PENA BAHASA

KEMBARA MUSAFIR
 

Monday, April 6, 2020

Latihan 2 KSP Menulis Isi-Isi Karangan (Teknik Tohuconpepe)

19 comments


Selasa (7/4/2020)





Dengan menggunakan teknik TOHUCONPEPEsila tulis 2 isi karangan bagi soalan berikut di ruangan komen.

'Wabak penyakit seperti Covid 19 merupakan satu kemelut yang sangat berbahaya. Bincangkan langkah-langkah yang boleh dijalankan bagi menangani masalah tersebut.

1. Kerajaan menjalankan perintah kawalan pergerakan secara menyeluruh
2. Setiap penduduk yang disyaki terkena jangkitan disaring dan diberi rawatan segera.
3. Masyarakat memakai topeng muka dan menjaga jarak daripada orang sekeliling
4. Rakyat yang baru pulang dari luar negara dikuarantin.

#Apa-apa soalan boleh whatsapp cikgu ya...

19 comments:

Nur Zhahereen Bt Mohammad Zamri said...

Antara langkah-langkah yang boleh dijalankan bagi menangani masalah ini adalah kerajaan menjalankan perintah kawalan pergerakan secara menyeluruh . Ini bagi memastikan wabak penyakit ini tidak tersebar dengan banyak . Contohnya, semua rakyat perlu duduk di rumah dan mengisi masa lapang dengan keluarga. Tegaslah bahawa perintah kawalan pergerakan ini juga salah satu langkah untuk menangani masalah ini.
Selain itu, rakyat yang baru pulang dari luar negara dikuarantin. Hal ini kerana , rakyat ini dapat dikesan jika mereka membawa penyakit ataupun tidak . Contohnya, rakyat yang baru sahaja sampai di Malaysia, perlu ke hospital berdekatan untuk memastikan mereka tiada membawa penyakit Covid-19 dan dapat dicegah sebelum ia merebak. Masyarakat perlulah bekerjasama dengan pihak kerajaan supaya masalah ini dapat ditangani dengan segera. Bak kata pepatah bagai aur dengan tebing. Tegaslah bahawa dengan langkah ini dapat menangani masalah wabak penyakit Covid-19.

NUR HUMAIRA BATRISYIA BINTI MUHAMMAD ZAIDIE said...

Nama: Nur Humaira Batrisyia Binti Muhammad Zaidie
2 isi karangan:
Antara langkah yang boleh dijalankan bagi menangani masalah Covid-19 ini ialah kerajaan menjalankan perintah kawalan pergerakan secara menyeluruh. Hal ini bagi memustuskan rangkaian wabak penyakit Covid-19 supaya kita tidak dijangkiti dan kita tidak menyebarkan wabak tersebut kepada orang lain seandainya kita merasakan kita mempunyai simtom-simtom jangkitan virus tersebut. Contohnya, masyakarat haruslah duduk di rumah dan tidak keluar rumah selain mempunyai urusan yang penting. Kita seharusnya tidak seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing yang bermaksud mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan orang lain. Tegaslah bahawa di sini bahawa kerajaan menjalankan perintah kawalan pergerakan secara menyeluruh juga langkah untuk menangani wabak penyakit Covid-19.
Selain itu,setiap penduduk yang disyaki terkene jangkitan disaring dan diberi rawatan segera. Hal ini bagi memastikan wabak penyakit ini tidak semakin serius. Jika penduduk merasakan simtom-simtom seperti batuk,demam dan sakit tekak mereka haruslah pergi ke hospital secepat mungkin. Seperti pepatah menyatakan mencegah lebih baik daripada mengubati. Contohnya, jika penduduk merasakan tidak sihat,mereka haruslah pergi ke hospital dengan segera dan jika meraka disahkan positif Covid-19 mereka akan diberi rawatan dengan segera. Tegaslah bahawa disini setiap penduduk yang disyaki terkene jangkitan disaring dan diberi rawatan segera.

Nurqasdina Bt Mohd Fariz said...

