Khamis (9/4/2020)
Dengan menggunakan teknik PeCaH PK, sila tulis penutupan karangan bagi soalan berikut di ruangan komen.
'Wabak penyakit seperti Covid 19 merupakan satu kemelut yang sangat berbahaya. Bincangkan langkah-langkah yang boleh dijalankan bagi menangani masalah tersebut.
1. Kerajaan menjalankan perintah kawalan pergerakan secara menyeluruh
2. Setiap penduduk yang disyaki terkena jangkitan disaring dan diberi rawatan segera.
3. Masyarakat memakai topeng muka dan menjaga jarak daripada orang sekeliling
4. Rakyat yang baru pulang dari luar negara dikuarantin.
#Apa-apa soalan boleh whatsapp cikgu ya...
17 comments:
Nama : NUR ADLYNA BT NORMAN EFFANDY
Jelaslah bahawa empat langkah untuk menangani masalah penyakit berjangkit seperti kerajaan menjalankan perintah kawalan pergerakan secara menyuluruh, penduduk yang disyaki terkena jangkitan disaring dan diberi rawatan segara, masyarak memakai topeng muka dan menjaga jarak daripada orang sekeliling dan rakyat yang baru pulang dari luar negara dikuarantin. Semua rakyat Malaysia haruslah memberi bekerjasama agar dapat memudahkan pihak kerajaan untuk membuat kerja mereka. Bak kata pepatah berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Cadangan saya, sebagai rakyat Malaysia kita haruslah mengikut segala perintah dan peraturan yang telah ditetapkan mahupun arahan yang dilaksanakan.
Oleh itu, pihak kerajaan perlu menjalankan perintah kawalan pergerakan secara menyeluruh, setiap penduduk yang disyaki terkena jangkitan disaring dan diberi rawatan segara, masyarakat memakai topeng muka dan menjaga jarak dengan orang sekeliling dan rakyat yang baru pulang dari luar negara dikuarantin. Pihak kerajaan perlu mengetatkan lagi undang-undang kepada rakyat Malaysia untuk membendung masalah wabak ini. Harapan saya semoga Covid 19 ini akan beransur pulih dari semasa ke semasa. Bak kata pepatah condong akan meningkat rebah akan menegakkan. Oleh itu, sebagai rakyat Malaysia yang berwibawa perlulah mematuhi segala perintah yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan supaya negara berada dalam keadaan baik dan sejahtera.
Konklusinya, terdapat beberapa langkah yang boleh dijalankan untuk menangani masalah wabak penyakit COVID-19 yang berbahaya ini iaitu kerajaan menjalankan perintah kawalan pergerakan secara menyeluruh serta setiap penduduk yang disyaki terkena jangkitan disaring dan diberi rawatan segera. Selain itu, masyarakat memakai topeng muka dan menjaga jarak daripada orang sekeliling. Seterusnya, rakyat yang baru pulang dari luar negara dikuarantin. Misalnya pihak kerajaan dan masyarakat mestilah memberi kerjasama antara satu sama lain supaya wabak ini dapat dicegah daripada berleluasa. Bak kata pepatah bagai aur dengan tebing. Saya berharap, COVID-19 ini dapat dicegah dengan segera agar rakyat dapat hidup sihat sejahtera. Oleh itu, rakyat mestilah mematuhi peraturan yang telah ditetapkan semasa perintah kawalan pergerakan ini agar dapat menghindarkan wabak penyakit ini dengan segera.
