TAK KENAL MAKA TAK CINTA
Oleh Shahiran Ruslan
Di sebalik keheningan dan kedinginan pagi,
saat mentari belum siap siaga menyinari alam ini dengan sinaran rahmat Ilahi. Usai
solat subuh berjemaah, seperti biasa imam masjid akan membaca beberapa hadis Rasulullah,
rasul yang kita cintai dan sanjungi.
“Tiga sifat yang
jika ada pada seseorang mukmin maka hatinya tidak akan berdendam, tidak khianat
dan tidak ada (sifat buruk yang lain). Pertama, keikhlasan kerana Allah dalam
beramal. Kedua, tulus dan setia terhadap ketua. Ketiga, tetap bersama jamaah
kerana doa-doa daripada ahli jemaah mengelilingi seseorang itu daripada segenap
penjuru (yang menyebabkan seseorang itu terpelihara daripada keburukan
syaitan).”
Aku tersentak
seketika mendengar bait-bait hadis tersebut. Fikiranku menerawang jauh teringat
akan seseorang yang sudah kuanggap sebagai abang, sahabat dan guru. Ya, memang
benar. Dia seorang insan yang sangat kukagumi dan hormati. Masakan tidak, jika
Allah tidak menghadirkan dia hadir dalam kamus hidupku, sudah pasti aku akan
terus hanyut ditenggelami arus tipu daya dunia. Insan istimewa yang kumaksudkan
ialah Safwan. Penyuluh di kala mataku buta melalui lorong kegelapan. Penyinar
dikala aku jahil menaksir kehidupan.
Pasti ramai yang
tidak menyangka kehidupan masa silamku. Waktu tuaku diisi dengan majlis-majlis
ilmu di masjid, menguruskan sekolah agama pondok dan bergiat aktif dalam
badan-badan NGO yang menjalankan kerja-kerja kebajikan. Jika aku ceritakan,
pasti ramai yang terkejut dan terpesona dengan diari silamku. Diari seorang
anak jutawan.
Aku seorang insan
yang sangat bertuah kerana lahir dalam keluarga yang sangat berada. Hidupku
mewah. Katakan apa sahaja yang aku inginkan, pasti akan dituruti. Ketika baru
berusia 17 tahun. Aku sudah ke sekolah dengan memandu kereta Honda Civic. Papa
memberikan segala keperluan, kesenangan dan kemewahan zahir tetapi tidak batin.
Rohaniku seakan-akan tin kosong yang tidak diisi, maka tiada manfaatnya.
Semenjak kecil, papalah yang menjaga dan membesarkanku. Bukanlah papa rakus
mengejar kebendaan, mungkin rasa tanggungjawab menyebabkan papa bekerja keras
membanting tulang untuk memberi kebahagiaan yang secukupnya kepadaku.
Apabila usiaku
sudah menongkah melangkaui zaman remaja, tindak tandukku tidak mencerminkan
kematangan perlakuan orang dewasa. Aku masih hidup dengan gaya remajaku. Segala
perkara ingin kucuba demi memuaskan nafsu darah mudaku. Soal halal haram usah
dicerita, yang penting gejolak nafsuku puas gembira. Segala penghijrahan yang
kualami bermula apabila papa mengarahkanku bekerja di syarikatnya kerana risau
melihat aku yang suka berfoya-foya.
“Kenalkan ini
Safwan. Setiausaha Papa. Sebarang masalah rujuk pada dia ya.”
“Selamat datang
dan salam perkenalan. Gembira dapat berjumpa kamu.” itulah ayat pertama yang Safwan
katakan padaku.
Safwanlah pekerja
pertama yang papa kenalkan padaku. Safwan seorang pekerja yang sangat ramah,
komited dan berakhlak tinggi. Tidak hairanlah papa dan pekerja yang lain sangat
menyayangi dan menyanjungi dia. Dia sudah bekerja di syarikat papa selama lebih
20 tahun. Sekali pun dia tidak pernah memohon cuti dan dinaikkan gaji atau
elaun. Papa yang gemar memuji dan meminta aku untuk mencontohinya membuatkan
aku berasa sangat cemburu dan benci kepadanya.
