PENA BAHASA

KEMBARA MUSAFIR
 

Sunday, April 12, 2020

Latihan Rumusan Isnin - 13 April 2020

17 comments

Latihan Rumusan (Menulis Pendahuluan dan Penutupan)

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang langkah-langkah menghadapi tekanan ketika peperiksaan dan peranan ibu bapa untuk mengurangkan tekanan. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Proses penilaian melalui peperiksaan awam yang penting seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang dilaksanakan dalam sistem pendidikan negara masih relevan. Melalui penilaian inilah pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik dan disokong dengan kecemerlangan dalam bidang koakademik atau kokurikulum mempunyai peluang cerah untuk melanjutkan pengajian di universiti awam. Namun begitu, isu yang paling menarik untuk diperkatakan bukanlah tentang puluhan ribu pelajar yang dapat melanjutkan pelajaran di universiti awam tetapi situasi yang dihadapi oleh pelajar sebelum menjelangnya kedua-dua peperiksaan penting itu. Pelbagai ragam pelajar sama ada yang positif atau negatif sebelum menjelangnya peperiksaan awam termasuklah tekanan perasaan atau stres yang rata-ratanya dihadapi oleh pelajar.

Tekanan ialah perkara yang berkaitan dengan ketegangan yang dialami oleh mental atau emosi seseorang disebabkan oleh pelbagai faktor. Pelajar atau remaja perlu mempunyai kemahiran untuk mengatasi masalah tekanan perasaan supaya fokus mereka untuk menghadapi peperiksaan tidak terjejas. Pelajar biasanya mendapat tekanan daripada ibu bapa, guru atau rakan untuk meraih kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan. Dalam konteks ini, pelajar seharusnya berasa tenang dan sentiasa fokus tentang peperiksaan yang akan dihadapi. Ketenangan yang diperlukan tidak akan datang dengan tiba-tiba atau secara terpaksa tetapi akan terzahir apabila pelajar bersedia dengan sebaik-baiknya. Lantaran itu, pelajar perlu melaksanakan perancangan yang sesuai berdasarkan kemampuan dan komitmen mengikut keupayaan sebagai persiapan menjelang peperiksaan. Malahan mereka sepatutnya mengadakan jadual pembelajaran yang sistematik dan boleh diikuti agar tidak menggelabah atau mengalami kerisauan yang kronik sebelum peperiksaan.

Tekanan perasaan perlu ditangani dengan segera untuk mengelakkan perkara yang lebih buruk berlaku terutamanya bagi para pelajar. Pelajar perlu memahami Falsafah Pendidikan Negara yang mahu melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelektual dan sosial. Oleh itu, mereka seharusnya belajar dalam persekitaran yang menyeronokkan agar emosi mereka berkembang secara natural dan memenuhi keperluan mereka sebagai remaja. Pelajar juga perlu menjauhkan diri daripada perkara yang merosakkan emosi dan ketenangan. Seelok-eloknya pelajar harus mempunyai hala tuju yang konsisten tentang masa depan mereka. Perkara sampingan yang mampu menjejaskan kestabilan emosi seperti hubungan peribadi dengan rakan-rakan, masalah keluarga, masalah dengan guru dan masalah kewangan perlu ditangani dengan bijaksana kerana dikhuatiri mampu menjejaskan tumpuan mereka terhadap peperiksaan.

Sekiranya pelajar menghadapi masalah kritikal yang mampu menjejaskan ketenangan, mereka perlu segera berjumpa dengan guru yang rapat atau kaunselor di sekolah. Guru atau kaunselor pasti mempunyai kaedah bagi mengatasi masalah ini. Di samping itu, pelajar perlu menjaga kesihatan diri kerana tanpa kesihatan yang baik sukar bagi pelajar untuk mengulang kaji pelajaran dan melakukan latihan intensif dengan baik. Pelajar sepatutnya membanyakkan amalan kerohanian yang dapat memberikan ketenangan kepada jiwa sebagai persiapan penting untuk menghadapi peperiksaan. Kesimpulannya, tugasan atau bebanan yang keterlaluan kepada pelajar semata-mata mahu menjadikan mereka cemerlang dalam bidang akademik perlu dielakkan demi melahirkan insan yang cemerlang dari segi ilmu dan akhlaknya.

( Dipetik dan diubahsuaikan daripada
“Tekanan Perasaan Menggugat Peperiksaan” oleh Nizar Parman

Dewan Siswa, September, 2015)

17 comments:

Nur Zhahereen Bt Mohammad Zamri said...

Petikan membincangkan cara-cara menghadapo tekanan ketika peperiksaan dan peranan ibu bapa untuk mengurangkan tekanan.
Kesimpulannya, ibu bapa mestilah sentiasa memberi perhatian dan menjaga hubungan dengan anak-anak agar mereka berasa tenang dan tidak menjejaskan tumpuan mereka terhadap peperiksaan.

Puteri shafikah said...

