pian yang tidak bersetuju Pak Saidi menghantar Adnan ke sekolah Inggeris tidak mengubah pendiriannya.
c) Sophia. seorang yang penyayang. Contohnya, Sophia menangis ketika hendak berpisah dengan Leftenan Adnan sebelum berlepas ke Singapura.
2 TIGA LATAR
a) latar masyarakat - masyarakat yang berani. Contohnya , Kompeni C askar Melayu berani berjuang menentang tentera Jepun sehingga ke titisan darah terakhir walaupun dalam jumlah yang sedikit dan kehabisan peluru.
b) latar masa - waktu pagi. Contohnya, setiap pagi sebelum pergi ke sawah Pak Saidi mengayuh basikal menghantar Adnan ke sekolah Inggeris di pekan Sungai Ramal.
c) latar tempat - Sungai Ramal. Contohnya , tempat kelahiran Leftenan Adnan dan tempat Leftenan Adnan dibesarkan.
3 DUA NILAI DAN PENGAJARAN
a) Nilai tanggungjawab. Contohnya , Adnan bertanggungjawab menjaga keselamatan isteri dan anak-anaknya dengan menghantar mereka pulang ke kampung setelah berita serangan oleh tentera Jepun.
b) Nilai ketaatan. Contohnya , Leftenan Adnan tetap mematuhi arahan pihak atasan yang memintanya mempertahankan Bukit Candu dan Pasir Panjang walaupun bilangan anggota pasukannya kecil.
a) Kita hendaklah melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan. Contohnya , Sebagai ketua yang bertanggungjawab, Leftenan Adnan turut sama dengan anggota pasukannya bergotong-royong menyiapkan kubu-kubu pertahanan sebagai persiapan menentang musuh.
b) Kita hendaklah tegas dengan tindakan atau pendirian yang telah kita buat. Contohnya , Pak Saidi tetap dengan pendiriannya untuk menghantar Adnan ke sekolah Inggeris kerana dia mempunyai pandangan yang tersendiri terhadap masa depan anak-anaknya walaupun ditentang oleh penduduk kampung.
4 NILAI KASIH SAYANG DALAM 2 NOVEL
a) LEFTENAN ADNAN
Nilai kasih sayang seorang suami kepada isteri. Contohnya , Leftenan Adnan menghantar Sophia dan anak-anaknya pulang ke kampung apabila mendapat berita bahawa Jepun akan menyerang Singapura.
b) TIRANI
Nilai kasih sayang seorang ibu kepada anak. Contohnya , Raidah sanggup menaiki kapal terbang dari Sarawak seorang diri semata-mata untuk menemani anaknya dan memberi sokongan moral kepada Waheeda
5 TIGA SEBAB
a) LEFTENAN ADNAN
1. Dapat mengetahui sejarah negara
2. Dapat memupuk sikap patriotik di dalam diri
3. Dapat mencontohi nilai nilai murni yang terdapat di dalam novel tersebut
b) TIRANI
1. Dapat memupuk sifat kekeluargaan
2. Dapat membangkitkan semangat untuk tidak mudah putus asa
3. Dapat mengetahui bahawa hidup ini penuh dengan cabaran dan setiap masalah mempunyai jalan penyelesaian.
1.
-Berani
Contoh : Leftenan Adnan berani berjuang menentang tentera Jepun sehingga ke titisan darah terakhir walaupun tanpa senjata.
-Bertanggungjawab
Contoh : Pak Saidi setiap pagi mengayuh basikal menghantar Adnan ke sekolah Inggeris sebelum pergi ke sawah dan menjemputnya balik pada waktu tengah hari.
-Tabah
Contoh : Sophia tabah dengan kematian suaminya di Bukit Candu.
2.
Latar Tempat Sungai Ramal.
Contoh : Tempat kelahiran Leftenan Adnan dan tempat Leftenan Adnan dibesarkan
Latar Masa Tahun 1937
Contoh: Leftenan Adnan dinaikkan pangkat menjadi Sarjan dan pada tahun yang sama juga dia pergi ke London untuk menyertai upacara pertabalan King George VI.
Latar Masyarakat Masyarakat Kampung
Contoh : Pak Saidi dan penduduk kampung menjalani kehidupan di Kampung Sungai Ramal yang bergantung hidup dengan bersawah.
3.
