Latihan Rumusan (Menulis Pendahuluan dan Penutupan)
Baca petikan di bawah
dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang langkah-langkah menghadapi
tekanan ketika peperiksaan dan peranan ibu bapa untuk mengurangkan tekanan.
Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Proses penilaian
melalui peperiksaan awam yang penting seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang dilaksanakan dalam sistem
pendidikan negara masih relevan. Melalui penilaian inilah pelajar yang
cemerlang dalam bidang akademik dan disokong dengan kecemerlangan dalam bidang
koakademik atau kokurikulum mempunyai peluang cerah untuk melanjutkan pengajian
di universiti awam. Namun begitu, isu yang paling menarik untuk diperkatakan
bukanlah tentang puluhan ribu pelajar yang dapat melanjutkan pelajaran di
universiti awam tetapi situasi yang dihadapi oleh pelajar sebelum menjelangnya
kedua-dua peperiksaan penting itu. Pelbagai ragam pelajar sama ada yang positif
atau negatif sebelum menjelangnya peperiksaan awam termasuklah tekanan perasaan
atau stres yang rata-ratanya dihadapi oleh pelajar.
Tekanan
ialah perkara yang berkaitan dengan ketegangan yang dialami oleh mental atau emosi
seseorang disebabkan oleh pelbagai faktor. Pelajar atau remaja perlu mempunyai
kemahiran untuk mengatasi masalah tekanan perasaan supaya fokus mereka untuk
menghadapi peperiksaan tidak terjejas. Pelajar biasanya mendapat tekanan daripada
ibu bapa, guru atau rakan untuk meraih kejayaan yang cemerlang dalam
peperiksaan. Dalam konteks ini, pelajar seharusnya berasa tenang dan sentiasa
fokus tentang peperiksaan yang akan dihadapi. Ketenangan yang diperlukan tidak
akan datang dengan tiba-tiba atau secara terpaksa tetapi akan terzahir apabila
pelajar bersedia dengan sebaik-baiknya. Lantaran itu, pelajar perlu
melaksanakan perancangan yang sesuai berdasarkan kemampuan dan komitmen
mengikut keupayaan sebagai persiapan menjelang peperiksaan. Malahan mereka
sepatutnya mengadakan jadual pembelajaran yang sistematik dan boleh diikuti agar
tidak menggelabah atau mengalami kerisauan yang kronik sebelum peperiksaan.
Tekanan
perasaan perlu ditangani dengan segera untuk mengelakkan perkara yang lebih
buruk berlaku terutamanya bagi para pelajar. Pelajar perlu memahami Falsafah
Pendidikan Negara yang mahu melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani,
emosi, rohani, intelektual dan sosial. Oleh itu, mereka seharusnya belajar
dalam persekitaran yang menyeronokkan agar emosi mereka berkembang secara
natural dan memenuhi keperluan mereka sebagai remaja. Pelajar juga perlu menjauhkan
diri daripada perkara yang merosakkan emosi dan ketenangan. Seelok-eloknya
pelajar harus mempunyai hala tuju yang konsisten tentang masa depan mereka.
Perkara sampingan yang mampu menjejaskan kestabilan emosi seperti hubungan
peribadi dengan rakan-rakan, masalah keluarga, masalah dengan guru dan masalah
kewangan perlu ditangani dengan bijaksana kerana dikhuatiri mampu menjejaskan
tumpuan mereka terhadap peperiksaan.
Sekiranya
pelajar menghadapi masalah kritikal yang mampu menjejaskan ketenangan, mereka
perlu segera berjumpa dengan guru yang rapat atau kaunselor di sekolah. Guru
atau kaunselor pasti mempunyai kaedah bagi mengatasi masalah ini. Di samping
itu, pelajar perlu menjaga kesihatan diri kerana tanpa kesihatan yang baik
sukar bagi pelajar untuk mengulang kaji pelajaran dan melakukan latihan
intensif dengan baik. Pelajar sepatutnya membanyakkan amalan kerohanian yang
dapat memberikan ketenangan kepada jiwa sebagai persiapan penting untuk
menghadapi peperiksaan. Kesimpulannya, tugasan atau bebanan yang keterlaluan
kepada pelajar semata-mata mahu menjadikan mereka cemerlang dalam bidang
akademik perlu dielakkan demi melahirkan insan yang cemerlang dari segi ilmu
dan akhlaknya.
( Dipetik dan diubahsuaikan daripada
“Tekanan Perasaan Menggugat Peperiksaan” oleh Nizar Parman
Dewan Siswa, September, 2015)
17 comments:
Petikan membincangkan cara-cara menghadapo tekanan ketika peperiksaan dan peranan ibu bapa untuk mengurangkan tekanan.
Kesimpulannya, ibu bapa mestilah sentiasa memberi perhatian dan menjaga hubungan dengan anak-anak agar mereka berasa tenang dan tidak menjejaskan tumpuan mereka terhadap peperiksaan.
-Puteri nor shafikah
Petikan membincangkan langkah-langkah menangani tekanan semasa menghadapi peperiksaan.
Kesimpulannya, ibu bapa mestilah memberi kata-kata semangat kepada anak-anak agar mereka tenang dan bersemangat ketika menjawab peperiksaan.
Rumusan membincangkan cara-cara menghadapi tekanan ketika peperiksaan dan peranan ibu bapa untuk mengurangkan tekanan.
Kesimpulannya, ibu bapa perlulah sering memberikan kata kata semangat kepada anak-anak mereka supaya mereka boleh menjawab peperiksaan dengan tenang dan penuh keyakinan.