“Terima kasih.”
itu sahaja perkataan yang mampu kulafazkan. Aku beredar pergi dan sempat
menjeling tajam ke arah Safwan. Rasa meluatku pada Safwan semakin membuak-buak
kerana aku tahu dia seorang yang suka berpura-pura dan kaki bodek.
“Munafik! Muka saja nampak baik, tapi hati busuk
macam bangkai. Aku tak kira, aku akan pastikan dia dipecat daripada syarikat
papa” getus hatiku.
Aku sendiri tidak
tahu mengapa aku begitu benci kepadanya. Sedangkan dia tidak pernah menyakiti dan
bahkan baru saja mengenali diriku. Aku sememangnya seorang yang ego dan keras
kepala. Aku akan melakukan apa sahaja asalkan keinginanku tercapai. Semasa menjawab
peperiksaan SPM, aku telah menyogok rakanku dengan wang untuk membiarkan
jawapannyan ditiru. Hasilnya, aku berjaya mendapat keputusan yang cemerlang.
Bukan itu sahaja, semasa aku mengambil master jurusan perniagaan di universiti.
Semua kerja projek dan tugasan yang diberikan pensyarah, sekali pun tidak
pernah aku lakukan. Aku memberi upah kepada individu yang sanggup membuat
segala kerjaku dengan memberikan ganjaran yang lumayan. Maklumlah anak orang
kaya, semuanya boleh kubeli dengan wang.
Setelah beberapa
minggu aku bekerja, baru kutahu latar belakang pendidikan Safwan dan hal ini
membuatkan aku semakin benci kepadanya.
“Papa, kenapa
lantik Safwan jadi SU papa, dia ada diploma sahaja kan.” soalku kepada papa
kerana berasa tidak puas hati.
“Tapi gaya kerja
dia sangat bagus. Papa suka. Jangan menilai seseorang daripada luaran.”
kata-kata papa membuatkan rasa benciku diadun dengan rasa marah, cemburu dan
bengang kepadanya.
Sewaktu semua
pekerja sedang asyik menjalankan amanahnya, perutku tiba-tiba memulas. Aku
segera pergi mencari tandas. Namun, tanpa kuduga. Aku menemukan kasut Safwan di
luar surau. Bibirku mula mengukir senyum kerana aku menyangka Safwan mencuri
tulang tidur di surau. Aku bingkas berlari menuju ke bilik papa.
“Saya dah cakap.
Tapi papa tak percaya. Pekerja kesayangan papa Safwan tidur di surau.” ujarku
dengan muka puas seolah-olah baru memperoleh kemenangan pertama dan berjaya
buktikan kebenaran yang aku suarakan.
“Masha Allah, kan
papa dah kata. Jangan buruk sangka. Memang setiap kali jam 11 pagi Safwan akan
ke surau untuk solat sunat dhuha.”
“Solat dhuha? Tak
pernah dengar pun.” soalku kerana kehairanan.
“Kalau nak tahu,
pergi tanya Safwan. Malas papa nak layan kamu.”
Ternyata
pengetahuan agamaku ketika itu begitu jahil. Lebih jahil dari kanak-kanak
mumayyiz. Kelas agama memang tidak pernah kuikuti. Pengajaran pendidikan Islam
di sekolah tidak pernah kutelusuri, segala yang diajar ustaz masuk telinga
kanan keluar telinga kiri. Cahaya ilmu dan agama seolah-olah memantul daripada
meresap. Argh! Mungkin rutin harianku yang penuh noda dan dosa mengakibatkan
hatiku menzilmat hitam sukar untuk ditembusi. Tak perlulah aku bicarakan rutin
silamku.
Kini, genap tiga
tahun aku bekerja di syarikat papa, satu persatu fiil Safwan meresahkan jiwaku.
