Berdasarkan cerpen hipertensi, huraikan satu contoh latar tempat dan masa yang terkandung dalam cerpen tersebut.
Read more...
Terima Kasih Kerajaan Malaysia
Gambar kenangan semasa menerima sumbangan atas kejayaan STPMMore
Zaman STPM
Gambar kenangan bersama YAB Dato' Seri Utama Haji Mohamad bin HasanMore
Anugerah Penulis Muda Negeri Sembilan
Bersama Dato' Seri Aminuddin bin Harun dan barisan pemenangMore
Anugerah Pingat Emas Canselor
Gambar kenangan bersama Sultan Selangor, Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj semasa menerima anugerah Konvokesyen UPM.More
Tuesday, April 28, 2020
Watak dan Perwatakan Cerpen Hipertensi (Rabu - 29/4/2020)
Berdasarkan cerpen hipertensi, huraikan 2 watak dan perwatakan berserta contoh yang jelas.
Read more...
Saturday, April 25, 2020
Nilai dan Pengajaran Cerpen Cinta Ahmad Mutawakkil (28/4/2020 - Selasa)
Berdasarkan pembacaan anda, tulis secara ringkas nilai dan pengajaran cerpen tersebut berserta satu contoh yang jelas. (2 Nilai dan 2 Pengajaran)
Read more...
Sinopsis Cerpen Cinta Ahmad Mutawakil (27/4/2020 - Isnin)
Berdasarkan pembacaan anda, tulis secara ringkas pengetahuan dan pemahaman anda terhadap sinopsis / jalan cerita cerpen tersebut.
Read more...
Sunday, April 19, 2020
Latihan Peribahasa (Khamis - 23/4/2020)
Baca petikan di bawah dengan teliti dan
kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan tiga situasi berbeza yang
terdapat dalam petikan tersebut.
Aku dengan Amirah bersahabat baik sejak kecil.
Aku mempercayai dirinya dan yakin bahawa dia dapat menyimpan rahsiaku, namun
telahanku silap. Amirah telah menceritakan rahsia peribadiku kepada orang lain
sedangkan sebelum ini dia pernah berjanji untuk menyimpan rahsia tersebut walau
berlaku apa-apa sekalipun. Betullah kata orang tua-tua bahawa kita tidak boleh
menyamakan orang lain seperti diri kita. Mungkin sekarang Amirah sudah berubah.
Sungguhpun begitu, tiada apa-apa yang boleh dibuat lagi. Semuanya sudah
terlambat. Aku tidak mempercayainya lagi.
Latihan Tatabahasa (Rabu - 22/4/2020)
9. Dengan pendapat saya, kerja itu perlu
dibereskan sebelum tahun baru Cina ini.
10. Buku cerita mengenai peperangan kaum Iban
itu ada dengan Suzie.
11. Wang itu diberikan ke Rahmah
melalui seorang sahabat yang tinggal di Bahau.
12. Ibu pergi kepada pasar setiap
hari untuk membeli barang-barang dapur.
13. Latihan itu akan diadakan dari
semasa kepada semasa.
14. Kami jangka akan sampai di Melaka pada
pukul 3.00 petang.
15. Sampaikan salam saya pada bapa awak.
16. Perkara itu akan diteliti dari masa ke
semasa supaya memberi manfaat kepada kita.
Latihan Tatabahasa (Selasa - 21/4/2020)
Baca
ayat-ayat di bawah kemudian betulkan kesalahan penggunaan kata
sendi nama yang terdapat dalam ayat tersebut.
1. Gadis comel bernama Devi itu datang
daripada Batu Kurau yang terletak di Perak.
2. Saya menunggu Yatie di perhentian bas itu
daripada pukul dua petang tadi lagi.
3. Ely menerima surat dari Elyas yang tinggal
di Kampung Semanggol.
4. Saya mendapat pengetahuan yang banyak dari
buku yang saya pinjam itu.
5. Baju batik yang dipakai oleh Nadia itu
dibuat dari sutera asli.
6. Dari 5 ekor anak ayam, hanya seekor sahaja
yang dapat hidup dengan sihat.
7. Di musim durian, Zainal mendapat banyak
wang hasil jualan duriannya.
8. Rahayu berkebun sayur-sayuran pada belakang
rumahnya.
Latihan Gaya Bahasa (Isnin - 20/4/2020)
Baca puisi di bawah dan tulis 5 gaya bahasa (nyatakan contoh) yang terdapat dalam puisi tersebut.
linangan jernih
heningnya tangisan
Read more...
Gugusan Keinsafan
Di pergap kesunyian
aku hanyut dibadai
ombak kesepian
aku hilang ditelan zulmat kegelapan
terus mengalir tak
tertahan
mungkinkah ini suatu
petanda
hadirnya gugusan
keinsafan
Menjadi pasang surut
seorang insan
terkadang ampuh terkadang
rapuh
pepohon atmanya
dengan tuhan
ibarat tergantung di
jambatan amalan
Jauh di benak
sanubariku
merinding mencari
alamat kebahagiaan
kerana jiwaku sudah
tersesat
di sebalik belukar
kemungkaran
ulat kejahilan
meronta-ronta
ingin keluar dari
kepompong keresahan
Jasadku bangkit
dinihari
sujud dan syukur
mengabdikan diri
pintu hidayah sudah
dibuka ilahi
sinar taufik ligat
menembusi kaca hati
Ya Rabb
limpahkanlah danau
syifakmu
membasuh daki di
kalbuku
agar aku dapat
melihat
jalan menuju syurga-Mu
JENIS-JENIS GAYA BAHASA
JENIS-JENIS GAYA BAHASA
1) Personifikasi merujuk bahasa yang
memberikan sifat manusia kepada sesuatu benda, keadaan atau suasana. Contoh:
Pokok kelapa itu melambai-lambai ke arahnya.
2) Metafora pula ialah bahasa kiasan
yang tidak menggunakan kata-kata bandingan. Metafora boleh terdiri daripada
konsep logik dan abstrak. Contoh: Lautan fikirannya (Lautan bermaksud laut dan
banyak ilmu. Fikiran pula hanya ada satu maksud iaitu berfikir atau otak).