Antara langkah -langkah yang boleh membendung wabak penyakit Covid 19 ini ialah pihak kerajaan perlu menjalankan perintah kawalan pergerakan secara menyeluruh. Hal ini kerana, pihak kerajaaan tidak mahu wabak penyakit ini berleluasa sehingga menyebabkan kematian. Sebagai contoh, rakyat Malaysia perlu duduk di rumah dan meluangkan masa dengan aktiviti yang berfaedah. Bak kata pepatah sediakan payung sebelum hujan. Oleh itu, tegaslah di sini bahawa perintah kawalan pergerakan juga merupakan salah satu inisiatif untuk menangani wabak penyakit ini.

Selain daripada itu, setiap penduduk yang disyaki terkena jangkitan disaring dan diberi rawatan segera. Hal ini disebabkan supaya wabak penyakit ini tidak tersebar luas kepada ahli keluarga yang lain. Contohnya, apabila seseorang individu disyaki positif Covid 19 ianya akan diberikan rawatan saringan secepat mungkin. Bak kata pepatah, mencegah lebih baik daripada mengubati. Tegaslah bahawa di sini penduduk yang disyaki terkena jangkitan disaring dan diberi rawatan segera supaya tidak berlaku hal yang serius kepada pesakit itu.

Puteri shafikah said...

-Puteri nor shafikah

Antara langkah-langkah yang boleh membendung wabak penyakit covid-19 ini ialah kerajaan perlu menjalankan perintah kawalan pergerakan secara menyeluruh. Hal ini kerana, ingin menyekat virus itu daripada merebak ke orang lain sekaligus memutuskan rantaian covid-19. Sebagai contoh, kita haruslah duduk di rumah dan tidak keluar kemana-mana.Bak kata pepatah sediakan payung sebelum hujan. Hal ini juga kita dapat mengeratkan lagi hubungan sesama keluarga. Oleh itu, tegaslah bahawa perintah kawalan pergerakan ini sangat penting bagi mengatasi masalah tersebut.

Selain itu, rakyat yang baru pulang dari luar negara haruslah dikuarantin selama 14 hari,ini bagi memastikan diri mereka tidak mempunyai simptom penyakit Covid-19 tersebut. Contohnya, dengan mengasingkan diri secara sukarela di rumah sebaik sahaja baru balik dari luar negara. Bak kata pepatah mencegah lebih baik daripada mengubati. Oleh hal yang demikian, rakyat malaysia haruslah memberi kerjasama dengan kerajaan dalam membendung wabak ini. Oleh itu, tegaslah bahawa dengan cara ini kita dapat menangani masalah wabak Covid-19.

Aliahwahida said...

Nur Aliah Wahida binti Abdul Razak
Antara langkah yang boleh dihalankan. Bagu menangani masalah covid-19 ini ialah kerajaan menjalankan peribtah kawalan pergerakan secara menyeluruh.Hal ini kerana agar wabak penyakit covid-19 tidak merebak kepada individual yang tidak terjebak dengan penyakit tersebut. Contohnya, masyarakat perlulah bekerjasama mengikut peraturan yang diarahkan oleh pihak berkuasa seperti DUDUK do rumah Serta tidak keluar dari daripada negera agar penyakit ini tidak merebak dengan lebih serious. Bak kata pepatah berat Sama dipikul,ringan Sama dijinjit agar wabak ini dapat dicegah daripada terus merebak ke seluruh tempat. Benarlah dengan menjalankan peribtah kawalan pergerakan secara menyekuruh dapat dijadikan sebagai langkah untuk menangani masalah ini.Selain itu, setiap penduduk yang disyaki terkena jangkitan disaring Dan diberikan diberi rawatan segera juga boleh dijadikan langkah untuk menangani masalah covid-19 . Hal ini, untuk Memastikan wabak ini tidak merebak do seluruh tempat Dan pihak berkuasa dapat mencegah dengan Memastikan individual yang disyaki terkena wabak covid-19 perlu dibawa ke hospital Serta mendapatkan rawatan secepat mungkin. Penduduk juga perlu membantu pihak berkuasa dengan melaporkan diri jika mendapat simtom-simtom terkena jangkitan covid-19 ini. Bak kata pepatah mencegah lebih baik daripada mengubati .Tegaslah bahawa semua pihak perlu menjalankan tanggungjawab agar wabak ini dapat dicegah daripada terus merebak.

