PENA BAHASA

KEMBARA MUSAFIR
 

Monday, April 6, 2020

Latihan 2 KSP Menulis Isi Karangan 2 (Rabu 8 April 2020)

16 comments
Rabu (8/4/2020)


Dengan menggunakan teknik TOHUCONPEPEsila tulis 2 isi karangan bagi soalan berikut di ruangan komen.

'Wabak penyakit seperti Covid 19 merupakan satu kemelut yang sangat berbahaya. Bincangkan langkah-langkah yang boleh dijalankan bagi menangani masalah tersebut.

1. Kerajaan menjalankan perintah kawalan pergerakan secara menyeluruh
2. Setiap penduduk yang disyaki terkena jangkitan disaring dan diberi rawatan segera.
3. Masyarakat memakai topeng muka dan menjaga jarak daripada orang sekeliling
4. Rakyat yang baru pulang dari luar negara dikuarantin.

#Apa-apa soalan boleh whatsapp cikgu ya...

16 comments:

Nurqasdina Bt Mohd Fariz said...

Seterusnya, masyarakat memakai topeng muka dan menjaga jarak daripada orang sekeliling. Hal ini kerana langkah ini adalah langkah keselamatan yang perlu diambil oleh seseorang induvidu seperti apabila seseorang individu memakai topeng muka ianya dapat mengurangkan risiko untuk terkena jangkitan Covid 19. Pepatah ada mengatakan sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna lagi. Oleh itu, kita mestilah memakai topeng muka dam menjaga jarak dengan orang sekeliling untuk mengelakkan diri daripada terkena jangkitan wabak penyakit tersebut.



Di samping itu, rakyat yang baru pulang dari luar negara dikuarantin. Hal ini bagi memastikan rakyat tersebut postitif atau negatif Covid 19. Sebagai contoh, rakyat yang baru pulang dari luar negara perlu ke hospital segera untuk membuat ujian saringan sama ada mereka terkena jangkitan wabak itu atau tidak. Bak kata pepatah bagai aur dengan tebing. Tegaslah bahawa rakyat yang batu pulang dari luar negara perlu dikuarantin supaya wabak ini tidak merebak kepada orang lain.

NUR HUMAIRA BATRISYIA BINTI MUHAMMAD ZAIDIE said...

Nama: Nur Humaira Batrisyia Binti Muhammad Zaidie

2 isi karangan:

Seterusnya, masyarakat memakai topeng muka dan menjaga jarak daripada orang sekeliling. Hal ini bagi memastikan kita tidak terkene jangkitan tersebut ketika di luar. Contohnya, jika kita ingin pergi ke bank kita haruslah memakai topeng muka dan ketika beratur kita haruslah menjaga jarak dengan dengan orang sekeliling dengan jarak satu meter. Tegaslah bahawa disini memakai topeng muka dan menjaga jarak daripada orang sekeliling juga antara langkah menangani wabak penyakit Covid-19.
Akhir sekali, rakyat yang baru pulang dari luar negara dikharantin. Hal ini kerana takut rakyat terkene jangkitan Covid-19 ini. Rakyat yang baru pulang dari luar negara haruslah kuarantin di rumah dah tidak keluar dari rumah. Mereka haruslah akur dengan peraturan ini dan tidak seperti memagar diri bagai aur yang bermaksud mementingkan diri sendiri. Contohnya, Ana baru pulang dari negara China,Ana mengetahui di negara tersebut mempunyai kes Covid-19 tetapi apabila Ana pulang ke Malaysia Ana tidak kuarantin di rumah sebaliknya bersiar-siar. Tegaslah bahawa disini rakyat yang baru pulang dari luar negara dikuarantin juga langkah menangani wabak penyakit Covid-19.

Aliahwahida said...