3) Simile ialah kiasan yang
membandingkan dua benda yang berbeza tetapi ada persamaan. Penggunaan bak,
umpama, seperti, bagai dan laksana banyak digunakan dalam ayat jenis ini.
Contoh: wajahnya pucat umpama mayat.
4) Hiperbola pula perbandingan yang
tidak logik atau melampau. Contoh: matanya berapi-api. Lautan berapi sanggup
kurenangi.
5)
Asonansi ialah pengulangan vokal.
Contoh: segar angin laut (pengulangan vokal a).
6)
Aliterasi ialah pengulangan
konsonan. Contoh: segar angin laut. (pengulangan konsonan n)
7) Pengulangan/ repitasi ialah
pengulangan perkataan dalam ayat atau rangkap yang sama. Contoh: tenaga pemuda
tenaga beerti.
8) Inversi ialah pembalikan susunan
kata. Contoh: sihat badan wajah berseri (sepatutnya; badan sihat wajah berseri)
9) Anafora ialah pengulangan kata di
depan baris. Contohnya: bila diikat dia jalan, bila dibuka ia berhenti.
10) Epifora ialah pengulangan
kata-kata di akhir baris puisi
11) Responsi ialah pengulangan kata
di tengah baris.
12) Contohnya: mencipta rumah tempat
berlindung,
membina bilik tempat berteduh.
13) Sinkof/ sinkope ialah singkatan.
Contoh: tak (tidak), ku (aku), mu (kamu).
Sunday, April 12, 2020
Latihan Rumusan Rabu - 15 April 2020
Latihan Rumusan (Menulis Rumusan Penuh)
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang langkah-langkah menghadapi tekanan ketika peperiksaan dan peranan ibu bapa untuk mengurangkan tekanan. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Proses penilaian melalui peperiksaan awam yang penting seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang dilaksanakan dalam sistem pendidikan negara masih relevan. Melalui penilaian inilah pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik dan disokong dengan kecemerlangan dalam bidang koakademik atau kokurikulum mempunyai peluang cerah untuk melanjutkan pengajian di universiti awam. Namun begitu, isu yang paling menarik untuk diperkatakan bukanlah tentang puluhan ribu pelajar yang dapat melanjutkan pelajaran di universiti awam tetapi situasi yang dihadapi oleh pelajar sebelum menjelangnya kedua-dua peperiksaan penting itu. Pelbagai ragam pelajar sama ada yang positif atau negatif sebelum menjelangnya peperiksaan awam termasuklah tekanan perasaan atau stres yang rata-ratanya dihadapi oleh pelajar.
Tekanan ialah perkara yang berkaitan dengan ketegangan yang dialami oleh mental atau emosi seseorang disebabkan oleh pelbagai faktor. Pelajar atau remaja perlu mempunyai kemahiran untuk mengatasi masalah tekanan perasaan supaya fokus mereka untuk menghadapi peperiksaan tidak terjejas. Pelajar biasanya mendapat tekanan daripada ibu bapa, guru atau rakan untuk meraih kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan. Dalam konteks ini, pelajar seharusnya berasa tenang dan sentiasa fokus tentang peperiksaan yang akan dihadapi. Ketenangan yang diperlukan tidak akan datang dengan tiba-tiba atau secara terpaksa tetapi akan terzahir apabila pelajar bersedia dengan sebaik-baiknya. Lantaran itu, pelajar perlu melaksanakan perancangan yang sesuai berdasarkan kemampuan dan komitmen mengikut keupayaan sebagai persiapan menjelang peperiksaan. Malahan mereka sepatutnya mengadakan jadual pembelajaran yang sistematik dan boleh diikuti agar tidak menggelabah atau mengalami kerisauan yang kronik sebelum peperiksaan.
Tekanan perasaan perlu ditangani dengan segera untuk mengelakkan perkara yang lebih buruk berlaku terutamanya bagi para pelajar. Pelajar perlu memahami Falsafah Pendidikan Negara yang mahu melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelektual dan sosial. Oleh itu, mereka seharusnya belajar dalam persekitaran yang menyeronokkan agar emosi mereka berkembang secara natural dan memenuhi keperluan mereka sebagai remaja. Pelajar juga perlu menjauhkan diri daripada perkara yang merosakkan emosi dan ketenangan. Seelok-eloknya pelajar harus mempunyai hala tuju yang konsisten tentang masa depan mereka. Perkara sampingan yang mampu menjejaskan kestabilan emosi seperti hubungan peribadi dengan rakan-rakan, masalah keluarga, masalah dengan guru dan masalah kewangan perlu ditangani dengan bijaksana kerana dikhuatiri mampu menjejaskan tumpuan mereka terhadap peperiksaan.
Sekiranya pelajar menghadapi masalah kritikal yang mampu menjejaskan ketenangan, mereka perlu segera berjumpa dengan guru yang rapat atau kaunselor di sekolah. Guru atau kaunselor pasti mempunyai kaedah bagi mengatasi masalah ini. Di samping itu, pelajar perlu menjaga kesihatan diri kerana tanpa kesihatan yang baik sukar bagi pelajar untuk mengulang kaji pelajaran dan melakukan latihan intensif dengan baik. Pelajar sepatutnya membanyakkan amalan kerohanian yang dapat memberikan ketenangan kepada jiwa sebagai persiapan penting untuk menghadapi peperiksaan. Kesimpulannya, tugasan atau bebanan yang keterlaluan kepada pelajar semata-mata mahu menjadikan mereka cemerlang dalam bidang akademik perlu dielakkan demi melahirkan insan yang cemerlang dari segi ilmu dan akhlaknya.