Nama: Nur Huamaira Batrisyia Binti Muhammad Zaidie
Penutupan karangan:
Jelaslah disini terdapat empat langkah menangani wabak penyakit Covid-19 yang telah dibincangkan. Antaranya ialah kerajaan menjalankan perintah kawalan pergerakan secara menyeluruh,penduduk yang disyaki terkena jangkitan disaring dan diberi rawatan segera, masyarakat memakai topeng muka dan menjaga jarak daripada orang sekeliling dan rakyat yang baru pulang dari luar negara dikuarantin. Masyarakat haruslah bekerjasama membantu pihak kerajaan untuk menangani wabak penyakit ini. Sedarlah bahawa pihak kerajaan memerlukan kerjasama masyarakat untuk menangani wabak penyakit ini. Seperti pepatah aur dengan tebing yang saling memerlukan antara satu sama lain. Pihak kerjaan pula perlu mengawal isu ini dengan teliti seperti pepatah "bagai menarik rambut dalam tepung,rambut tak putus,tepung tak berselerak" yang bermaksud melakukan sesuatu perkara dengan teliti. Saya berharap kes berkenaan wabak penyakit Covid-19 ini segera pulih dan tidak menjadi buah mulut masyarakat. Kesimpulannya, rakyat haruslah bekerjasama membanteras wabak penyakit Covid-19 ini.
-Puteri nor shafikah
Kesimpulannya, rakyat malaysia tidak perlu khuatir dan bimbang akan situasi yang berlaku sekarang. Hal ini kerana kerajaan Malaysia sentiasa melindungi keselamatan dan kesihatan sepanjang tempoh kawalan pergerakan. Malaysia diisytihar sebagai negara nombor 1 terbaik di dunia dalam menguruskan bencana ini. Justeru itu, banyak faedah dan bantuan kerajaan yang diberi kepada rakyat seperti Bantuan Prihatin Nasional (BPN). Bak kata pepatah orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa. Oleh itu, kita sebagai rakyat malaysia haruslah bersyukur dengan adanya bantuan kerajaan.
Jelaslah bahawa langkah langkah yang dibincangkan di atas iaitu kerajaan menjalankan perintah kawalan pergerakan secara menyeluruh, individu yang disyaki terkena jangkitan disaring dan diberi rawatan segera, masyarakat memakai topeng dan menjaga jarak daripada orang sekeliling serta rakyat yang baru pulang dari luar negara perlu dikuarantin adalah penting bagi membendung masalah jangkitan virus covid yang berlaku pada masa ini. Berikutan itu, pihak kerajaan haruslah tegas dalam memberi arahan dan memperketatkan peraturan yang telah dikuatkuasa dengan mengenakan tindakan kepada sesiapa yang melanggar arahan yang disampaikan. Tidak lupa juga kepada masyarakat yang perlu memainkan peranan penting dalam memberi kerjasama kepada pihak kerajaan seperti mendengar setiap arahan yang diberikan. Bak kata pepatah bagai aur dengan tebing. Oleh itu, saya berharap agar semua lapisan masyarakat di Malaysia dapat memberikan kerjasama dan tidak bersifat seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing yang membawa maksud masyarakat yang tidak semuafakat dan mementingkan diri sendiri. Natijahnya, masalah penularan virus ini dapat dibendung sekiranya semua rakyat Malaysia sedar akan peranan dan tanggungjawab mereka dalam memberi kerjasama menangani masalah ini dan menjalankan langkah-langkah yang telah dibincangkan.
- NUR ALYA SABRINA BINTI ROSLAN
Bulan semakin terang, bayang kian jelas bahawa beberapa langkah yang dapat dilaksanakan oleh masyarakat untuk menangani masalah wabak penyakit Covid-19 yang berbahaya ini. Namun begitu, kita haruslah berganding bahu ibarat ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni untuk menangani masalah ini hingga akar umbi dalam membendung isu tersebut daripada membarah sebelum terlewat kerana sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Oleh itu, rakyat merupakan aset negara dan bakal menerajui pemerintahan negara haruslah mementingkan kesihatan diri dan kebersihan di negara kita. Sudah terang lagi bersuluh bahawa rakyat wajar mementingkan kesihatan dan kebersihan dalam kehidupan maka negara kita akan hidup dengan aman dan damai.