Nur Aliah Wahida binti Abdul Razak
- Seterusnya, masyarakat memakai topeng muka Dan menjaga daripada orang sekeliling. Hal ini untuk mengambil langkah berjaga-jaga agar wabak ini tidak berbangkit dengan individu yang berdekatan. Contohnya, ketika ketua keluarga membeli barangan keperluan perlulah memakai topeng muka Serta menjaga jarak satu meter daripada orang sekeliling. Terdapat segelintir penduduk yang tidak mengambil peduli Serta tidak mengikut peraturan yang telah ditetepkan menjadikan wabak ini semakin merebak Dan serius. Bak kata pepatah banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam. Oleh itu, kita mestilah memakai topeng muka Serta menjaga jarak seperti yang ditetapkan yang diarahkan agar tidak terkena jangkitan penyakit ini.

Akhir sekali, rakyat yang baru pulang dari luar negara dikuarantin. Hal ini kerana wabak ini telah merebak ke seluruh dunia. Oleh disebabkan itu, pihak berkuasa perlu mengawal dengan rapi setiap pintu masuk negara ini. Pihak berkuasa ini menjalankan tugas dengan cekap Serta teliti agar wabak ini dapat dibendung. Contohnya, pihak berkuasa akan memeriksa suhu badan individu dengan menggunakan alatan khas yang telah disediakan.Seterusnya setiap individu perlu mengambil pemeriksaan kesihatan di hospital atau klinik jika mendapati terdapat simtom-simtom penyakit ini. Pihak berkuasa ini menjalankan tugas seperti menarik rambut di dalam tepung, rambut tidak putus, tepung tidak berselerak. Jelaslah dengan kerjasama rakyat yang baru pulang dari luar negara ini dapat menangani wabak ini agar tidak berleluasa.

Puteri shafikah said...

-Puteri nor shafikah
Seterusnya, setiap penduduk yang disyaki terkena jangkitan perlulah disaring dan diberi rawatan segera di klinik kesihatan dan hospital. Dengan hal yang demikian, penyakit dapat dikesan lebih awal dan boleh menyelamatkan nyawa pesakit. Contohnya, pesakit yang menjalani ujian darah untuk mengesan virus Covid-19 dapat mengetahui samada mereka positif atau negatif. Sekiranya positif pihak klinik atau hospital akan memberi rawatan yang bersesuaian bagi menyelamatkan pesakit dan mengelak penyakit daripada berjangkit kepada orang lain. Rawatan yang lambat diberi ramai yang akan mati disebabkan oleh virus ini ibarat nasi sudah menjadi bubur. Oleh itu, tegaslah bahawa penyakit ini sangat serius dan boleh membawa kepada maut.

Di samping itu, masyarakat sewajarnya memakai topeng muka dan menjaga jarak sosial ketika berada di luar rumah. Dengan hal yang demikian, diri kita bebas daripada terkena kuman yang dibawa oleh orang lain. Penutup hidung dan mulut haruslah dipakai walaupun dimana kita pergi dan membawa bersama 'hand sinitizer' bagi memastikan tapak tangan kita sentiasa bersih. Masyarakat haruslah memberi kerjasama dan berganding bahu untuk membatenras wabak Covid-19 ini. Bak kata pepatah bagai aur dengan tebing. Oleh itu, tegaslah bahawa kebersihan diri sangat penting kepada kita.

Unknown said...

Nurin Syukriah bt Mohd Efendi

Selain itu, masyarakat memakai topeng muka dan menjaga jarak daripada orang sekeliling. Hal ini kerana penyebaran penyakit ini amat mudah dan senang berjangkit kepada mereka yang lemah dan akan menyebabkan kematian di akhirnya. Contohnya, jika berada di tempat tumpuan orang ramai seperti pasaraya, mungkin terdapat individu yang disyaki positif Covid-19 terbatuk atau mengeluakan percikan air liur secara tidak langsung akan menjangkiti orang yang berdekatan dengannya yang tidak memakai topeng muka. Dengan memakai topeng muka dan menjaga jarak daripada orang sekeliling sekurang kurangnya satu meter ini, dapatlah mengurangkan risiko untuk berjangkit. Jelaslah disini bahawa pemakaian topeng muka dan menjaga jarak daripada orang sekeliling ini amat membantu untuk mengurangkan penularan wabak penyakit ini.