( Dipetik dan diubahsuaikan daripada
“Tekanan Perasaan Menggugat Peperiksaan” oleh Nizar Parman
Dewan Siswa, September, 2015)
Latihan Rumusan Selasa - 14 April 2020
Latihan Rumusan (Menulis Isi Tersurat dan Tersirat)
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang langkah-langkah menghadapi tekanan ketika peperiksaan dan peranan ibu bapa untuk mengurangkan tekanan. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Proses penilaian melalui peperiksaan awam yang penting seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang dilaksanakan dalam sistem pendidikan negara masih relevan. Melalui penilaian inilah pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik dan disokong dengan kecemerlangan dalam bidang koakademik atau kokurikulum mempunyai peluang cerah untuk melanjutkan pengajian di universiti awam. Namun begitu, isu yang paling menarik untuk diperkatakan bukanlah tentang puluhan ribu pelajar yang dapat melanjutkan pelajaran di universiti awam tetapi situasi yang dihadapi oleh pelajar sebelum menjelangnya kedua-dua peperiksaan penting itu. Pelbagai ragam pelajar sama ada yang positif atau negatif sebelum menjelangnya peperiksaan awam termasuklah tekanan perasaan atau stres yang rata-ratanya dihadapi oleh pelajar.
Tekanan ialah perkara yang berkaitan dengan ketegangan yang dialami oleh mental atau emosi seseorang disebabkan oleh pelbagai faktor. Pelajar atau remaja perlu mempunyai kemahiran untuk mengatasi masalah tekanan perasaan supaya fokus mereka untuk menghadapi peperiksaan tidak terjejas. Pelajar biasanya mendapat tekanan daripada ibu bapa, guru atau rakan untuk meraih kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan. Dalam konteks ini, pelajar seharusnya berasa tenang dan sentiasa fokus tentang peperiksaan yang akan dihadapi. Ketenangan yang diperlukan tidak akan datang dengan tiba-tiba atau secara terpaksa tetapi akan terzahir apabila pelajar bersedia dengan sebaik-baiknya. Lantaran itu, pelajar perlu melaksanakan perancangan yang sesuai berdasarkan kemampuan dan komitmen mengikut keupayaan sebagai persiapan menjelang peperiksaan. Malahan mereka sepatutnya mengadakan jadual pembelajaran yang sistematik dan boleh diikuti agar tidak menggelabah atau mengalami kerisauan yang kronik sebelum peperiksaan.
Tekanan perasaan perlu ditangani dengan segera untuk mengelakkan perkara yang lebih buruk berlaku terutamanya bagi para pelajar. Pelajar perlu memahami Falsafah Pendidikan Negara yang mahu melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelektual dan sosial. Oleh itu, mereka seharusnya belajar dalam persekitaran yang menyeronokkan agar emosi mereka berkembang secara natural dan memenuhi keperluan mereka sebagai remaja. Pelajar juga perlu menjauhkan diri daripada perkara yang merosakkan emosi dan ketenangan. Seelok-eloknya pelajar harus mempunyai hala tuju yang konsisten tentang masa depan mereka. Perkara sampingan yang mampu menjejaskan kestabilan emosi seperti hubungan peribadi dengan rakan-rakan, masalah keluarga, masalah dengan guru dan masalah kewangan perlu ditangani dengan bijaksana kerana dikhuatiri mampu menjejaskan tumpuan mereka terhadap peperiksaan.
Sekiranya pelajar menghadapi masalah kritikal yang mampu menjejaskan ketenangan, mereka perlu segera berjumpa dengan guru yang rapat atau kaunselor di sekolah. Guru atau kaunselor pasti mempunyai kaedah bagi mengatasi masalah ini. Di samping itu, pelajar perlu menjaga kesihatan diri kerana tanpa kesihatan yang baik sukar bagi pelajar untuk mengulang kaji pelajaran dan melakukan latihan intensif dengan baik. Pelajar sepatutnya membanyakkan amalan kerohanian yang dapat memberikan ketenangan kepada jiwa sebagai persiapan penting untuk menghadapi peperiksaan. Kesimpulannya, tugasan atau bebanan yang keterlaluan kepada pelajar semata-mata mahu menjadikan mereka cemerlang dalam bidang akademik perlu dielakkan demi melahirkan insan yang cemerlang dari segi ilmu dan akhlaknya.
( Dipetik dan diubahsuaikan daripada
“Tekanan Perasaan Menggugat Peperiksaan” oleh Nizar Parman
Dewan Siswa, September, 2015)
Latihan Rumusan Isnin - 13 April 2020
Latihan Rumusan (Menulis Pendahuluan dan Penutupan)
Baca petikan di bawah
dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang langkah-langkah menghadapi
tekanan ketika peperiksaan dan peranan ibu bapa untuk mengurangkan tekanan.
Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Proses penilaian
melalui peperiksaan awam yang penting seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang dilaksanakan dalam sistem
pendidikan negara masih relevan. Melalui penilaian inilah pelajar yang
cemerlang dalam bidang akademik dan disokong dengan kecemerlangan dalam bidang
koakademik atau kokurikulum mempunyai peluang cerah untuk melanjutkan pengajian
di universiti awam. Namun begitu, isu yang paling menarik untuk diperkatakan
bukanlah tentang puluhan ribu pelajar yang dapat melanjutkan pelajaran di
universiti awam tetapi situasi yang dihadapi oleh pelajar sebelum menjelangnya
kedua-dua peperiksaan penting itu. Pelbagai ragam pelajar sama ada yang positif
atau negatif sebelum menjelangnya peperiksaan awam termasuklah tekanan perasaan
atau stres yang rata-ratanya dihadapi oleh pelajar.