NAMA : NUR KHATIRAH NAJWA BT KHAIRUDDIN
Jelaslah disini bahawa empat langkah di atas dapat membantu menangani masalah virus Covid-19 ini.Berikutan itu,pihak kerajaan haruslah tegas dalam memastikan masyarakat tidak keluar dari rumah untul hal yang tidak penting.Peranan kerajaan serta masyarakat amatlah penting untuk bekerjasama menangani masalah ini.Oleh itu, harapan saya adalah pihak mesyarakat tidak mementingkan diri sendiri dan bekerjasama dalam memastikan virus ini dapat dibanteras secepat mungkin.Kesimpulannya, rakyat Malaysia haruslah sedar akan tanggungjawab masing-masing dan mengamalkan langkah langkah yang telah diberikan daripada pihak kerajaan.
Jelaslah bahawa empat lamgkah tersebut dijalankan bagi menangani wabak penyakit covid-19. Sebagai cadangan, pihak berkuasa haruslah mengambil tindakan terhadap rakyat yang masih berdegil dan tidak mematuhi peraturan. Harapan saya, semoga wabak penyakit covid-19 ini dapat dihapuskan dengan segera. Bak kata pepatah berat sama dipikul ringan sama dijinjing. Oleh itu , rakyat perlulah memberi kerjasama agar dapat memudahkan tugas pihak berkuasa sepabjang tempoh pergerakan di jalankan - Amirah Syafiyah
- NURAFIQAH SAHIRA BT AZMI
Kesimpulannya, seperti yang kita ketahui terdapat beberapa langkah yang dapat dilakukan untuk mencegah wabak penyakit berjangkit ini. Oleh yang demikian, rakyat haruslah bersatu padu bak kata pepatah sakit sama mengaduh, luka sama menyiuk demi mengatasi masalah wabak penyakit berjangkit yang sangat berbahaya ini. Dalam pada itu, kerajaan perlulah mengetatkan lagi undang-undang supaya rakyat lebih mendengar kata dan penyakit ini dapat pulih dengan segera. Jelaslah bahawa, penyakit ini dapat dibendung jika rakyat tahu peranan masing-masing dan mematuhi perintah yang kerajaan telah berikan.
Nur Aliah Wahida binti Abdul Razak
- Jelaslah terdapat pelbagai langkah-langkah yang boleh menangani masalah covid-19 ini iaitu pihak kerajaan menjalankan peribtah kawalan pergerakan secara menyekuruh, setiap penduduk yang disyaki terkena jangkitan disaring Dan diberi rawatan segera, masyarakat memakai topeng muka Dan menjaga jarak daripada orang sekeliling Dan rakyat yang baru pulang dari luar negara dikuarantin. Oleh itu, semua pihak perlulah menjalankan tanggungjawab agar Kita sama-sama dapat mencegah penyakit ini untuk terus merebak. Bak kata pepatah hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah. Kesimpulannya, penyakit ini dapat di bendung jika semua pihak mengikut arahan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa.
Jelaslah bahawa terdapat pelbagai langkah untuk menangani wabak penyakit Covid-19 ini. Antaranya ialag perintah kawalan pergerakan secara menyeluruh, setiap penduduk yang disyaki terkena jangkitan disaring dan diveri rawatan segera, masyarakat memakai topeng muka dan menjaga jarak dengan orang sekeliling dan rakyat yang baru pulang dari luar negara dikuarantin. Kesimpulannga, masyarakat dan pihak kerajaan perlulah berganding bahu untuk menangani masalah ini. Masyarakat juga perlulah menjaga kesihatan semasa dirumah ataupun di luar supaya tiada lagi penyakit seperti ini. Saya berharap agar masyarakat mematuhi segala arahan yang telah diberi oleh pihak kerajaan supaya negara kita seperti sediakala , aman dan damai.