Akhir sekali, rakyat yang baru pulang dari luar negara perlu dikuarantin. Hal ini kerana, risiko untuk dijangkiti kepada mereka yang baru pulang dari luar negara amatlah tinggi memandangkan punca wabak penyakit ini adalah datangnya dari negara negara jiran. Sebagai contoh, mereka yang baru balik dari luar negara perlu segera pergi ke hospital untuk membuat ujian saringan sama ada mereka terkena jangkitan dan perlu dikuarantin selama 14 hari. Jelaslah disini rakyat yang baru pulang dari luar negara perlu dikuarantin bagi memastikan virus ini tidak tersebar luas dan semua rakyat berganding bahu untuk menghentikan penularan virus Covid-19 ini. Bak kata pepatah sama lebur, sama binasa.

Nurul Husna said...

Nurul Husna

Seterusnya, masyarakat memakai topeng muka dan menjaga jarak daripada orang sekeliling. Hal ini kerana, masyarakat dapat menjaga keselamatan diri dan juga orang sekeliling mereka apabila mereka berada di luar. Sebagai contoh, apabila anda ingin keluar ke kedai untuk membeli barang keperluan anda haruslah memakai topeng muka agar dapat mengelak diri daripada dijangkiti Covid 19 dan sentiasa menjaga jarak antara satu sama lain sekurang-kurangnya satu meter. Tegaslah bahawa memakai topeng muka dan menjaga jarak orang orang sekeliling juga merupakan langkah untuk mengatasi Covid 19.


Akhir sekali, rakyat yang baru pulang dari luar negara dikuarantin. Hal ini kerana, Covid 19 ini telah tersebar hampir satu dunia dan kemungkinan negara yang rakyat itu pergi mungkin mempunyai kes Covid 19. Sebagai contoh, sebuah keluarga ini baru sahaja pulang dari negara Itali dan di nasihati supaya kuarintin diri mereka dirumah dan jika ada simptom Covid 19 mereka digalakkan untuk membuat pemeriksaan untuk memastikan bahawa mereka postif atau negatif Covid 19. Oleh itu, sebagai rakyat yang bertanggungjawab kita perlulah mematuhi arahan pihak kerjaan. Tegaslah bahawa rakyat yang baru pulang dari luar negara dikuarantin juga langkah menangani Covid 19.

Nurul Husna said...

Disamping itu, antara langkah menangani wabak dalam kalangan masyarakat ialah memakai topeng muka. Masyarakat perlu memakai topeng muka untuk menjaga keselamatan dan kesehatan ketika berada di luar rumah. Seperti pekerja yang membuat penghantaran makanan, wakil setiap rumah untuk membeli makanan. Ini dapat mengurangkan menularan wabak Covid-19 kepada masyarakat. Selain itu juga, masyarakat perlu menjaga jarak antara satu sama lain. Sekurang-kurangnya 1 meter. Ini kerana ingin mengelakkan terkena sentuhan mahupun kuman dari masyarakat yang mengalami batuk dan bersin. Oleh hal yang demikian, benarlah bahawa dengan memakai topeng muka dan menjaga jarak antara orang keliling dapat mengelakkan penularan wabak Covid-19 berlaku.