Nur Zhahereen Bt Mohammad Zamri said...

- NUR ALYA SABRINA BINTI ROSLAN

Wabak penyakit seperti Covid-19 merupakan satu kemulut yang sangat berbahaya. Terdapat beberapa langkah yang boleh dijalankan bagi menangani masalah tersebut. Antaranya ialah kerajaan menjalankan perintah kawalan secara menyeluruh. Lantaran itu, pada waktu ini kita perlukan semua pihak memainkan peranan mereka dengan penuh bertanggungjawab. Contohnya, sekatan menyeluruh semua perjalanan rakyat Malaysia ke luar negara serta sekatan kemasukan semua pelancong dan pelawat asing ke dalam negara. Kerajaan tidak gentar menjalankan tugas untuk negara seperti tunggang hilang berani mati demi keselamatan dan kesihatan rakyat. Tegaslah bahawa perintah kawalan pergerakan ini mempunyai kebaikan untuk melindungi diri kita dari sebarang jangkitan yang semakin menular.

Selain itu, masyarakat memakai topeng muka dan menjaga jarak daripada orang sekeliling. Rentetan itu, masyarakat menjadi lebih peka dan dapat mengajar mereka tentang kepentingan menjaga kebersihan dan kesihatan diri. Misalnya, kurangkan bersalaman dan elakkan daripada menghadiri sebarang bentuk perhimpunan yang boleh mendedahkan diri kepada jangkitan virus ini. Justeru itu, jangan menggunakan topeng muka yang sama berulang-ulang kali, sebaiknya keraplah menukar topeng muka dari masa ke semasa. Oleh itu, sediakan payung sebelum hujan sebelum sesuatu kejadian buruk menimpa diri kita. Jelaslah bahawa dengan mengekalkan langkah ini dapat menghindarkan diri kita daripada dijangkiti virus Covid-19.

Nurul Husna said...

Nama : Nurul Husna

Langkah-langkah yang boleh dijalankan bagi mengatasi masalah COVID 19 atau Coronavirus ini ialah kerajaan perlu menjalankan perintah kawalan pergerakan secara menyeluruh. Tindakan ini dilakukan supaya dapat mengurangkan dan mengelakkan Covid 19 ini daripada merebak lebih banyak dan cepat. Contohnya, rakyat Malaysia hanya di benarkan untuk keluar rumah atas urusan yang penting sahaja dan hanya ketua keluarga atau seorang sahaja yang boleh keluar bagi satu keluarga atau sebuah rumah. Hal ini kerana, dengan perintah kawalan pergerakan secara menyeluruh, pihak kerajaan dapat mengurangkan penyebaran Covid 19 ini dengan lebih teruk dan dapat mengelakkan rakyat Malaysia daripada dijangkiti Covid 19. Tegaslah bahawa pihak kerajaan menjalankan perintah kawalan pergerakan secara menyeluruh supaya dapat menangani Covid-19 dan melindungi rakyat Malaysia.

Selain itu, setiap penduduk yang disyaki terkena jangkitan disaring dan diberi rawatan segera. Hal ini kerana bagi memastikan Covid 19 daripada tersebar ke tempat lain. Contohnya, jika penduduk mempunyai simptom Covid 19, mereka dinasihatikan untuk ke hospital yang ada menjalani pemeriksaan penyakit ini. Bak kata pepatah Sediakan payung sebelum hujan. Tegaslah bahawa di sini, penduduk yang disyaki terkena jangkitan disaring dan diberi rawatan segera supaya tidak berlaku penyebaran Covid 19 dan dan merawat diri mereka sebelum perkara serious akan berlaku kepada penduduk itu.

Nur Munirah said...