Tekanan
ialah perkara yang berkaitan dengan ketegangan yang dialami oleh mental atau emosi
seseorang disebabkan oleh pelbagai faktor. Pelajar atau remaja perlu mempunyai
kemahiran untuk mengatasi masalah tekanan perasaan supaya fokus mereka untuk
menghadapi peperiksaan tidak terjejas. Pelajar biasanya mendapat tekanan daripada
ibu bapa, guru atau rakan untuk meraih kejayaan yang cemerlang dalam
peperiksaan. Dalam konteks ini, pelajar seharusnya berasa tenang dan sentiasa
fokus tentang peperiksaan yang akan dihadapi. Ketenangan yang diperlukan tidak
akan datang dengan tiba-tiba atau secara terpaksa tetapi akan terzahir apabila
pelajar bersedia dengan sebaik-baiknya. Lantaran itu, pelajar perlu
melaksanakan perancangan yang sesuai berdasarkan kemampuan dan komitmen
mengikut keupayaan sebagai persiapan menjelang peperiksaan. Malahan mereka
sepatutnya mengadakan jadual pembelajaran yang sistematik dan boleh diikuti agar
tidak menggelabah atau mengalami kerisauan yang kronik sebelum peperiksaan.
Tekanan
perasaan perlu ditangani dengan segera untuk mengelakkan perkara yang lebih
buruk berlaku terutamanya bagi para pelajar. Pelajar perlu memahami Falsafah
Pendidikan Negara yang mahu melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani,
emosi, rohani, intelektual dan sosial. Oleh itu, mereka seharusnya belajar
dalam persekitaran yang menyeronokkan agar emosi mereka berkembang secara
natural dan memenuhi keperluan mereka sebagai remaja. Pelajar juga perlu menjauhkan
diri daripada perkara yang merosakkan emosi dan ketenangan. Seelok-eloknya
pelajar harus mempunyai hala tuju yang konsisten tentang masa depan mereka.
Perkara sampingan yang mampu menjejaskan kestabilan emosi seperti hubungan
peribadi dengan rakan-rakan, masalah keluarga, masalah dengan guru dan masalah
kewangan perlu ditangani dengan bijaksana kerana dikhuatiri mampu menjejaskan
tumpuan mereka terhadap peperiksaan.
Sekiranya
pelajar menghadapi masalah kritikal yang mampu menjejaskan ketenangan, mereka
perlu segera berjumpa dengan guru yang rapat atau kaunselor di sekolah. Guru
atau kaunselor pasti mempunyai kaedah bagi mengatasi masalah ini. Di samping
itu, pelajar perlu menjaga kesihatan diri kerana tanpa kesihatan yang baik
sukar bagi pelajar untuk mengulang kaji pelajaran dan melakukan latihan
intensif dengan baik. Pelajar sepatutnya membanyakkan amalan kerohanian yang
dapat memberikan ketenangan kepada jiwa sebagai persiapan penting untuk
menghadapi peperiksaan. Kesimpulannya, tugasan atau bebanan yang keterlaluan
kepada pelajar semata-mata mahu menjadikan mereka cemerlang dalam bidang
akademik perlu dielakkan demi melahirkan insan yang cemerlang dari segi ilmu
dan akhlaknya.
( Dipetik dan diubahsuaikan daripada
“Tekanan Perasaan Menggugat Peperiksaan” oleh Nizar Parman
Dewan Siswa, September, 2015)
Wednesday, April 8, 2020
Tujuh Sunnah Rasulullah
Assalamualaikum semua, hari ni saya nak berkongsi tujuh
sunnah rasulullah yang boleh kita amalkan dalam kehidupan seharian. Mari lah bersama-sama
kita hidupkan sunnah baginda yang kita cintai. Oh iya, moga ada manfaat dan
doakan saya juga ya.
11 SOLAT DHUHA
Saya yakin mesti semua orang pernah mendengar solat
dhuha. Bila sebut solat dhuha, mesti sudah terbayang di fikiran kita mengenai
solat yang didirikan supaya nanti murah rezeki. Saya juga begitu sewaktu zaman
persekolahan dahulu. Namun, saya ada terbaca perkongsian seorang sahabat
mengenai kita perlu perbetulkan niat kita yang mana niat utama kita bukanlah
rezeki semata-mata, tapi apa yang lebih penting ialah kita mengerjakan solat
dhuha untuk memohon redha Allah. Insaf saya bila baca perkongian sahabat tu.
Ada betulnya. Begitulah kita hamba, bila bab rezeki laju je kan.
Oh
iya, sebelum tu, solat dhuha kebiasaannya dilakukan 30 minit selepas terbitnya
matahari sehingga 10 minit sebelum masuknya waktu zohor. Bilangan rakaatnya
pula terpulang sama ada nak buat 2 / 4 / 6 / 8 rakaat, yang penting
laksanakannya dengan 2 rakaat 1 salam. Niatnya pula ‘Sahaja aku solat sunat
dhuha 2 rakaat kerana Allah taala.’ Mudah bukan? Tapi sangat besar
ganjarannya bagi siapa yang mengerjakan solat sunat dhuha. Jadi apa tunggu lagi sahabat-sahabat semua,
jom amalkan solat dhuha!
22 JAGA WUDHUK
Di
dalam Islam, wudhuk berasal daripada perkataan wadha’ah (ÙˆَضَاءَØ©ٌ). Dari segi
bahasa, ia bererti elok dan berseri. Sementara dari segi syara’ pula ialah
perbuatan menggunakan air pada anggota-anggota tertentu beserta dengan niat. Ia
dinamakan demikian kerana perbuatan tersebut mengelokkan serta menyerikan lagi
anggota yang dibasuh dan dibersihkan (laman web rasmi mufti wp). Niat wudhuk sahaja
aku berwudhuk kerana Allah taala.
Menjaga wudhuk ialah sunnah yang
paling mencabar bagi saya. Maklumlah bukan senang kita nak memastikan diri sentiasa
dalam keadaan berwudhuk. Nak-nak pulak, bila di tempat kerja. Tapi, yakinlah
sungguh besar ganjaran dan hikmah mengapa nabi menyarankan kita menjaga wudhuk.
Jadi, sahabat-sahabat semua cuba-cuba lah jaga wudhuk ya.