Aku menaksir segala perlakuannya dengan rasa kesumat di dada. Yang paling aku
tak suka dengan orang berlagak alim sepertinya ialah solat di masjid. Bagiku,
dia sengaja mencuri waktu bekerja dengan pergi ke masjid tatkala masuknya waktu
zohor dan asar. Sebelum tamat waktu bekerja, papa memanggil aku dan Safwan
masuk ke biliknya kerana ada hal mustahak yang ingin dibicarakan.
“Ada perkara
penting yang saya nak maklumkan. Dengar sini baik-baik. Saya nak berehat. Saya
rasa saya dah jumpa pengganti saya selaku CEO syarikat ni.” Aku yakin pada masa
itu, akulah orang yang papa maksudkan. Maklumlah aku satu-satunya anak dan
darah daging papa yang layak menyandang jawatan tersebut.
“Siapa papa?” aku sengaja
mempersoalkan perkara yang sudah ku tahu jawapannya.
“Tahniah Safwan!
Saya yakin kamu mampu mengurus syarikat kita.” kata-kata papa bagaikan
halilintar yang membelah bumi firasatku. Duniaku seakan kelam.
“Maafkan saya Dato’,
saya tak dapat nak terima amanah ini. Saya rasa anak Dato’ lebih sesuai
menggalas jawatan ini.” ujar Safwan dengan wajahnya ditundukkan ke bumi.
Papa terima
keputusan Safwan dengan hati terbuka setelah Safwan berjanji akan membantu
membimbing aku dalam segenap aspek tentang perniagaan. Sikapnya sebentar tadi
membuka sedikit pintu hatiku untuk menerimanya. Ya, kini aku seorang pengarah
atau CEO syarikat besar! Rasa riak dan takbur sememangnya semakin ampuh terbuku
di sukmaku. Pengalaman aku bekerja dengan Safwan membuka sedikit mataku betapa
kredibilitinya dalam bekerja tiada cacat cela dan tandingannya. Segala
perancangan dan pengurusan syarikat sempurna. Dia menegur setiap kesalahanku
sama ada soal syarikat atau soal akhirat dengan penuh hikmah dan berhemah. Dia
juga tidak jemu mengajakku solat berjemaah bersama.
“Aduh! Aku dah
lewat.” bisik hatiku. Safwan sememangnya sudah mengingatkanku berkali-kali
bahawa awal pagi ini akan ada mesyuarat mega bersama CEO syarikat lain. Aku
sepatutnya membuat pembentangan untuk mempromosikan syarikatku. Namun, apakan
daya. Jiwa remajaku masih kupenuhi dengan berparti bersama rakan-rakan lewat
malam tadi. Menjadi CEO tidak cukup untuk mengubah gaya hidupku. Aku kini bagai
‘sudah terhantuk baru terngadah’ mengenangkan bakal kehilangan pelabur-pelabur
syarikatku.
“Alhamdulillah,
kali ini syarikat kita berjaya mendapatkan lebih ramai pelabur asing dan
tempatan. Mereka sangat berminat dengan projek perumahan yang kita rencanakan.”
“Siapa yang
bentang?” aku masih bingung kerana baru sahaja sampai di pejabat. Oh.
Rupa-rupanya Safwan yang menyelamatkan nama baik syarikatku. Aku terhutang budi
padanya. Jika tidak, pasti syarikatku mengalami kerugian yang besar dan papa pasti
marah serta hilang kepercayaan padaku.
Saat mentari mula
membakar bumi dengan habanya yang panas terik, kali pertama hati aku yang panas
dengan dosa menerima pelawaan Safwan pergi ke masjid untuk solat berjemaah.
Sebaik mendengar muazzin melaungkan kalam Allah, tidak semena-mena aku menangis
teresak-esak, air mata mula jatuh berlinangan berjujuran di pipi.