Nilai keberanian
Contoh : Kompeni C askar Melayu berani berjuang menentang tentera Jepun sehingga ke titisan darah terakhir walaupun dalam jumlah yang sedikit dan kehabisan peluru.
Kita perlu berani dalam menentang musuh.
Nilai bekerjasama
Contoh : Penduduk kampung bekerjasama untuk tidak memberi maklumat kepada tentera Jepun yang mencari isteri dan anak-anak Leftenan Adnan di Kampung Sungai Ramal.
Kita wajar bekerjasama dalam menjaga keselamatan masyarakat di tempat kita.
4.
Nilai kasih sayang
Leftenan adnan - kasih sayang terhadap negara. Seperti leftenan adnan yang sanggup meninggalkan pekerjaannya dan keluarganya bagi menjadi askar untuk melawan tentera jepun.
Tirani - kasih sayang terhadap ibu dan anak. Seperti waheeda mengadu masalah rumah tangganya kepada ibunya raidah dan ibunya menjaga raidah ketika di hospital pusrawi akibat tidak waras.
Leftenan adnan
1. Dapat mengetahui tentang sejarah negara kita.
2. Dapat mencontohi nilai nilai murni yang terdapat di dalam novel tersebut
3.Dapat memupuk semangat cinta akan pada negara
Tirani
1. Dapat memupuk sifat kekeluargaan bersama
2. Dapat membakar semangat untuk tidak mudah berputus asa
3. Dapat mengetahui bahawa hidup ini penuh dengan cabaran dan juga setiap masalah mempunyai jalan penyelesaian.
NUR HUMAIRA BATRISYIA
Watak:Leftenan Adnan
Perwatakan:Seorang yang cinta akan negara
Watak: Pak Saidi
Perwatakan: seorang yang bertanggungjawab
Watak:Sophia
Perwatakan:Seorang yang taat
2)Tiga latar
Latar masyarakat: Masyarakat yang sanggup berkorban demi negara
Latar tempat:Adnan mendapat pendidikan awal di sekolah Inggeris
Latar masa: Pada 15 Ogos 1945 Jepun telah menyerah kalah dengan pengeboman di Nagasaki dan Hirosyima
3)2 pengajaran
a)kita mestilah berkorban untuk negara tercinta seperti Leftenan Adnan yang sanggup meninggalkan keluarganya demi negara
b)kita mestilah bertanggungjawab dalam memberikan pendidikan kepada anak-anak seperi Pak Saidi yang menghantar anaknya ke sekolah Inggeris
4)Nilai kasih sayang
Leftenan Adnan-Sophia yang menjaga dan membersarkan anak-anaknya ketika ketiadaan Leftenan Adnan
Tirani-Raidah yang mendengar segala luahan isi hati Waheeda dah memberikan nasihat kepada Waheeda
4)3 sebab
Leftenan Adnan
a)Kita boleh mengetahui sejarah tentang negara kita
b)Kita boleh menanamkan sikap sanggup berkorban demi negara
c)Kita boleh mengetahui pelbagai nilai murni yang terdapat dalam novel ini seperti sikap patriotik
d)Dari segi watak dan perwatakan Leftenan Adnan yang mempunyai banyak nilai murni yang kita boleh contohi daripadanya.
Tirani
a)Kerana novel ini banyak nilai dan pengajaran
b)Dari segi watak dan perwatakan Waheeda seorang yang gigih berusaha jadi novel ini boleh mendorong kita untuk gigih berusaha melakukan sesuatu perkara sehingga kita mencapainya
c)Kerana kita akan sedar betapa pentingnya tanggungjawab yang diberikan kepada kita. Contohnya,Raidah yang mempunyai tanggungjawab mendidik anaknya Waheeda
1.a Leftenan Adnan - seorang yang bercita-cita tinggi contohnyan Sejak kecik, Adnan bercita-cita menjadi askar berpangkat tinggi. Dia selalu berangan-angan menjadi pahlawan seperti Hang Tuah.
b Pak Saidi - seorang yang berpandangan jauh contohnya Pak Saidi berpandangan jauh dan mempunyai wawasan dalam mendidik anak-anak dengan menghantar mereka ke sekolah Inggeris.
c sophea - seorang yang penyayang contohnya sophea yang menjaga serta mendidik anak-anaknya walaupun tanpa suaminya.