33 SEDEKAH
Sadaqah atau sedekah adalah daripada perkataan (Bahasa
Arab: صدقة) yang bermaksud benar. Makna syara' "sedekah" pula adalah
pemberian sesuatu kepada orang yang memerlukan dengan tujuan mahu mendekatkan
diri kepada Allah S.W.T. Baik pemberian itu ditujukan kepada fakir miskin,
kerabat keluarga, maupun untuk kepentingan jihad fi sabilillah. (laman web
rasmi jabatan kehakiman Syariah Kelantan)
Sedekah
merupakan amalan yang paling mudah untuk dilakukan, tetapi tidak ramai yang
kuat untuk melaksanakannya. Nak tahu kenapa? Mestilah kerana masih ada rasa cinta
dunia yang tebal dalam diri kita dan ragu-ragu terhadap ganjaran bersedekah. Sejak
kecil, kita semua lebih dimomokkan dengan menabung berbanding bersedekah untuk
mengumpul wang. Ya, saya tak nafikan menabung amalan yang baik, saya pun masih
menabung, tapi isi utama yang saya nak sampaikam ialah terdapat segelintir umat
islam yang rasa bila bersedekah atau memberi harta/wang kepada orang lain, maka
harta/wang mereka akan berkurang. Dari segi logik akalnya, tak dinafikan memang
begitu. Tapi, percayalah bila kita bersedekah, maka akan muncullah rezeki yang
tiba-tiba dan tidak disangka-sangka. #ugivemoreugetmore
44 MEMBACA AL-QURAN
Haaa.. yang ni pun mudah nak buat, tapi ramai yang
suka tangguh-tangguh. Walhal, kita semua tahu al-quran itu kalam Allah, sumber
ketenangan dan panduan hidup bagi umat islam. Tersangat lah rugi jika kita
asyik fikir, “esok lah aku baca quran, malam nanti lah aku baca” Kita yakin ke
yang esok atau malam nanti tu kita hidup lagi? Tepuk dada tanya minda ya. #deep.
Saya bukanlah nak menghukum manusia, saya pun sama, rasa malas ja nak baca
quran ni, oh iya kita malas mesti sebab hasutan syaitan ni kan. (Pulakkk, salah
aku jugak… kata syaitan.) Kalau ada sahabat-sahabat
yang masih merangkak-rangkak atau tidak tahu membaca al-quran, jangan malu! Belajar
lah sekarang ya. Yang belum tahu baca, dengar bacaan al-quran pun dapat pahala.
Jadi, ayuh sama-sama ya.
Umamah
al-Bahili meriwayatkan, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Bacalah
al-Quran. Pada hari kiamat, ia akan memberi syafaat kepada orang-orang yang
membacanya.” (Sahih Muslim) Bukan saja mereka yang membaca al-Quran,
malah golongan yang mendengar bacaan al-Quran juga dikira sebagai melakukan
amal kebaikan. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan apabila al-Quran itu
dibacakan, maka dengarlah akan ia serta diamlah supaya kamu beroleh
rahmat.” (Surah al-A’raaf, ayat 204) Oleh itu, setiap Mukmin perlu
menjadikan amalan membaca al-Quran sebagai amalan harian yang tidak sesekali
diabaikan. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Semulia-mulia ibadat umatku
ialah membaca Quranul Karim (ibadat yang bukan wajib) bahawa sebaik-baik amalan
umatku ialah membaca al-Quran.”Al-Quran adalah senjata paling berkesan untuk
membersihkan jiwa yang sering kali lalai kerana banyak melakukan dosa dan
maksiat. Daripada Ibnu Umar RA, beliau berkata, “Rasulullah SAW bersabda, hati
manusia akan berkarat seperti besi yang dikaratkan oleh air. (Harian Metro, Mei
2019)
55 SOLAT TAHAJUD
Sahabat-sahabat yang pernah tinggal di asrama atau pernah
pergi kem solat, mesti pernah buat solat tahajud. Haaa.. solat tahajud ni saya
akui memang sukar untuk kita lakukan maklumlah iman senipis bawang. (Nohh,
Salah aku pulakk dahh.. kata bawang) Tapi, kita mesti berusaha untuk
melaksanakannya, kita ni banyak dosa, jadi, marilah kita sucikannya ya.
Rasulullah
SAW bersabda: “Kerjakanlah solat malam sebab itu adalah
kebiasaan orang solihin sebelum kamu, juga suatu jalan untuk mendekatkan diri
kepada Tuhanmu, juga sebagai penebus segala amalan buruk, pencegah dari perbuatan
dosa dan dapat menghalangi penyakit dari badan.” (Riwayat
Tirmizi dan Ahmad r.a.)
Niat solat sunat tahajud ialah sahaja
aku solat sunat tahajud 2 rakaat kerana Allah taala. Jumlah rakaat
unlimited. Terpulang kepada sahabat-sahabat nak buat 2 atau 4 atau 6 atau 8
rakaat. Yang paling penting ialah istiqamah atau berterusan. Dalam erti kata
lain, tak mengapa buat sedikit asalkan berterusan ya… Jadi, lepas ni tidur awal
ya! Senang bangun nanti. Kalau tengok bola EPL kita boleh tidur dan bangun awal,
siap kunci jam lagi, takkan lah nak gapai syurga Allah kita tak boleh kan. Hiks
hiks…
66 ISTIGHFAR PADA SETIAP MASA
Amalan istighfar merupakan satu amalam yang ramai
terlepas pandang. Kebiasaannya kita hanya beristighfar selepas solat. Jadi,
saya nak ajak sahabat-sahabat semua untuk beristighfar pada setiap masa. Jadikannya
sebagai rutin harian, besar ganjarannya. Jom amalkan ya.
Pendakwah, Mohd Hassan
Adli Yahaya pernah berkata istighfar menjadi antara kunci ‘menjemput’ rezeki
yang sangat kuat kerana banyak petunjuk menunjukkan Allah SWT menurunkan rezeki
kepada orang yang sentiasa beristighfar, bertaubat dan kembali kepada-Nya. Menjelaskan
lebih lanjut kelebihan istighfar, beliau menceritakan kisah ulama salaf
terkemuka Imam Hasan al-Basri yang sering menjadi tempat orang ramai merujuk
masalah untuk mendapat jalan penyelesaian. Semua masalah yang dirujuk
kepadanya, Hasan al-Basri akan menyuruh supaya orang itu beristighfar. Bingung
melihat perkara itu, seseorang bertanya kepadanya apakah semua masalah boleh
selesai hanya dengan istighfar.