Akhir sekali, langkah tangani wabak ini ialah rakyat yang baru pulang ke tanah air dari luar negara akan di kuarintin selama 14 hari di tempar yang telah di tetapkan. Kerana wabak ini bukan sahaja terjadi ni Malaysia tetapi terjadi di satu dunia. Paling tinggi jangkitan wabak ini ialah di Italy. Jdi bagi mengelakkan lebih ramai yang terkena jangkitan maka pihak kerajaan minta mereka dikuarintin kan. Jika setelah 14 hari tiada tanda tanda maka mereka boleh pulang ke rumah seperti biasa. Jadi benarlah apabila rakyat yang baru pulang dari luar negara perlu dikuarintin dapat mengurangkan dan menamatkan penularan wabak covid-19 ini.
-syazliana-

Nur Zhahereen Bt Mohammad Zamri said...

Selain itu, langkah yang boleh dilakukan ialah setiap penduduk yang disyaki terkena jangkitan disaring dan diberi rawatan dengan segera. Langkah ini boleh menyelamatkan ramai individu dan dapat mengesan penyakit ini dengan lebih cepat terhadap seseorang. Contohnya, jika seseorang itu mengalami simtom Covid-19 mereka boleh pergi ke hospital dan dirawat kerana jika terlambat ia boleh membawa padah. Bak kata pepatah sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna. Tegaslah bahawa penyakit ini perlu ditangani dengan segera.
Akhir sekali, masyarakat perlu memakai topeng muka dan menjaga jarak daripada orang sekeliling. Hal ini kerana, jika masyarakai tidak memakai topeng muka dan tidak menjaga jarak, ramai yang mudah terkena penyakit ini. Contohnya jika seseorang itu pergi ke pasar raya dia perlulah memakai topeng muka dan tidak bersentuhan dengan orang lain. Oleh itu, tegaslah masyarakat juga perlu menjaga diri untuk menangani masalah ini.

SYAKIRAH said...

Siti Nursyakirah binti Shahrim
Seterusnya, masyarakat memakai topeng muka dan menjaga jarak daripada orang sekeliling. Hal ini untuk menjauhi daripada dijangkiti penyakit COVID-19. Contohnya, masyarakat memakai topeng muka dan 'hand sanitizer' sebelum dan selepas memegang sesuatu barang di pasar raya atau tempat-tempat yang lain supaya dapat mengelakkan daripada berjangkit dan masyarakat haruslah mempunyai topeng muka dan 'hand sanitizer' sendiri untuk mengelakkan daripada kuman atau penyakit yang berbahaya. Bak kata pepatah sediakan payung sebelum hujan. Tegaslah bahawa masyarakat mestilah selalu menjaga kebersihan seperti kerap membasuh tangan selepas memegang sesuatu, memakai topeng muka dan 'hand sanitizer'.
Di samping itu, rakyat yang baru pulang dari luar negara dikuarantin. Hal ini kerana mengelakkan daripada wabak penyakit tersebar ke seluruh negeri. Sebagai contoh, rakyat yang baru pulang dari luar negara dipersalahkan kerana lari daripada dikuarantin dan tidak memberi kerjasama kepada pihak kerajaan. Pihak kerajaan mengambil tindakan dengan memperketatkan perintah kawalan pergerakan dan memberi hukuman kepada orang yang melanggar peraturan. Bak kata pepatah dah terhantuk baru terngadah. Oleh itu, rakyat mestilah memberi kerjasama kepada pihak kerajaan supaya dapat mencegahkan wabak penyakit terseebut dan tidak menimbulkan masalah lain.

Balqis Batrisyia said...

NURUL BALQIS BATRISYIA

Seterusnya, langkah yang boleh dijalankan untuk menangani masalah ini ialah setiap penduduk yang disyaki terkena jangkitan disaring dan diberi rawatan segera.Hal ini kerana, kita dapat mengelakkan virus itu menjadi serius pada kita sekiranya kita terkena virus tersebut. Contohnya, penduduk yang disyaki terkena jangkitan virus Covid-19 perlulah membuat saringan seperti mengambil darah agar kita dapat mengelakkanya untuk menjadi teruk.Tegaslah bahawa penduduk yang disyaki terkena jangkitan perlu disaring dan diberi rawatan segera.