Nurul Balqis Batrisyia
Jelaslah bahawa terdapat beberapa langkah yang dapat dijalankan iaitu kerajaan menjalankan perintah kawalan pergerakan secara menyeluruh,setiap penduduk yang disyaki terkena jangkitan disaring dan diberi rawatan segera, masyarakat memakai topeng muka dan menjaga jarak daripada orang sekeliling dan rakyat yang baru pulang dari luar negara dikuarantin. Jadi, pihak berkuasa perlulah lebih tegas kepada rakyat untuk mencegah virus ini. Saya berharap semua pihak dapat memberikan kerjasama yang baik untuk kita mengurangkan virus ini dari terus merebak. Bak kata pepatah bagai aur dengan tebing. Kesimpulannya, Rakyat Malaysia haruslah berganding bahu dan sedar akan tanggungjawab masing- masing sebagai rakyat untuk kita sama sama mengelakkan wabak ini berterusan.
Nurul Husna
Jelaslah bahawa terdapat pelbagai cara untuk menangani penyakit covid 19 ini dan antara yang telah dibincangkan ialah kerajaan menjalankan perintah kawalan pergerakan secara menyeluruh,penduduk yang disyaki terkena jangkitan disaring dan diberi rawatan segera, masyarakat memakai topeng muka dan menjaga jarak daripada orang sekeliling dan rakyat yang baru pulang dari luar negara dikuarantin. Bak kata pepatah berat sama dipikul ringan sama dijinjing. Oleh itu, rakyat Malaysia haruslah memberi kerjasama dan manjalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia agar kita dapat menangani wabak penyakit Covid 19. Harapan saya ialah , supaya Covid 19 ini dapat dicegah dengan segera agar kita dapat kembali hidup seperti harian biasa.
Wabak Covid-19 ini sangat merbahaya kepada kita semua. Jika kita mengikuti langkah langkah yang telah di beri, maka kita akan dapat mengurangkan dan menghentikan penularan wabak ini. Jadi kita sebagai rakyat malaysia marilah kita bersama-sama mematuhi arahan dan mengikuti segala langkah pencegahan. Bak kata perpatah bagai aur dengan tebing. Oleh itu, benarlah bahawa jika kita patuhi segala arahan pasti kita dapat menghentikan wabak covid-19.
-syazliana-
Kesimpulannya , langkah-langkah tersebut mampu menyekat penularan wabak penyakit berjangkit yang kian merebak ini. Wabak ini sangat berbahaya terhadap kita semua dan wabak ini mampu meningkatkan kes kematian di negara kita. Jika semua rakyat Malaysia mengikut semua arahan yang diberikan oleh pihak kerajaan , penularan wabak penyakit berjangkit ini boleh disekat serta merta. Sebagai rakyat Malaysia, kita sewajarnya berganding bahu memerangi wabak ini bersama bak kata pepatah bersatu kita teguh , bercerai kita roboh. Oleh itu , apabila kita berkerjasama , kita mampu mengubah keadaan ini menjadi sedia kala.
Nurin Syukriah bt Mohd Efendi
Jelaslah disini bahawa terdapat 4 langkah-langkah yang boleh menangani wabak penyakit ini iaitu kerajaan menjalankan perintah kawalan pergerakan secara menyeluruh, setiap penduduk yang disyaki terkena jangkitan disaring dan diberi rawatan segera, masyarakat memakai topeng muka dsn menjaga jarak daripada orang sekeliling dan rakyat yang baru pulang dari luar negara perlu dikuarantin. Semua pihak perlulah bertanggungjawab dan berganding bahu menentang Covid-19 ini dengan mematuhi segala arahan pihak atasan supaya kita semua dapat menjalankan rutin harian seperti biasa apabila sudah bebas Covid-19 nanti. Pihak kerajaan perlulah memperketatkan lagi peraturan dan membuat tindakan tegas sekiranya terdapat rakyat yang ingkar dengan arahan. Akhirnya, saya berharap agar semua lapisan masyarakat tidak kira agama mahupun pangkat memberi kerjasama yang sangat baik dan janganlah bersikap seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing masing yang membawa makna masyarakat yang tidak bersepakat dan mementingkan diri sendiri.
Post a Comment