Hasan al-Basri
menjawab, ia bukan penyelesaian yang beliau berikan tetapi firman Allah SWT
dalam al-Quran. Allah SWT berfirman, “Mohonlah ampun kepada Tuhanmu,
sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, nescaya Dia akan mengirimkan hujan
kepadamu dengan lebat, dan membanyakkan harta dan anakmu dan mengadakan untukmu
kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai. Mengapa kamu tidak
percaya akan kebesaran Allah?” (Nuh: 10-13).
77 SOLAT BERJEMAAH DI MASJID
Haa amalan ni saya tujukan kepada kaum lelaki ya. Lelaki
yang bakal menjadi atau sudah menjadi pemimpin rumah tangga, ringan-ringankanlah
kaki kita untuk solat berjemaah di masjid. Jangan melakukan perubahan secara drastik
atau melulu, cuba lah sedikit-sedikit namun istiqamah. Misalnya untuk permulaan
mulakan solat berjemaah maghrib dan isyak di masjid dahulu. Kemudian, cuba waktu
subuh pula hingga lah kita boleh solat berjemaah di masjid atau surau pada
setiap waktu. Mari sama-sama kita hijrah ya.
Dari
Abu Hurairah RA dia berkata; Rasulullah SAW bersabda: “Pahala solat seseorang
dengan berjamaah melebihi pahala solatnya di rumah dan di pasar sebanyak dua
puluh lima darjat. Hal tersebut, kerana apabila seseorang di antara kalian
berwuduk, lalu memperelokkan wuduknya, kemudian pergi ke masjid semata mata
kerana untuk mengerjakan solat, dan kesempatan itu hanya dipergunakan untuk
solat, maka orang tersebut tidak melangkah satu langkah, kecuali setiap
langkahnya itu diangkat baginya satu darjat, dan dihapus darinya satu dosa,
sampai dia masuk ke dalam masjid. Apabila dia telah masuk masjid, maka dia
dikira dalam keadaan solat selama tertahan kerana solat (tidak keluar dari
masjid kerana menunggu solat), dan para malaikat akan berselawat (memohonkan
rahmat dan ampunan) kepada seseorang di antara kalian, selama dia tetap berada
di tempat dia mengerjakan solatnya, mereka (para malaikat) berdoa; Ya Allah,
ampunilah dia, rahmatilah dia dan terimalah taubatnya. Para malaikat itu berdoa
demikian selama orang itu tidak mengganggu orang lain di tempat itu atau
berhadats.” (HR Abu Daud No: 472.
Semoga
perkongsian 7 sunnah rasulullah ni memberi sedikit suntikan rasa dan motivasi
kepada sahabat-sahabat semua untuk berhijrah ke arah yang lebih baik. Kita
semua hamba, banyak dosa, itu biasa, tapi jika kita dah tahu kita banyak dosa,
tapi kita buat-buat lupa, itu luar biasa! Kita di dunia ini hanya musafir yang
terus mengembara kerana suatu hari nanti kita pasti pulang ke negeri abadi.
Jadi, ayuh kembara musafir semua!
Monday, April 6, 2020
Latihan 2 KSP Menulis Penutupan Karangan (Teknik PeCaH PK)
Khamis (9/4/2020)
Dengan menggunakan teknik PeCaH PK, sila tulis penutupan karangan bagi soalan berikut di ruangan komen.
'Wabak penyakit seperti Covid 19 merupakan satu kemelut yang sangat berbahaya. Bincangkan langkah-langkah yang boleh dijalankan bagi menangani masalah tersebut.
1. Kerajaan menjalankan perintah kawalan pergerakan secara menyeluruh
2. Setiap penduduk yang disyaki terkena jangkitan disaring dan diberi rawatan segera.
3. Masyarakat memakai topeng muka dan menjaga jarak daripada orang sekeliling
4. Rakyat yang baru pulang dari luar negara dikuarantin.
#Apa-apa soalan boleh whatsapp cikgu ya...
Latihan 2 KSP Menulis Isi Karangan 2 (Rabu 8 April 2020)
Rabu (8/4/2020)
Dengan menggunakan teknik TOHUCONPEPE, sila tulis 2 isi karangan bagi soalan berikut di ruangan komen.
'Wabak penyakit seperti Covid 19 merupakan satu kemelut yang sangat berbahaya. Bincangkan langkah-langkah yang boleh dijalankan bagi menangani masalah tersebut.
1. Kerajaan menjalankan perintah kawalan pergerakan secara menyeluruh
2. Setiap penduduk yang disyaki terkena jangkitan disaring dan diberi rawatan segera.
3. Masyarakat memakai topeng muka dan menjaga jarak daripada orang sekeliling
4. Rakyat yang baru pulang dari luar negara dikuarantin.
#Apa-apa soalan boleh whatsapp cikgu ya...
Peribahasa Mengikut Tema
Di sini saya himpunkan, peribahasa mengikut tema bagi membantu para pelajar menggunakannya dalam penulisan karangan. Moga membantu ya...