Akhir sekali, masyarakat memakai topeng muka dan menjaga jarak daripada orang sekeliling juga menjadi salah satu langkah untuk menangani virus ini merebak.Hal ini kerana, kita dapat mengelakkan berlakunya sentuhan dengan orang yang berdekatan.Contohnya, apabila kita pergi ke tempat awam seperti pasar raya kita hendaklah memakai topeng muka dan menjaga jarak dengan orang sekeliling supaya dapat mengurangkan risiko jangkitan kuman kerana tidak berlaku sentuhan. Jadi kita perlulah bersama-sama melakukan perkara yang boleh mengurangkan wabak penyakit ini dari terus merebak seperti aur dengan tebing.Jelaslah bahawa memakai topeng muka dan menjaga jarak sangat penting untuk menangani masalah ini.

Nur Khatirah Najwa said...

NAMA : NUR KHATIRAH NAJWA BT KHAIRUDDIN

Seterusnya , masyarakat perlulah memakai topeng muka dan memastkan jarak antara mereka dengan orang lain adalah sekurang - kurangnya 1 meter.Hal ini kerana,virus boleh berjangkit dengan lebih mudah sekiranya masyarakat tidak membuat sedemikian.Contohnya, jika individu tersebut membeli barang yang diperlukan di pasar raya , individu tersebut digalakkan untuk menggunakan topeng muka dan tidak berada terlalu hampir dengan masyarakat yang lain.Dengan ini kita haruslah membiasakan diri dengan memakai topeng muka agar dapat mengelakkan virs daripada merebak.Jelaslah bahawa memakai toprng muka dan menjaga jarak antara satu sama lain amat penting untuk menangani masalah ini.

Akhir sekali, masyarakat yang baru pulang daripada luar negara sama ada atas urusan kerja mahupun belajar haruslah dikuarantin.Ini kerana, risiko untuk mereka yang baru pulang dari luar negara amatlah tinggi. Lebih lebih lagi virus yang berbahaya ini juga puncanya daripada negara luar. Untuk mengambil langkah berjaga jaga , masyarakat yang baru pulang daripada luar negara perlulah pergi ke klinik atau hospital untuk mendapatkan rawatan dan boleh mengesahkan sama ada mereka dijangkiti virus tersebut ataupun tidak. Jelaslah disini bahawa masyarakat yang baru pulang dari luar negara perlu dikuarantn terlebih dahulu untuk mengelakkan virus daripada tesebar luas.Bak kata pepatah mencegah lebih baik dari mengubati.

Nur Munirah said...

Di samping itu, bagi individu yang disyaki terkena jangkitan covid 19 ini perlulah diberi saringan kesihatan dan rawatan segera. Individu yang disyaki terkena jangkitan covid ini dapat dikesan apabila mereka menunjukkan simptom-simptom seperti batuk, demam dan sesak nafas. Oleh yang demikian, individu tersebut perlulah segera ke pusat kesihatan seperti klinik mahupun hospital bagi mendapatkan ujian saringan. Hal ini penting bagi memastikan dirinya samada mempunyai keputusan ujian saringan yang positif ataupun negatif. Jika individu tersebut mempunyai hasil keputusan saringan yang positif, inisiatif dalam mendapatkan rawatan yang rapi amatlah penting kerana kesan daripada penyakit ini mampu meragut nyawa. Tegaslah disini bahawa, tindakan dalam mendapatakan saringan kesihatan dan rawatan awal adalah penting bagi menjamin keselamatan dan kesihatan diri daripada dijangkiti.