“Kenapa menangis?”
soal Safwan kepadaku. Tanpa ada rasa malu, aku menceritakan segala sejarah
pahit hidupku yang penuh racun berduri. Namun, Safwan tak pernah merasa jijik
dan menghinaku. Malah, dia menasihatiku dengan menceritakan sifat pengampun
Allah dan kisah-kisah para sahabat yang taubatnya diterima. Dia berikan sinar
harapan kepada pepohon hatiku yang telah layu. Dia juga mengajarku cara bersolat
kerana sudah lebih 20 tahun aku tidak sujud kepada Allah. Perasaan benci
terhadapnya berdikit-dikit berubah menjadi hormat, kagum dan sayang.
“Maafkan saya.
Saya tak setuju. Lebih baik batalkan perjanjian amanah saham dengan syarikat ini.” Entah mengapa, kata-kata
Safwan membuatkan aku rasa tercabar dengannya. Aku rasa dia telah merampas
kedudukanku selaku CEO syarikat. Dia tak berhak menghalang keputusanku. Aku
CEO!
“Kenapa pula? Rugi
kalau kita tak rebut peluang ini. Untungnya berjuta-juta.” tuturku dengan muka
yang angkuh seolah-olah lebih mahir dalam selok-belok perniagaan.
“Cuba baca proposal syarikat ini. Dia cuba buka
pusat perjudian terbesar di negara kita. Untung saham dunia, rugi saham
akhirat. Ikut pengalaman saya, Unit Trust lebih banyak merugikan daripada
menguntungkan.” Ternyata kedegilanku
melebihi kewarasan akalku. Leteran agama yang diberikan tidak kuendahkan. Malang
tidak berbau. Syarikatku mengalami kerugian terbesar dalam sejarah operasinya.
Aku malu kerana tamak, malah bongkak dengan teguran Safwan.
Pengalaman mendewasakan
kita, kini baru kusedar memang adat dalam perniagaan. Ada untung rugi. Bezanya
terletak pada jumlahnya. Menurut Safwan, cara unit trust dilaburkan ialah wang
daripada pelabur unit trust akan di kumpul di dalam satu dana dan dana tersebut
akan digunakan untuk membeli saham-saham yang berprestasi tinggi mengikut jenis
dana yang dibeli oleh pelabur. Dana unit trust pula terbahagi kepada tiga
iaitu berisiko rendah, sederhana
dan tinggi. Bagi dana berisiko tinggi, potensi keuntungan dan
kerugian juga adalah tinggi.
“Apa yang harus
kita lakukan Safwan?”
“Jangan khuatir,
anggap ini ujian Allah. Saya janji akan bantu bangunkan syarikat kita semula.”
Aku menangis dan terus memeluknya. Dia tidak pernah marah dan pergi
meninggalkan aku sendirian. Aku beri kepercayaan yang sepenuhnya. Segala
operasi dan perjalanan perniagaan terletak di atas pundak safwan. Safwan
mengadakan satu mesyuarat tergempar mengumpulkan semua pekerja-pekerjaku.
“Dengar sini
semua, yakinlah kamu pada janji Allah. Rezeki semua terletak di tangan Allah.
Mulai esok, tepat jam 11 pagi kita akan solat sunat dhuha bersama-sama di
surau. Begitu juga dengan solat zohor dan asar. Semuanya kita tunaikan
berjemaah. Semua pekerja perlu pulang ke rumah tepat pukul 6 petang.
Luangkanlah masa bersama isteri dan anak-anak di rumah.” satu persatu mutiara
kata yang dilontarkan.
Safwan berjaya
mengubah gaya kerja pekerja syarikat. Semua pekerja lebih menepati masa dan
bekerja dengan lebih efisien. Mereka berasa lebih dihargai kerana syarikat
tidak pernah memaksa mereka untuk bekerja lebih masa dan bonus sering diberikan
jika mereka berjaya mencapai Key Performance Indicators (KPI) atau Petunjuk
Prestasi Utama yang ditetapkan. Syarikatku kembali bernafas semula setelah
sesak menghirup udara kerugian unit trust yang dilaburkan. Segala idea dan
perancangan Safwan memang tidak pernah kujangka. Dia menjual dan mencairkan
aset bukan semasa syarikat seperti perabot dan peralatan lebihan, kereta mewah
syarikat dan sebagainya. Hasil tunai yang diperoleh berjaya dimanfaatkan
sepenuhnya.