-syazliana-
Nama- Nur Humaira Batrisyia Binti Muhammad Zaidie
Rumusan membincangkan cara-cara menghadapi tekanan ketika peperiksaan dan peranan ibu bapa untuk mengurangkan tekanan.
Kesimpulannya, ibu bapa haruslah memainkan peranan dengan memberikan kata-kata semangat kepada anak-anak mereka supaya pelajar tidak meghadapi tekanan.
-NURAFIQAH SAHIRA BT AZMI
Petikan membincangkan tentang cara untuk menghadapi tekanan ketika peperiksaan dan peranan ibu bapa untuk mengurangkan tekanan.
Kesimpulannya, ibu bapa perlu memainkan pernanan peting terhadap anak-anak dengan memberi kata-kata semangat serta sokongan supaya mereka tidak tertekan dan lebih berkeyakinan ketika menjawab peperiksaan.
Nur Aliah Wahida binti Abdul Razak
- Petikan membincangkan cara-cara menghadapi tekanan ketika peperiksaan Dan peranan ibu bapa untuk Mengurangkan tekanan.
-Kesimpulannya ibu bapa perlulah memainkan peranan yang baik seperti memberi kata-kata semangat Dan menyokong mereka supaya mereka tidak mendapat tekanan di semasa belajar Dan berjaya menjawab peperiksaan.
NURIN SYUKRIAH BT MOHD EFENDI
Petikan membincangkan tentang cara-cara untuk menghadapi tekanan ketika peperiksaan dan peranan ibu bapa untuk mengurangkan tekanan
Kesimpulannya, ibu bapa mestilah sentiasa memberi sokongan moral dan kata kata semangat supaya pelajar berasa tenang dan berkeyakinan tinggi semasa menjawab peperiksaan
Petikan membincangkan tentang cara-cara untuk menghadapi tekanan ketika peperiksaan dan peranan ibu bapa untuk mengurangkan tekanan
Kesimpulannya, ibu bapa haruslah memahami tekanan yang dihadapi anak dan tingkatkan keyakinan diri anak serta memberi kata kata positif agar mereka daoat menjawab peperiksaan dengan tenang
Petikan membincangkan tentang cara-cara untuk menghadapi tekanan ketika peperiksaan dan peranan ibu bapa untuk mengurangkan tekanan
Kesimpulannya, ibu bapa haruslah memahami tekanan yang dihadapi anak dan tingkatkan keyakinan diri anak serta memberi kata kata positif agar mereka daoat menjawab peperiksaan dengan tenang - Amirah syafiyah
Rumusan membincangkan cara-cara menghadapi tekanan ketika peperiksaan dan peranan ibu bapa untuk mengurangkan tekanan
Kesimpulannya, ibu bapa mestilah sentiasa memberi dorangan dan kata-kata semangat supaya anak-anak berasa lebih yakin semasa menjawab peperiksaan.
Rumusan membincangkan tentang cara-cara menghadapi tekanan ketika peperiksaan dan peranan ibu bapa untuk mengurangkan tekanan pada masa ini.
Kesimpulannya, ibu bapa sewajarnya memningkatkan tahap keyakinan anak anak dengan memberi dorongan yang positif agar mereka dapat menjawab peperiksaan dengan tenang dan yakin.
Petikan membincangkan tentang cara-cara menghadapi tekanan ketika peperiksaan ibu bapa untuk mengurangkan tekanan dalam kalangan pelajar.
Kesimpulannya, ibu bapa hendaklah memberi semangat dan tingkatkan tahap keyakinan pelajar supaya mereka berasa lebuh yakin untuk menjawab peperiksaan.
Petikan membincangkan tentang cara-cara menghadapi tekanan ketika peperiksaan dan peranan ibu bapa untuk mengurangkan tekanan pada masa ini.
Kesimpulannya, ibu bapa haruslah meningkatkan tahap keyakinan anak anak dengan memberi sokongan dan semangat kepada anak anak supaya mereka tidak beeputus ada dan berkeyakinan untuk menjawab peperiksaan
Petikan membincangkan tentang cara-cara menghadapi tekanan ketika peperiksaan dan peranan ibu bapa untuk mengurangkan tekanan.
Kesimpulannya, ibu bapa haruslah memberikan lebih perhatian kepada anak anak dan sokongan kepada anak-anak mereka apabila mereka akan mengahadapi peperiksaan supaya mereka akan lebih tenang dan berkeyakinan untuk menjawab peperiksaan.
Nurul Husna
Petikan membincangkan tentang cara-cara untuk menghadapi tekanan ketika peperiksaan dan peranan ibu bapa untuk mengurangkan tekanan.
Kesimpulannya, ibu bapa haruslah menjadi peranan yang baik bagi anak-anak dan sentiasa mendorong dan memeberi kata semangat kepada mereka supaya pelajar berasa lebih berkeyakinan tinggi semasa menjawab peperiksaan
Petikan membincangkan tentang usaha-usaha pelajar untuk menghadapi tekanan ketika peperiksaan dan peranan ibu bapa untuk mengurangkan tekanan.
Kesimpulannya, ibu bapa perlu memainkan peranan yang penting terhadap anak-anak dengan memberi dorongan sepenuhnya serta sokongan supaya mereka tidak mengalami sebarang tekanan dan lebih tenang untuk belajar.
Rumusan membincangkan tentang cara-cara menghadapi tekanan ketika peperiksaan dan peranan ibu bapa untuk mengurangkan tekanan.
Kesimpulannya, ibu bapa hendaklah menggalakkan anak-anak dengan cara positif dan selalu memberikan harapan kepada anak serta melontantarkan kata-kat yang baik dan positif supaya anak-anak lebih bersemangat dan berkeyakinan diri untuk menduduki peperiksaan dengan tenang.
Post a Comment