Antara langkah yang boleh dilakukan bagi menangani masalah ini ialah pihak kerajaan menjalankan perintah kawalan pergerakan secara menyeluruh. Hal ini bertujuan bagi menghadkan pergerakan masyarakat yang boleh meningkatkan penularan wabak sekaligus memutuskan rantaian covid 19. Sebagai contoh, kerajaan telah menetapkan hanya seorang wakil atau ketua keluarga sahaja yang dibenarkan keluar atas urusan penting seperti membeli barangan keperluan harian. Hal ini kerana bagi mengurangkan risiko jangkitan covid apabila berada di kawasan yang menjadi tumpuan ramai seperti pasaraya. Seperti yang sedia maklum, risiko jangkitan covid di tempat yang menjadi tumpuan ramai adalah amat tinggi kerana virus tersebut mudah tersebar dan bagi individu yang tidak mengamalkan langkah keselamatan diri iaitu tidak memakai topeng muka mudah dijangkiti. Oleh itu, sebagai rakyat Malaysia, kita haruslah memberi kerjasama yang baik dalam mematuhi setiap arahan yang disampaikan oleh pihak kerajaan iaitu perintah kawalan pergerakan yang telah dikuatkuasakan bagi membendung penularan penyakit covid 19 ini. Bak kata pepatah berat sama dipikul, ringan sama dinjinjing.

Selain itu, langkah yang boleh dilakukan bagi menangani masalah ini ialah masyarakat perlu memakai topeng muka dan menjaga jarak daripada orang sekeliling. Hal ini kerana, penyebaran virus boleh berlaku dengan sekelip mata. Virus ini boleh tersebar melalui titisan cecair atau ‘droplet’ yang terhasil daripada percikan air liur ketika batuk mahupun bercakap. Sebagai contoh, sekiranya terdapat individu yang disyaki positif covid dan dalam keadaan tidak sengaja mengeluarkan percikan air liurnya, maka, secara tidak langsung individu yang berhampiran dengannya mudah dijangkiti penyakit tersebut dan terutama sekali kepada individu yang tidak memakai topeng muka. Tegaslah disini bahawa, pemakaian topeng muka dan pengawalan jarak sosial antara individu amatlah penting bagi mengelakkan risiko penularan virus ini berlaku dengan lebih meluas. Oleh itu, kita haruslah mencegah penyakit ini dengan menitikberatkan setiap langkah keselamatan diri yang perlu diambil perhatian sebelum dijangkiti. Bak kata pepatah, mencegah lebih baik daripada mengubati.

SYAKIRAH said...

Siti Nursyakirah binti Shahrim
Terdapat beberapa langkah untuk menangani masalah wabak penyakit COVID-19 ini. Salah satunya ialah kerajaan menjalankan perintah kawalan pergerakan secara menyeluruh. Hal ini, untuk menegelakkan daripada orang ramai berkumpul. Contohnya, apabila perintah kawalan pergerakan dijalankan, individu mestilah tidak keluar rumah kecuali tuan rumah sahaja untuk membeli barang-barang keperluan bagi mengelakkan daripada dijangkiti COVID-19 dan mengelakkan daripada berjangkit kepada ahli keluarga atau individu lain. Tegaslah bahawa masyarakat mestilah berkerjasama antara satu sama lain supaya dapat mengurangkan wabak penyakit ini.

Selain itu, setiap penduduk yang disyaki terkena jangkitan disaring dan diberi rawatan segera juga salah satu langkah menangani masalah wabak penyakit COVID-19. Hal ini kerana mengelakkan daripada terkena jangkitan kepada ahli keluarga. Sebagai contoh,setiap pasar raya mengadakan pemeriksaan kesihatan sebelum masuk dalam pasar raya bagi mengurangkan wabak penyakit ini dan pemeriksa hendaklah bertindak segera apabila individu mempunyai penyakit yang berbahaya ini. Bak kata pepatah mencegah lebih baik daripada mengubati. Oleh itu, rakyat haruslah memberi kerjasama kepada pihak kerajaan supaya wabak ini dapat ditangani dengan segera.

Nurul Husna said...

Antara langkah yang boleh dijalankan bagi menangani masalah wabak dari penyakit covid-19 ialah kerajaan menjalankan perintah kawalan pergerakan secara menyeluruh. Hal ini kerana, dapat mengelakkan rakyat dari terjangkiti wabak tersebut. Contohnya, kerajaan perlulah mengetatkan lagi peraturan kawalan pergerakan kepada semua rakyat untuk mengelakkan kes jangkitan bertambah. Bak kata pepatah “ sediakan payung sebelum hujan”. Tegaslah bahawa kerajaan perlulah menjalankan perintah kawalan pergerakan secara menyeluruh.