“Apa kata kita
jalankan lebih banyak tanggungjawab sosial dan kumpul saham akhirat.”
“Maksudnya?” aku
kurang jelas dengan apa yang cuba disampaikan Safwan.
“Lihat senarai
tanggungjawab sosial ini.” ujarnya kepadaku.
Aku semakin kagum
kepadanya. Waima bertungkus lumus meningkatkan prestasi syarikat, dia masih
punya waktu memikirkan masyarakat sekeliling. Antara yang syarikat telah
jalankan ialah memberikan sumbangan kepada badan kebajikan NGO seperti rumah
anak yatim dan orang tua, bantuan pendidikan kepada golongan kurang
berkemampuan dan pendidikan percuma dengan membuka sekolah tahfiz yang
berdaftar dengan kerajaan negeri.
Kini, sudah tiga
dekad berlalu, Safwan telah pulang menghadap Ilahi lima tahun yang lepas. Aku
meneruskan segala agenda yang telah dirancang. Aku kerap meluangkan sisa
hidupku bersama anak-anak harapan dan penyejuk mata di sekolah tahfiz. Dengan
cara itu, fikiranku menjadi lebih tenang. Jauh dari pergolakan dunia yang
meruwetkan. Pemergiannya sangat kurindui. Hanya doa yang mampu mengubati
rinduku kepadanya. Siapa sangka, orang yang paling aku benci di dunia ini
menjadi teman, sahabat bahkan guru yang paling aku sanjungi dan cintai.
Benarlah kata-kata ayahku dulu. Jangan menilai sesorang daripada luarannya.
‘Tak kenal maka tak cinta.’ Semoga
Allah memberkati dan melimpahkan rahmat ke atas Safwan. Tenanglah dikau di sana
wahai sahabat.
37 comments:
Berikut daripada cerpen di atas ,kita haruslah tidak bersikap buruk terhadap orang tanpa mengetahui diri mereka dengan sendiri . Terdapat banyak moral yang ada dalam cerpen tersebut.
Pada pendapat saya , cerpen diatas membantu saya untuk tidak menilai orang hanya dari pandangan tanpa mengenal seseorang itu dengan baik .
Pada pendapat Saya , cerpen ini sesuai untuk seseorang remaja yang sentiasa menolong orang lain walaupun kisah silam orang tersebut teruk Dan buruk.
Pada saya, cerpen ini sesuai untuk mereka yang masih tidak sedar diri dan memerlukan perubahan dalam hidup
Pada pendapat saya, cerpen ini mengajari Kita untuk tidak bersangka buruk terjadap orang lain sedangkan kita tidak tahu motif sebenar seseorang itu. Malahan, kita perlulah mencerminkan diri dahulu sebelum membanding diri kita dengan orang lain.
Pada pendapat saya , cerpen ini sangat menyentuh hati dan banyak pengajaran yang boleh kita amalkan dalam hidup kita . Bait bait kata dalam cerpen ini sangat menggambarkan tentang pergolakan hidup yang rumit seorang remaja yang leka dengan hal duniawi. Cerpen seperti ini perlu diperbanyakan kerana cerpen ini membuka mata atau memberi kesedaran dalam hidup seorang hamba yang kian alpa .
Nurqasdina Bt Mohd Fariz
Pada pendapat saya,cerpen ini banyak memberi pengajaran tentang kehidupan dan mengajar kita jangan pernah bersangka buruk terharap seseorang kerana kita tak pernah tahu sikap seseorang selagi kita belum mengenalinya.