Akhir sekali, rakyat yang pulang ke tanah air dari luar negara perlulah dikuarantin selama 14 hari di pusat kuarantin yang dikhaskan oleh pihak kerajaan. Menurut Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, inisiatif ini dikuatkuasakan bagi mengelak penularan wabak covid 19 yang melibatkan kes import di negara ini. Tindakan kuarantin selama 14 hari ini diambil berikutan tempoh inkubasi virus tersebut yang mampu membiak dalam tubuh badan sepantas 2 hingga 14 hari dan boleh menunjukkan simptom-simptom positif covid terhadap individu yang terkena jangkitan. Oleh itu, tempoh 14 hari kuarantin yang ditetapkan ini dapat mengesan individu tersebut samada dijangkiti virus ataupun tidak. Dalam tempoh kuarantin tersebut, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan menjalankan ujian saringan secara berkala terhadap setiap individu tersebut. Hal ini bagi mengesan taraf kesihatan mereka dari semasa ke semasa. Selepas tempoh 14 hari kuarantin ini, bagi individu yang tidak menunjukkan sebarang simptom virus, mereka dibenarkan pulang ke rumah manakala bagi mereka yang menunjukkan simptom penyakit covid 19 ini pula akan diberi rawatan selanjutnya. Jelaslah disini bahawa, tindakan kuarantin yang dikuatkuasakan oleh pihak kerajaan ini amatlah penting bagi membendung penuluran virus ini daripada terus tersebar luas.

Unknown said...

Di samping itu, masyarakat memakai topeng muka dan menjaga jarak daripada orang lain. Hal ini bagi memastikan kawalan pergerakan dapat dijalankan dengan telus. Contohnya, Sewaktu membeli barang keperluan di pasaraya, masyarakat di minta untuk menjaga jarak dan memakai topeng mulut untuk langkah berjaga- jaga. Oleh itu, kadar peratusan wabak ini dapat dibendung secepat mungkin. Tegaslah bahawa langkah ini amat penting untuk menghapuskan wabak ini.

Akhir sekali, rakyat yang pulang dari luar negara dikuarantinkan. Hal ini bagi mengelakkan mana-mana pesakit yang dijangkiti tidak terus menyebarkan virus berkenaan. Contohnya, mereka yang baru pulang dari luar negara berkemungkinan dijangkiti wabak virus tersebut namun apabila dikhuarantinkan risiko penyebaran adalah tipis. Oleh itu, rakyat haruslah bertanggungjawab dengan mengkhuarantinkan diri sejurus pulang dari luar negara. Jelaslah bahawa tindakan ini dapat mengurangkan kadar pesakit yang dijangkiti

Unknown said...

Di samping itu, masyarakat memakai topeng muka dan menjaga jarak daripada orang lain. Hal ini bagi memastikan kawalan pergerakan dapat dijalankan dengan telus. Contohnya, Sewaktu membeli barang keperluan di pasaraya, masyarakat di minta untuk menjaga jarak dan memakai topeng mulut untuk langkah berjaga- jaga. Oleh itu, kadar peratusan wabak ini dapat dibendung secepat mungkin. Tegaslah bahawa langkah ini amat penting untuk menghapuskan wabak ini.

Akhir sekali, rakyat yang pulang dari luar negara dikuarantinkan. Hal ini bagi mengelakkan mana-mana pesakit yang dijangkiti tidak terus menyebarkan virus berkenaan. Contohnya, mereka yang baru pulang dari luar negara berkemungkinan dijangkiti wabak virus tersebut namun apabila dikhuarantinkan risiko penyebaran adalah tipis. Oleh itu, rakyat haruslah bertanggungjawab dengan mengkhuarantinkan diri sejurus pulang dari luar negara. Jelaslah bahawa tindakan ini dapat mengurangkan kadar pesakit yang dijangkiti
- Amirah Syafiyah

Afiqah said...

-NURAFIQAH SAHIRA

Seterusnya, masyarakat perlulah memakai topeng muka dan menjaga jarak daripada orang lain sekurang-kurangnya 1 meter. Hal ini demikian kerana, wabak ini benjangkit dengan sangat mudah. Contohnya, penyakit ini juga boleh berjangkit jika berada di tempat yang ramai orang berkumpul atau melalui sentuhan. Oleh itu, kita perlulah membiasakan diri dengan memakai 'hand sanitizer' dan topeng muka supaya dapat menghadkan penularan wabak covid-19 ini. Tegaslah bahawa, langkah awal ini dapat membantu kerajaan untuk mengurangkan kes wabak ini.