Selain itu, langkah yang boleh dijalankan bagi menangani masalah ini ialah rakyat yang baru pulang dari luar negara di kuarantinkan. Hal ini kerana, mereka mempunyai potensi lebih besar untuk dijangkiti. Contohnya, rakyat Malaysia yang baru sahaja pulang dari luar negara akan dikuarantinkan di hospital untuk membuat pemeriksaan awal. Bak kata pepatah, “ mencegah lebih baik daripada mengubati”. Tegaslah bahawa rakyat yang baru pulang dari luar negara perlu dikuarantinkan untuk membuat pemeriksaan.
Balqis-

Unknown said...

Antara langkah-langkah yang boleh dijalankan bagi menangani masalah ini adalah kerajaan menjalankan perintah kawalan pergerakan secara menyeluruh. Hal ini kerana, pihak kerajaan ingin memastikan agar masyarakat tidak dijangkiti dan dapat mengurangkan risiko penularan virus tersebut. Contohnya, masyarakat haruslah memberi kerjasama dan mematuhi peraturan serta arahan yang telah di keluarkan oleh pihak berkuasa dengan cara duduk di rumah dan tidak mengadakan sebarang majlis dan mengelakkan diri berkumpul di tempat yang sesak. Bak kata pepatah bagai aur dengan tebing. Oleh itu, tegaslah bahawa tujuan perintah kawalan pergerakan dilakukan agar virus ini dapat dihapuskan.
Selain itu, setiap penduduk yang disyaki terkena jangkitan disaring dan diberi rawatan segera. Hal ini kerana, mereka yang baru pulang dari luar negara di khuatiri di jangkiti tidak menyebabkan virus tersebut terus tersebar. Contohnya, mereka yang baru pulang dari luar negara diminta untuk mengkhuarantinkan diri mereka di rumah selama 14 hari bagi memastikan jika mereka mempunyai simptom-simptom virus covid-19. Mereka juga tidak dibenarkan keluar rumah atau menjemput kenalan terdekat datang ke rumah. Bak kata pepatah seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing masing kerana kerana masyarakat seharusnya tidak mementingkan diri dan bertanggungjawab untuk mematuhi arahan oleh pihak berkuasa. Tegaslah bahawa langkah ini dapat mengurangkan penyebaran virus berkenaan.
- AMIRAH SYAFIYAH

Unknown said...

Antara langkah yang boleh diambil untuk menangani masalah wabak covid 19. Salah satunya adalah pihak kerajaan menjalankan perintah kawalan pergerakan menyeluruh, dengan cara ini penyebaran wabak ini dapat ditanggani secara perlahan. Sebagai contoh , hanya ketua keluarga sahaja yang dibenarkan untuk keluar membeli barangan keperluan. Selain itu , mempunyai alasan yang munasabah untuk keluar ke suatu tempat. Tegaslah bahawa langkah ini dapat membantu pihak kerajaan menangani masalah wabak ini.

Seterusnya, langkah yang boleh diambil oleh pihak kerajaan adalah rakyat yang baru sahaja pulang dari luar negara perlu dikuarintinkan, ini kerana mereka berpotensi untuk dijangkiti dan menyebarkan virus tersebut. Sebagai contoh , pihak kerajaan boleh menyediakan tempat untuk mereka dikuarintin. Pepatah ada mengatakan bahawa sediakan payung sebelum hujan. Tegaslah bahawa mereka yang baru pulang dari luar negara perlu dikuarintin dan membuat pemeriksaan sebelum pulang ke rumah
Liyanaaaa !

Hanis Suhaimii said...