Pada pendapat saya, cerpen ini sangat bagus kerana dapat memberikan pengajaran kepada masyarakat di luar sana.
Pada pendapat Saya, cerpen ini sesuai u ntuk Seorang remaja yang sentiasa membantu orang lain tanpa memandang kisah silam orang tersebut baik atau buruk.
Nama: Nur Humaira Batrisyia
Pada pendapat saya cerpen ini sangat sesuai di baca untuk golongan remaja kerana terdapat nilai-nilai yang patut kita contohi. Contohnya,Safwan yang baik hati kerana membantu watak aku dalam cerita ini ketika syarikat rugi.
Pada pendapat saya, cerpen ini dapat memberikan pengajaran terhadap diri supaya tidak angkuh dengan kemewahan hidup kerana ianya tidak kekal lama dan kita seharusnya taat serta patuh akan perintah Allah SWT.
nur adlyna
bagi pendapat saya... cerita ini ada banyak pengajaran yang kita dapat pengaruhi.. cerita ini juga menunjukkan kita supaya jangan mengata orang dari segi luaran.. jangan bersangka buruk dan macam
Pada pendapat saya , cerpen ini amat bagus dan banyak pengajaran. Cerpen ini juga sesuai untuk pemuda di luar sana yang gemar menilai orang daripada luaran. Cerpen ini juga mengajar kita supaya tidak terlalu mengejar dunia dan lebih kepada saham akhirat.
Cerpen ini mempunyai motivasi diri dan memberi iktibar kepada saya
Nur syazliana
Dalam cerpen ini . Saya dapat membuka mata dan hati iaitu jangan menilai seseorang sebelum mengenal dirinya . Kerana kita tidak tahu niatnya baik atau pun buruk.
Pada pendapat saya, cerpen ini mengajari kita supaya untuk tidak berburuk sangka atau menilai seseorang tanpa kita kenali mereka . Selain itu , kita perlulah melihat diri kita sebelum kita menilai seseorang .
cerpen ini amat sesuai kepada remaja pada zaman kini. ini kerara remaja kini membuang masa mereka dengan perkara yang tidak berfaedah. cikgu patut memperbanyakkan lagi cerpen sebegini.
Safwan seorang yang bependirian tetap apabila aku mula bergaduh dengan safwan disebabkan satu projek yang untungnya besar tpi safwan enggan menerima projek tersebut oleh kerana syarikat itu menggunakan sistem unit trust. Selain itu safwan juga seorang yang bertanggungjawab terhadap agamanya dan percaya bahawa rezeki itu akan datang apabila melakukan perintah Allah. Akhir sekali safwan seorang yang rendah diri dan sentiasa bertolak ansur dengan aku.
Cerpen ini memberitahu banyak pengajaran iaitu contohnya tidak bersangka buruk dari paras rupa individu tersebut dan cerpen ini mengingkatkan kita agar tidak lupa akan tanggungjawab kita pada Agama contohnya Safwan mengajak semua pekerja pekerja disyarikatnya utk solat berjemaah di surau
Pada pendapat saya, ciri ciri yang safwan punyai ialah tidak mementingkan keuntungan contohnya safwan tahu bahawa perniagaan perjudian boleh mendapatkan keuntungan tetapi dia lebih mementingkan keuntungan akhirat. Selain itu, seorang yang baik hati contohnya dia tidak marah kerana syarikat mengalami kerugian tetapi beliau memberikan nasihat sehingga pekerja lain dapat menguruskan masa dengan betul.
Strategi yang digunakan dalam cerpen ini ialah tanggungjawab sosial sebagai contoh,safwan mencadangkan untuk menjalankan tanggungjawab sosial dengan memberi sumbangan kepada badan NGO,sumbangan kepada rumah kebajikan dan anak yayim bagi meningkatkan prestasi syarikat.