PERIBAHASA
MENGIKUT TOPIK (BARA)
TOPIK/TEMA
|
PERIBAHASA
|
MUTIARA KATA
|
IBU-BAPA ATAU
ATAU
KELUARGA
|
-BAPAK BOREK ANAK RINTIK
-KE MANA TUMPAHNYA KUAH KALAU TIDAK KE NASI
-BAGAIMANA ACUAN, BEGITULAH KUIHNYA
-MELENTUR BULH BIARLAH DARI REBUNGNYA
-MENATANG MINYAK YANG PENUH
-SEPERTI LEBAH KASIHKAN TELURNYA
-SEPERTI AYAM PATUK ANAKNYA
-CARIK-CARIK BULU AYAM AKHIRNYA BERCANTUM
JUA
-AIR DICENCANG TAK AKAN PUTUS
-YANG MUDA DISAYANGI YANG TUA DIHORMATI
-ENAK LAUK DIKUNYAH-KUNYAH, ENAK KATA DIULANG-ULANG
- BAGAI KETAM
MENYURUH ANAKNYA BERJALAN BETUL
|
-ANAK IBARAT KAIN PUTIH, IBU BAPALAH YANG
AKAN MENCORAKKANNYA
-RASULULLAH S.A.W BERSABDA YANG BERMAKSUD
“MULIAKANLAH ANAK-ANAK KAMU DENGAN MENGAJAR MEREKA ADAB DAN ILMU AGAMA.
|
KERAJAAN
ATAU
PEMIMPIN
|
-BAGAI MELEPASKAN BATUK DI TANGGA
-BAGAI MENARIK RAMBUT DI DALAM TEPUNG
-BAGAI MENGHELA TALI JALA
-BIAR PUTIH TULANG JANGAN PUTIH MATA
-BERNIAGA BULUH KASAP, HUJUNG HILANG
PANGKAL LESAP
-CONDONG AKAN MENONGKAT REBAH AKAN
MENEGAKKAN
|
-PEPATAH CINA ADA MENYEBUT "BERI SAYA
SEEKOR IKAN DAN SAYA MAKAN SELAMA SATU HARI. AJARI SAYA MEMANCING DAN SAYA
AKAN MAKAN SEUMUR HIDUP.
-PEPATAH ARAB ‘SEDIKIT TETAPI BERBEKAS
LEBIH BAIK DARI PADA BANYAK TETAPI LENYAP’
|
MASYARAKAT
ATAU
KEJIRANAN
(POSITIF)
|
-HIDUP SANDAR-MENYANDAR, BAGAI AUR DENGAN
TEBING
-BULAT AIR KERANA PEMBETUNG, BULAT KATA
KERANA MUAFAKAT
-KE BUKIT SAMA DIDAKI, KE LURAH SAMA
DITURUNI
-HATI GAJAH SAMA DILAPAH, HATI KUMAN SAMA
DICECAH
-BERAT SAMA DIPIKUL, RINGAN SAMA DIJINJING
-SELIANG BAGAI TEBU, SERUMPUN BAGAI SERAI
-TERENDAM SAMA BASAH, TERAMPAI SAMA KERING
-SEPAKAT MEMBAWA BERKAT
-BERHAMPAR LAPIK, BERLICIN DAUN
-HENDAKLAH SEPERTI
TEMBIKAR, PECAH SATU PECAH SEMUANYA
- BUANG YANG KERUH,
AMBIL YANG JERNIH
|
-MAFHUM DARIPADA SEPOTONG MAKSUD HADIS YANG
MENYATAKAN BAHAWA KEHIDUPAN KITA IBARAT SEBATANG TUBUH. APABILA SATU DARIPADA
ANGGOTANYA SAKIT, JUSTERU SELURUH TUBUH TURUT MERASAI SAKIT DAN BERSAMA-SAMA
BERJAGA MALAM.
|
MASYARAKAT
ATAU
KEJIRANAN
(NEGATIF)
|
-SEEKOR KERBAU MEMBAWA LUMPUR HABIS SEMUA
TERPALIT
-KERANA NILA SETITIK, ROSAK SUSU SEBELANGA
-IBARAT TELUR SESANGKAK, PECAH SEBIJI,
PECAH SEMUA
|
|
REMAJA
ATAU
SAHABAT
|
-BAGAI ISI DENGAN KUKU
-BAGAI AUR DENGAN TEBING
-BAGAI DAKWAT DENGAN KERTAS
-IBARAT MENCURAH AIR KE DAUN KELADI
-LAKSANA BUNGA DEDAP, SUNGGUH MERAH BERBAU
TIDAK
|
-PRESIDENINDONESIA,SOEKARNO
PERNAH MENYATAKAN BERIKAN AKU SEPULUH ORANG PEMUDA, NESCAYA AKAN KUGONCANGKAN DUNIA
-PEPATAH ARAB ‘PEMUDA HARI INI
ADALAH TOKOH MASA DEPAN’
-PEPATAH ARAB ‘TEMANMU ADALAH
YANG MEMBUATMU MENANGIS BUKANNYA MEMBUATMU TERTAWA.’
|
SUSAH SENANG BERSAMA ATAU KERJASAMA
|
-HATI GAJAH SAMA DILAPAH, HATI KUMAN SAMA
DICECAH
-BERAT SAMA DIPIKUL, RINGAN SAMA DIJINJING
-BUKIT SAMA DI DAKI, LURAH SAMA DITURUNI
-BERSATU TEGUH BERCERAI ROBOH
-SEPAKAT KITA KUAT, BERPECAH KITA REBAH
|
|
KESAN NEGATIF
ATAU
PERKARA BURUK
|
-MENCEGAH LEBIH BAIK DARIPADA MENGUBATI
-SESAL DAHULU PENDAPATAN SESAL KEMUDIAN
TIDAK BERGUNA LAGI
|
|
LANGKAH
ATAU
PERANAN
ATAU
USAHA
|
-ALANG-ALANG MENYELUK PEKASAM BIAR SAMPAI
KE PANGKAL LENGAN
-GENGGAM BARA API BIAR SAMPAI JADI ARANG
-ALANG-ALANG BERMINYAK BIAR LICIN
-ALANG-ALANG MANDI BIAR BASAH
-DI MANA ADA KEMAHUAN DI SITU ADA JALAN
-KALAU TIDAK DIPECAHKAN RUYUNG, MANAKAN
DAPAT SAGUNYA
-SEDIAKAN PAYUNG SEBELUM HUJAN
-YANG BULAT TIDAK DATANG MENGGOLEK, YANG
PIPIH TIDAK DATANG MELAYANG
|
-PEPATAH ARAB “MAN JADDA WA JADDA”, SESIAPA
YANG BERUSAHA MAKA DIA LAH YANG AKAN MENDAPAT HASILNYA.