2. -Latar masyarakat:Masyarakat yang amat cinta akan tanah air.contoh Leftenan Adnan cinta akan air dengan berani mempertahankan negara daripada serangan tentera Jepun walaupun anggota pasukannya di Bukit Candu kecil bilangannya.
-Latar Masa :waktu pagi contoh Setiap pagi Pak Sagi mengayuh basikal untuk menghantar Adnan ke sekolah. Adnan bersekolah di sekolah Inggeris di Sungai Ramal. Setiap pagi juga Pak Saidi pergi menoreh getah selepas menghantar Adnan ke sekolah.
-latar tempat:Kampung Sungai Ramal.
Contohnyan Pak Saidi dan Mak Milah tinggal di Kampung Sungai Ramal bersama-sama tiga orang anaknya Adnan, Ahmad dan Amarullah.
3 a) tanggungjawab - Adnan bertanggungjawab menjaga keselamatan isteri dan anak-anak dengan menghantar mereka pulang ke kampung setelah berita serangan dari tentera jepun. kita hendaklah melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan. Contohnya , sebagai ketua yang bertanggungjawab, Leftenan Adnan turut sama dengan anggota pasukannya bergotong-royong menyiapkan kubu-kubu pertahanan sebagai persiapan menentang musuh.
b) ketaatan - Leftenan Adnan tetap mematuhi arahan pihak atasan yang memintanya mempertahankan Bukit Candu dan Pasir Panjang walaupun bilangan anggota pasukannya kecil.
4.leftenan adnan- Sophia yang menjaga Dan mendidik Anak anaknya seorang diri tanpa leftenan adnan yang pergi berperang.
Tirani- Rahidah menemani Anaknya waheeda untuk mendapatkan rawatan di pusat pusrawi setelah mendapati waheeda tidak waras.
5.- Kerana banyak pengajaran di dalam novel leftenan adnan.
-banyak nilai Murni yang boleh dicontohi seperti berani seperti leftenan adnan.
-dapat mengetahui sejarah tentang negara
Tirani:
-terdapat watak Dan perwatakan yang menarik di dalam novel tirani.
-terdapat nilai nilai Murni yang boleh dicontohi
-banyak pengajaran yang Kita boleh contoh seperti waheeda yang gigih untuk menjalini hidupnya walaupun mendapati pelbagai masalah.
NURUL HUSNA
1. a) Leftenan adnan. Berani berjuang menentang tentera jepun sehingga beliau meninggal dunia akibat ditikam.
b) Pak Saidi. Bertanggungjawab menghantar Adnan ke sekolah Inggeris.
c) Sophia. Tabah menghadapi dengan kematian suaminya dia Bukit Chandu.
2. a) Latar Masa pada tahun 1937 Leftenan Adnan dinaikkan pangkat.
b) Latar Tempat di Bukit Chandu adalag tempat Leftenan Adnan terkorban dan mayatnya tergantung di dahan pokok ceri.
c) Latar Masyarakat. Masyarakat yang berani seperti askar melayu berani berjuang menentang jepun demi negara.
3. Nilai
* Keberanian seperti askar melayu menentang tentera jepun sehingga ke titisan darah terakhir mereka.
* Kebijasanaan seperti Leftenan Adnan bijak mengesan helah tentera jepun yang menyamar.
Pengajaran
* Kita hendaklah sayang akan tanah air yang menjadi tempat tinggal kita seperti Leftenan adnan sanggup meninggalkan kerjayanya untuk menjadi askar
* Kita wajar bekerjasama dalam menjaga keselamatan masyarakat di tempat kita seperti penduduk kampung bekerjasama untuk tidak memberi maklumat kepada tentera Jepun.
4. LEFTENAN ADNAN
* Leftenan adnan sangat sayang akan isterinya dan berasa sayu ketika ingin meninggalkannya di Sungai Ramal sebelum dia berangkat ke Singapura untuk berjuang menyekat kemaraan Jepun.
TIRANI
* Waheeda yang terlalu mencintai suaminya telah megalami masalah kemurungan akibat Zahid yang menceraikannya.
5. LEFTENAN ADNAN
- Dapat memupuk sikap patriotik di dalam diri
- Dapat mengetahui sejarah tentang negara
- Dapat memupuk semangat cinta akan pada negara
TIRANI
- Banyak nilai murni yang dapat kita ketahui
- Terdapat watak dan perwatakan yang menarik
- Terdapat banyak pengajaran yang dapat kita pelajari
Post a Comment