Pada pendapat saya,ciri-ciri usahawan yang ada pada safwan ialah safwan tidak memikirkan dunia semata-semata dia juga membuat tanggungjawabnya sebagai hamba.Contohnya dia mengerjakan solat dhuha setiap hari pada pukul 11.Dia juga memberikan sumbangan kepada badan kebajikan NGO dan memberikan pendidikan percuma dengan membuka sekolah tahfiz
ciri2 usahawan yang ada pada safwan ialah seorang yang baik hati contoh nya dia membantu watak aku ketika syarikat nya dalam hampir mengalami kerugian , safwan telah mengubah gaya hidup
pekerja di syarikat tersebut selain itu juga safwan membantu mengajar agama pada watak aku
Berdasarkan cerpen yg sy pelajari, safwan punya strategi dlm perniagaan ialah cara unit trust dilaburkan ialah wang daripada pelabur unit trust akan di kumpul di dalam satu dana dan dana tersebut akan digunakan untuk membeli saham-saham yang berprestasi tinggi mengikut jenis dana yang dibeli oleh pelabur. Dana unit trust pula terbahagi kepada tiga iaitu berisiko rendah, sederhana dan tinggi. Bagi dana berisiko tinggi, potensi keuntungan dan kerugian juga adalah tinggi.
Bagi pendapat saya ciri-ciri yang ada pada safwan ni adalah beliau seorang yang merendah diri. Contohnya,safwan tolak kenaikan pangkatnya kepada aku kerana safwan berasa kurang layak dalam jawatan tersebut. Selain itu,Safwan juga seorang yang bertanggungjawab dalam agamanya. Contohnya, safwan rajin solat dhuha setiap hari pada pukul 11 ketika waktu pejabat.
Pada pendapat Saya, cerpen ini mengajar Kita supaya tidak menilai seseorang daripada luaran. Seterusnya Kita mestilah sentiasa bersangka baik kepada seseorang yang baru Kita kenali.
IZZAT IRFAN. Sifat-sifat usahawan yang ada pada diri safwan ialah, ikhlas dalam melakukan pekerjaan dan amal, komited, berakhlak tinggi dan setia kepada ketua.
Pada pendapat saya, sifat-sifat usahawan yang ada pada Safwan adalah seorang yang bertanggungjawab dalam melakukan setiap tugasannya. Sebagai contoh, beliau tidak pernah mengeluh dalam melakukan setiap kerjanya tanpa meminta dinaikkan gaji ataupun cuti. Selain itu, beliau seorang yang berpegang teguh terhadap agamanya, contoh beliau selalu melakukan solat dhuha dan tidak pernah melewat-lewatkan solat fardhunya. Akhir sekali, Safwan seorang yang baik hati seperti beliau selalu menolong orang walaupun tidak diminta pertolongannya.
(Fatihah Shahrin)
Sifat-sifat usahawan yang terdapat pada Safwan ialah beliau seorang yang tidak berputus asa seperti syarikat "aku" itu sudah bankrap tetapi tetap ada usaha untuk bangunkan semula. Selain itu, taat kepada ketua seperti tidak melawan cakap "aku" itu walaupun perbuatannya salah disisi Allah dan akhir sekali, jatuh atau bangun sentiasa ingat kepada-Nya seperti ketika syarikat "aku" ini bankrap, Safwan ini terus mengajak pekerja yang lain untuk solat secara berjemaah. -NURFARAH KARMILA (2DVM EK2 A)
Abdul Ahad
pada pendapat saya sifat-sifat usahawan yang ada pada safwan yang pertama ialah amanah, safwan sangat amanah terhadap kerjanyaa contohnya safwan melakukan sahaja kerja yang diberikan oleh boss sehingga boss safwan memberikan kepercayaan yang penuh terhadap safwan. yang kedua ialah tidak mudah berputus asa, contohnya ketika syarikat nya mengalami kerugian yang besar dia tidak berputus asa dan ingin menaik kan balik kejayaan syarikat sehinggalah syarikat nya kembali stabil.