-PEPATAH CINA ADA
MENYATAKAN ‘LEBIH BAIK MENYALAKAN LILIN DARIPADA MENGUTUK KEGELAPAN’
-PEPATAH ARAB ‘SIAPA MENANAM, DIA
AKAN MENUAI.’
|
PUNCA
ATAU
FAKTOR
ATAU
SEBAB
|
-KALAU TIADA ANGIN MASAKAN POKOK BERGOYANG
-KALAU TIADA API MASAKAN ADA ASAP
-KUSUT DI HUJUNG BALIK KE PANGKAL
-DI MANA ANJING MENYALAK DI SITULAH BIAWAK
MEMANJAT
|
|
ISU NEGATIF
ATAU
MASALAH
|
-API DALAM SEKAM
-GUNTING DALAM LIPATAN
-MUSUH DALAM SELIMUT
-SEPERTI KACA TERHEMPAS KE BATU
|
|
PERKARA YANG HAMPIR MUSNAH ATAU GAWAT,
MENUNGGU MASA UNTUK LENYAP
|
-TELUR DIHUJUNG TANDUK
-RETAK MENANTI BELAH
|
|
PERKARA YANG JELAS
|
-SUDAH TERANG LAGI BERSULUH
|
-SECARA EKSPLISIT
|
SIKAP NEGATIF ATAU PENTINGKAN DIRI
|
-BAGAI ENAU DALAM BELUKAR MELEPASKAN PUICUK
MASING-MASING
|
|
KEPENTINGAN MENUNTUT ILMU ATAU MEMBACA
|
-PEPATAH CINA ‘SEANDAINYA TIDAK
ADA ILMU NESCAYA MANUSIA ITU SEPERTI BINATANG.’
-MEMBACA JAMBATAN ILMU
-ILMU PENYULUH KEHIDUPAN
-ILMU TANPA AMAL IBARAT POHON TIDAK
BERBUAH.
|
-ERASMUS MUNDUS, SEORANG TOKOH AKADEMIK
TERKENAL PERNAH BERKATA, ‘‘WHEN I HAVE MONEY, I BUY BOOKS. IF ANY IS LEFT, I
BUY FOOD.’’.
-HAL INI BERSESUAIAN DENGAN HADIS NABI
MUHAMMAD S.A.W. YANG BERMAKSUD ”TUNTUTLAH ILMU DARI BUAIAN HINGGA KE LIANG
LAHAD”, MALAH NABI SENDIRI MENGGESA UMATNYA SUPAYA MENUNTUT ILMU WALAUPUN
HINGGA KE NEGERI CHINA.
|
PENDAHULUAN
|
-BAK CENDAWAN TUMBUH SELEPAS HUJAN
-BERAKIT-RAKIT KE HULU, BERENANG-RENANG KE
TEPIAN, BERSAKIT-SAKIT DULU, BERSENANG-SENANG KEMUDIAN
|
- KATA SAYIDINA ALI
R.A 'MASA ITU UMPAMA PEDANG JIKA KAMU TIDAK MEMENGGALNYA NESCAYA IA AKAN
MEMENGGAL LEHERMU'
-PEPATAH CINA ADA
MENYEBUT KATA-KATA HANYALAH GELEMBUNG-GELEMBUNG AIR, TETAPI PERBUATAN ADALAH
EMAS.
|
PENUTUPAN
|
-BUANG YANG KERUH , AMBIL YANG JERNIH
-DUDUK SAMA RENDAH, BERDIRI SAMA TINGGI
-SEDIKIT-SEDIKIT, LAMA-LAMA JADI BUKIT
-DIKATI SAMA BERAT, DIUJI SAMA MERAH
-LAKSANA MANAU, SERIBU KALI EMBAT HARAM TAK PATAH
-BERTANGGUH ITU PENCURI MASA
-HABIS AKAL, BARU TAWAKAL
-SEHARI SELEMBAR BENANG, LAMA-LAMA MENJADI
KAIN
-HENDAK SERIBU DAYA, TAK HENDAK SERIBU
DALIH
-KERJA BERTANGGUH TAK MENJADI, KERJA
BERANSUR TAK BERTAHAN
-YANG DIKEJAR TAK DAPAT, YANG DIKENDONG BERCICIRAN
|
-JANGANLAH DIABAIKAN PESANAN AHLI FALSAFAH
TAO IAITU JIKA KITA MAHU HIDUP SETAHUN TANAMLAH GANDUM, JIKA KITA MAHU HIDUP SELAMA-LAMANYA
TANAMLAH JIWA MANUSIA. SEKIRANYA, MASA DEPAN REMAJA TIDAK DIPELIHARA, NEGARA
AKAN KEHILANGAN MUTIRA YANG PALING BERHARGA UNTUK MENGGANTI PUCUK PIMPINAN
NEGARA.
-PEPATAH CINA ADA
MENYATAKAN "JIKA ANDA INGIN MELIHAT MASA LALU, LIHAT KEADAAN ANDA SEKARANG.
JIKA ANDA INGIN MENGETAHUI MASA DEPAN - LIHAT TINDAKAN ANDA SEKARANG.
|
BUAT SESUATU KERJA BERANSUR-ANSUR BUKAN
SEKALIGUS
|
-TAK DAPAT BERJALAN TEGAK, BERENGSOT-ENGSOT
PUN SAMPAI JUGA
|
|
PERASAAN YANG SANGAT SEDIH / KECEWA
|
- BAGAI DIHIRIS
SEMBILU
- BAGAI KACA TERHEMPAS KE BATU
|
|
RAGAM MANUSIA
|
-LAIN PADANG LAIN BELALANG
-BANYAK UDANG BANYAK GARAM, BANYAK ORANG
BANYAK RAGAM
-LAIN DULANG LAIN KAKINYA
-RAMBUT SAMA HITAM, HATI LAIN-LAIN
-KALAU KERBAU SEKAWAN DAPAT DIKAWALI,
MANUSIA SEORANG TIADA DAPAT DIMAKLUMI.
|
|
Subscribe to:
Posts (Atom)