NUR SYAZLIANA

Antara langkah menangani wabak di negara kita ialah mematuhi segala arahan yang dikeluarkan oleh pihak atasan. Pihak kerajaan telah menjalankan perintah kwalan pergerakan secara menyeluruh di satu negara . Maksud kawalan pergerakan ialah semua rakyat perlu duduk dirumah , keluar jika ada urusan penting sahaja baru boleh keluar dari rumah. Tidak kira dikawasan bandar mahupun kampung. Dengan arahan perintah kawalan pergerakan ini kita dapat mengurangkan penularan wabak Covid-19 ini. Pihak berkuasa juga dapat menjalankan tugas tanpa ada gangguan. Ini memudahkan lagi kerja untuk membasmi kuman di semua tempat . Contohnya di bank, muzium dan sebagainya. Bak kata perpatah berat sama dipikul ringan sama dijinjing. Rakyat memberi kerjasama dengan pihak kerajaan untuk menangani wabak Covid-19 terus menular . Oleh yang demikian . Benarlah bahawa perintah kawalan pergerakan ini adalah salah satu cara untuk negara kita tanangi masalah wabak ini.

Seterusnya, untuk mengetahui diri kita dijangkiti wabak Covid-19 ini terdapat beberapa simtem iaitu suhu melebihi 39 darjah calcius, batuk dan sesak nafas. Jika seseorang terdapat simtem tersebut orang itu perlu membuat saringan di hospital. Setiap orang yang disyaki terkena jangkitan akan disaring dan diberi rawatan segera. Wabak ini boleh mengambil nyawa orang jika tidak dicengah lebih awal . Bertapa bahayanya wabak Covid-19 ini. Wabak ini mudah dijangkiti kepada doktar yang merawat pesakit Covid-19 jika si perawat itu tidak memakai pakaian yang sesuai dan terbuka ketika merawat pesakit. Oleh sebab itu lah jururawat dan doktor memakai pakaian plastik yang tebal yang berlapis lapis ketika merawat. Bak kata pepatah mencegah lebih baik dari mengubati. Oleh hal yang demikian , benarlah bahawa seseorang yang disyaki terkena jangkitan perlu membuat saringan dan mendapatkan rawatan bagi mengurangkan penularan kepada orang lain.

Unknown said...

Nurin Syukriah binti Mohd Efendi

Antara langkah-langkah yang boleh dijalankan bagi menangani wabak penyakit covid-19 ini adalah kerajaan menjalankan perintah kawalan pegerakan secara menyeluruh. Hal ini kerana kerajaan tidak mahu wabak penyakit ini terus berjangkit sesama rakyat. Contohnya kerajaan hanya membenarkan seorang wakil dari setiap keluarga sahaja yang keluar untuk membeli barangan keperluan memandangkan risiko untuk berjangkit adalah tinggi apabila berada di kawasan yang menjadi tumpuan orang ramai seperti pasaraya. Ahli keluarga yang lain perlulah sentiasa berada di rumah dan gunalah masa yang terluang ini dengan meluangkan masa bersama keluarga. Bak kata pepatah sediakan payung sebelum hujan. Jelaslah disini bahawa perintah kawalan pergerakan adalah salah satu inisiatif untuk menangani wabak penyakit yang serius ini.

Selain itu, setiap penduduk yang disyaki terkena jangkitan disaring dan diberi rawatan segera. Hal ini kerana bagi memastikan wabak penyakit ini untuk tidak terus tersebar kepada ahli keluarga. Sebagai contoh, kepada mereka yang mempunyai simptom simptom penyakit ini perlulah segera pergi ke hospital dan membuat ujian saringan untuk memeriksa jika mereka terkena penyakit ini. Jika seseorang individu disyaki positif Covid-19 mereka akan diberikan rawatan yang rapi. Oleh itu semua rakyat perlulah mematuhi arahan kerajaan bagi memastikan wabak penyakit ini menjadi reda. Bak kata pepatah, mencegah lebih baik dari mengubati.

Hanis Suhaimii said...