Disamping itu, rakyat yang pulang dari luar negara haruslah dikuarintin selama dua minggu. Ini disebabkan oleh, rakyat yang melancong keluar negara lebih berisiko dijangkiti penyakit ini. Contohnya, mereka perlulah dikuarintin di hospital supaya mereka tidak menjejaskan ahli keluarga mereka yang lain jika mereka menghidap penyakit covid-19 ini. Jelaslah bahawa tindakan awal ini adalah sangat penting supaya dapat mencegah wabak ini.

Afiqah said...

Nama : NUR ADLYNA BT NORMAN EFFANDY

Antara langkah yang boleh menangani penyakit berjangkit adalah dengan memastikan semua rakyat di Malaysia ataupun di negara lain pergi melancong ketempat lain. Dalam hal ini, pihak kerajaan seharusnya bertanggungjawab untuk menguatkuasakan undang-undang supaya perkara sebegini akan dapat membantu kerajaan untuk mengurangkan jangkitan virus COVID-19, yang dibawa oleh negara luar. Seterusnya, pihak kerajaan haruslah menjalankan perintah kawalan pergerakan secara menyuluruh.

Langkah kedua, setiap penduduk yang disyaki terkena jangkitan disaring dan diberi rawatan segera supaya penyakit ini tidak merebak ketempat lain. Penyakit ini amatlah berbahaya kerana senang dijangkit oleh orang ramai. Apabila pihak kerajaan telah mengarah rakyat Malaysia supaya duduk di rumah sahaja, kita sebagai rakyat mestilah mengikut arahannya supaya dapat membantu mengurangkan jangkitan virus tersebut dan kita haruslah bekerjasama diantara satu sama lain. Bak kata pepatah bagai aur dengan tebing.

Langkah ketiga, setiap masyarakat perluah memakai topeng muka dan menjaga jarak daripada orang sekeliling ini salah satu cara untuk mengelakkang diri daripada dijangkiti. Hal ini kerana, apabila kita terpaksa keluar dan pergi ketempat ramai orang, contohnya pergi ke pasar raya untuk membeli belah barang keperluan. Perkara ini, kita haruslah menjarakkan diri kita daripada orang lain sejauh satu meter. Langkah ini haruslah kita amalkan agar diri kita dapat jauhkan daripada dijangkiti.

Langkah terakhir, rakyat yang baharu sahaja pulang dari luar negara wajiblah dikuaranti kerana pihak kerajaan agak bimbang yang orang baharu sahaja balik ini membawa virus itu. Bak kata pepatah mencegah lebih baik daripada mengubati. Sekiranya, kita tidak mengukuti segala arahan ini maka, negara ini akan menjadi kucar-kacir dan ekonomi negara ini akan jatuh.

Jelaslah bahawa empat langkah untuk menangani masalah penyakit berjangkit seperti kerajaan menjalankan perintah kawalan pergerakan secara menyuluruh, penduduk yang disyaki terkena jangkitan disaring dan diberi rawatan segara, masyarak memakai topeng muka dan menjaga jarak daripada orang sekeliling dan rakyat yang baru pulang dari luar negara dikuarantin. Semua rakyat Malaysia haruslah memberi bekerjasama agar dapat memudahkan pihak kerajaan untuk membuat kerja mereka. Bak kata pepatah berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Cadangan saya, sebagai rakyat Malaysia kita haruslah mengikut segala perintah dan peraturan yang telah ditetapkan mahupun arahan yang dilaksanakan.

Post a Comment

 
Kembara Musafir © 2020 DheTemplate.com. Supported by