Muhammad Fawzan bin Mohd Hanafiah
4ek2
A)sifat-sifat usahawan yang ada ada pada safwan ialah bertanggungjawab. Contohnya,safwan bertanggungjawab untuk mengubah aku menjadi seorang yang lebih baik dan beragama tinggi. Selain itu, safwan juga mempunyai sifat tolong-menolong. Contohnya,safwan sanggup menolong syarikat aku walaupun syarikat aku dalam keadaan susah atau senang. Akhir sekali, safwan mempunyai sifat keperibadian yang tinggi. Contohnya,safwan menunjukkan contoh-contoh menjadi pekerja yang cemerlang dengan selalu jaga solat,rajin,menepati masa,bertanggunngjawab dalam pekerjaan, dan tidak putus asa walaupun banyak dugaan yang datang.
Langkah yang diambil oleh Safwan bagi menyelamatkan semula kedudukan kewangan syarikat adalah dengan menjual dan mencairkan aset bukan semasa syarikat untuk meraih keuntungan semula dan Safwan juga menyerahkan hal-hal yang lain kepada Allah SWT seperti dia mengajak pekerja-pekerja lain menunaikan solat dhuha, zohor dan asar secara berjemaah dan dia menyuruh pekerja-pekerjanya pulang tepat pukul 6 supaya meluangkan masa dengan keluarga. Dengan cara ini mereka akan lebih taat dengan Allah SWT dan, rezeki itu semua datangnya dari Allah SWT.
Langkah yang diambil oleh Safwan bagi menyelamatkan semula kedudukan kewangan syarikat adalah dengan menjual dan mencairkan aset bukan semasa syarikat untuk meraih keuntungan semula dan Safwan juga menyerahkan hal-hal yang lain kepada Allah SWT seperti dia mengajak pekerja-pekerja lain menunaikan solat dhuha, zohor dan asar secara berjemaah dan dia menyuruh pekerja-pekerjanya pulang tepat pukul 6 supaya meluangkan masa dengan keluarga. Dengan cara ini mereka akan lebih taat dengan Allah SWT dan, rezeki itu semua datangnya dari Allah SWT. - Nur Fathirah
MOHAMMAD AZRAAI ZAQWAN BIN MOHD HAFIZ
2DVM EK2(A)
1.BERTANGGUNGJAWAB= Safuan menjalankan tanggungjawabnya sebagai setiausaha syarikat tersebut
2.Baik hati =kerana menolong anak ceo syarikatnya dalam menguruskan syarikat tersebut
3.BUKAN PENDENDEM=walaupun anak ceo syarikat itu tidak selesa dengan safwan tapi safwan tetap bagi layanan baik kepada anak ceo syarikatnya itu
4.TOLONG MENOLONG= safwan menolong anak ceo syarikat tersebut membanggunkan syarikatnya semula daripada kerugian besar.
MOHAMMAD AZRAAI ZAQWAN BIN MOHD HAFIZ
2DVM EK2(A)
1.BERTANGGUNGJAWAB= Safuan menjalankan tanggungjawabnya sebagai setiausaha syarikat tersebut
2.Baik hati =kerana menolong anak ceo syarikatnya dalam menguruskan syarikat tersebut
3.BUKAN PENDENDEM=walaupun anak ceo syarikat itu tidak selesa dengan safwan tapi safwan tetap bagi layanan baik kepada anak ceo syarikatnya itu
4.TOLONG MENOLONG= safwan menolong anak ceo syarikat tersebut membanggunkan syarikatnya semula daripada kerugian besar.
Antara sifat usahawan safwan ialah seorang yang tidak berputus asa. Contohnya,safwan berusaha menolong CEO syarikat tersebut membangunkan kembali syarikat yang sedang mengalami kerugian yang besar.
Selain itu, safwan seorang yang memikirkan tanggungjawab sosial. Contohnya,walaupun syarikat tersebut sedang mengalami kerugian yang besar beliau masih lagi menyumbang sedikit keuntungan kepada pelajar tahfiz.
Post a Comment