YASMIN HANIS SUHAIMI

Antara langkah untuk menangani penularan penyakit berjangkit adalah dengan memastikan penjagaan kesihatan yang teratur dalam kalangan masyarakat Malaysia. Penjagaan kesihatan merupakan satu amalan yang berterusan. Sebagai contohnya, setiap anggota masyarakat hendaklah menjaga kebersihan diri sepanjang masa. Kebersihan diri ialah asas yang akan mengelakkan tubuh dihinggapi penyakit. Penjagaan kesihatan juga melibatkan aktiviti senaman dan riadah yang sistematik. Masyarakat Malaysia hari ini terdedah pada pelbagai risiko penyakit jika tidakan yang teratur merupakan satu cara yang berkesan untuk mengawal penularan penyakit berjangkit dengan cara menjaga kesihatan. Tambahan pula sejak akhir-akhir ini pelbagai jenis penyakit dikesan wujud di negara kita. Contohnya penyakit berjangkit yang dikenali sebagai Covid-19 yang bermula di luar negara telah menjangkiti penduduk negara ini. Oleh hal yang demikian , rakyat Malaysia perlulah menjaga kebersihan diri agar dapat mengelakkan penularan penyakit itu berterusan bak kata pepatah mencegah itu lebih baik daripada mengubati.

 Selain itu, pihak berkuasa
mesti mengetatkan syarat kemasukan pelancong dari luar negara. Pihak jabatan imigresen dan juga jabatan kastam perlu menguatkuasakan kawalan yang ketat terhadap orang yang masuk ke negara ini. Jabatan kastam umpamanya, mestilah memastikan haiwan-haiwan yang dibawa masuk ke negara ini bebas daripada jangkitan sebarang penyakit berbahaya. Tidak kira sama ada haiwan tersebut diimport untuk dijadikan makanan atau haiwan peliharaan. Jika haiwan tersebut dijangkiti, pihak jabatan kastam hendaklah menyita dan memastikan haiwan tersebut tidak dibawa masuk. Dalam hal ini tumpuan khusus hendaklah diberikan pada pelancong dan haiwan dari negara-negara yang diketahui telah dijangkiti penyakit berjangkit berkenaan. Jangan sampai sudah terhantuk baru terngadah.

Nur Khatirah Najwa said...

NAMA : NUR KHATIRAH NAJWA BT KAHIRUDDIN

Antara langkah untuk menangani penyakit berjangkit adalah dengan memastikan tiada pelancong daripada luar negara memasuki Malaysia.Dalam hal ini, pihak kerajaan harusla bertanggungjawab dalam menguatkuasakan undang undang supaya perkara ini diambil serius.Haiwan yang di import dari luar negara juga haruslah dihentikan pengambilannya untuk sementara waktu.Ini dapat membantu kerajaan untuk memeastikan tiada virus yang dibawa dari luar negara ke negara ini.
Selain itu, setiap individu dan masyarakat di negara ini haruslah memastikan kebersihan diri masing maaing dijaga.Kebersihan diri amtlah penting dalam jangka masa yang masih krisis tentang penyakit yang berbahaya ini. Setiap individu digalakkan untuk membasuh tangan setiap 10 minit supaya dapat mengelakkan bakteria dan virus untul kekal di tangan.Wabak ini semestinya boleh dikurangkan jika setiap individu mengambil peranan dalam hal ini.

Afiqah said...

Antara langkah yang boleh dilakukan untuk menangani wabak penyakit berjangkit ini ialah pihak kerajaan telah melakukan perintah kawalan pegerakan secara menyeluruh di sesebuah negara. Perkara ini supaya dapat mengurangkan jangkitan wabak penyakit ini. Contohnya, satu kenderaan hanya dibenarkan seorang sahaja dan hanya ketua keluarga sahaja dibenarkan untuk keluar. Antara wakil keluarga yang keluar membeli barang pula perlulah mandi dah cuci pakaian yang dipakai apabila pulang supaya ahli keluarga yang lain tidak terdedah kepada penyakit covid-19 ini. Bak kata pepatah sediakan payung sebelum hujan. Tegaslah bahawa perintah kawalan pergerakan ini adalah salah satu tindakan kerajaan untuk kebaikan.

Selain itu, setiap penduduk yang disyaki terkena jangkitan haruslah melakukan saringan dan diberi rawatan segera. Hal ini demikian, supaya penyakit ini dapat dirawat dengan segera sebelum ia menjadi lebih teruk kerana penyakit ini tahap kritikalnya sehingga boleh meragut nyawa peghidap. Maka setiap individu perlulah mengetahui apakah tanda-tanda awal penyakit ini, janganlah jadi seperti katak di bawah tempurung yang tidak tahu apa-apa. Oleh sebab itu, semua individu perlu mematuhi arahan yang kerajaan telah berikan.

Nur Adlyna said...

Nama : NUR ADLYNA BT NORMAN EFFANDY

Antara langkah yang boleh menangani penyakit berjangkit adalah dengan memastikan semua rakyat di Malaysia ataupun di negara lain pergi melancong ketempat lain. Dalam hal ini, pihak kerajaan seharusnya bertanggungjawab untuk menguatkuasakan undang-undang supaya perkara sebegini akan dapat membantu kerajaan untuk mengurangkan jangkitan virus COVID-19, yang dibawa oleh negara luar. Seterusnya, pihak kerajaan haruslah menjalankan perintah kawalan pergerakan secara menyuluruh.

Langkah kedua, setiap penduduk yang disyaki terkena jangkitan disaring dan diberi rawatan segera supaya penyakit ini tidak merebak ketempat lain. Penyakit ini amatlah berbahaya kerana senang dijangkit oleh orang ramai. Apabila pihak kerajaan telah mengarah rakyat Malaysia supaya duduk di rumah sahaja, kita sebagai rakyat mestilah mengikut arahannya supaya dapat membantu mengurangkan jangkitan virus tersebut dan kita haruslah bekerjasama diantara satu sama lain. Bak kata pepatah bagai aur dengan tebing.

Langkah ketiga, setiap masyarakat perluah memakai topeng muka dan menjaga jarak daripada orang sekeliling ini salah satu cara untuk mengelakkang diri daripada dijangkiti. Hal ini kerana, apabila kita terpaksa keluar dan pergi ketempat ramai orang, contohnya pergi ke pasar raya untuk membeli belah barang keperluan. Perkara ini, kita haruslah menjarakkan diri kita daripada orang lain sejauh satu meter. Langkah ini haruslah kita amalkan agar diri kita dapat jauhkan daripada dijangkiti.

Langkah terakhir, rakyat yang baharu sahaja pulang dari luar negara wajiblah dikuaranti kerana pihak kerajaan agak bimbang yang orang baharu sahaja balik ini membawa virus itu. Bak kata pepatah mencegah lebih baik daripada mengubati. Sekiranya, kita tidak mengukuti segala arahan ini maka, negara ini akan menjadi kucar-kacir dan ekonomi negara ini akan jatuh.

Hanis Suhaimii said...

Seterusnya, masyarakat memakai topeng muka dan menjaga jarak daripada orang sekeliling juga salah satu langkah untuk menangani penularan wabak penyakit berjangkit ini. Hal ini kerana, masyarakat perlu menjaga keselamatan diri dan juga orang sekeliling mereka apabila mereka berada di luar kawasan rumah. Sebagai contoh, apabila ingin keluar ke kedai untuk membeli barang keperluan anda seharusnya memakai topeng muka agar dapat mengelak diri daripada dijangkiti Covid 19 serta merta dan sentiasa menjaga jarak antara satu sama lain sekurang-kurangnya satu meter. Tegaslah bahawa pemakaian topeng muka ini amat penting dalam situasi krisis begini.

Akhir sekali, rakyat yang baru pulang dari luar negara perlu dikuarantin. Hal ini kerana, Covid 19 ini telah tersebar hampir seantero dunia dan kemungkinan negara yang dikunjungi oleh segelintir rakyat itu mungkin mempunyai kes Covid 19 yang berleluasa. Sebagai contoh, sebuah keluarga ini baru sahaja pulang dari negara Itali dan di nasihati supaya kuarantin mereka dirumah selama 14 hari dan jika ada punca-punca Covid 19 mereka digalakkan untuk membuat pemeriksaan segera untuk memastikan bahawa mereka positif atau negatif Covid 19. Oleh itu, sebagai rakyat yang bertanggungjawab kita seharusnya mematuhi apa jua arahan pihak kerajaan yang diberi kepada kita. Tegaslah bahawa rakyat yang baru pulang dari luar negara perlu dikuarantin juga langkah menangani Covid 19.

Post a Comment

 
Kembara Musafir © 2020 DheTemplate.com. Supported by