-Puteri nor shafikah

Petikan membincangkan langkah-langkah menangani tekanan semasa menghadapi peperiksaan.

Kesimpulannya, ibu bapa mestilah memberi kata-kata semangat kepada anak-anak agar mereka tenang dan bersemangat ketika menjawab peperiksaan.

Afiqah said...

Rumusan membincangkan cara-cara menghadapi tekanan ketika peperiksaan dan peranan ibu bapa untuk mengurangkan tekanan.

Kesimpulannya, ibu bapa perlulah sering memberikan kata kata semangat kepada anak-anak mereka supaya mereka boleh menjawab peperiksaan dengan tenang dan penuh keyakinan.

-syazliana-

NUR HUMAIRA BATRISYIA BINTI MUHAMMAD ZAIDIE said...

Nama- Nur Humaira Batrisyia Binti Muhammad Zaidie
Rumusan membincangkan cara-cara menghadapi tekanan ketika peperiksaan dan peranan ibu bapa untuk mengurangkan tekanan.

Kesimpulannya, ibu bapa haruslah memainkan peranan dengan memberikan kata-kata semangat kepada anak-anak mereka supaya pelajar tidak meghadapi tekanan.

Afiqah said...

-NURAFIQAH SAHIRA BT AZMI

Petikan membincangkan tentang cara untuk menghadapi tekanan ketika peperiksaan dan peranan ibu bapa untuk mengurangkan tekanan.

Kesimpulannya, ibu bapa perlu memainkan pernanan peting terhadap anak-anak dengan memberi kata-kata semangat serta sokongan supaya mereka tidak tertekan dan lebih berkeyakinan ketika menjawab peperiksaan.

Aliahwahida said...

Nur Aliah Wahida binti Abdul Razak
- Petikan membincangkan cara-cara menghadapi tekanan ketika peperiksaan Dan peranan ibu bapa untuk Mengurangkan tekanan.


-Kesimpulannya ibu bapa perlulah memainkan peranan yang baik seperti memberi kata-kata semangat Dan menyokong mereka supaya mereka tidak mendapat tekanan di semasa belajar Dan berjaya menjawab peperiksaan.

Unknown said...

NURIN SYUKRIAH BT MOHD EFENDI

Petikan membincangkan tentang cara-cara untuk menghadapi tekanan ketika peperiksaan dan peranan ibu bapa untuk mengurangkan tekanan

Kesimpulannya, ibu bapa mestilah sentiasa memberi sokongan moral dan kata kata semangat supaya pelajar berasa tenang dan berkeyakinan tinggi semasa menjawab peperiksaan

Unknown said...

Petikan membincangkan tentang cara-cara untuk menghadapi tekanan ketika peperiksaan dan peranan ibu bapa untuk mengurangkan tekanan

Kesimpulannya, ibu bapa haruslah memahami tekanan yang dihadapi anak dan tingkatkan keyakinan diri anak serta memberi kata kata positif agar mereka daoat menjawab peperiksaan dengan tenang

Unknown said...

Petikan membincangkan tentang cara-cara untuk menghadapi tekanan ketika peperiksaan dan peranan ibu bapa untuk mengurangkan tekanan

Kesimpulannya, ibu bapa haruslah memahami tekanan yang dihadapi anak dan tingkatkan keyakinan diri anak serta memberi kata kata positif agar mereka daoat menjawab peperiksaan dengan tenang - Amirah syafiyah

Nurqasdina Bt Mohd Fariz said...

Rumusan membincangkan cara-cara menghadapi tekanan ketika peperiksaan dan peranan ibu bapa untuk mengurangkan tekanan

Kesimpulannya, ibu bapa mestilah sentiasa memberi dorangan dan kata-kata semangat supaya anak-anak berasa lebih yakin semasa menjawab peperiksaan.

Nur Munirah said...

Rumusan membincangkan tentang cara-cara menghadapi tekanan ketika peperiksaan dan peranan ibu bapa untuk mengurangkan tekanan pada masa ini.

Kesimpulannya, ibu bapa sewajarnya memningkatkan tahap keyakinan anak anak dengan memberi dorongan yang positif agar mereka dapat menjawab peperiksaan dengan tenang dan yakin.

SYAKIRAH said...

Petikan membincangkan tentang cara-cara menghadapi tekanan ketika peperiksaan ibu bapa untuk mengurangkan tekanan dalam kalangan pelajar.
Kesimpulannya, ibu bapa hendaklah memberi semangat dan tingkatkan tahap keyakinan pelajar supaya mereka berasa lebuh yakin untuk menjawab peperiksaan.

Nur Khatirah Najwa said...

Petikan membincangkan tentang cara-cara menghadapi tekanan ketika peperiksaan dan peranan ibu bapa untuk mengurangkan tekanan pada masa ini.

Kesimpulannya, ibu bapa haruslah meningkatkan tahap keyakinan anak anak dengan memberi sokongan dan semangat kepada anak anak supaya mereka tidak beeputus ada dan berkeyakinan untuk menjawab peperiksaan

Balqis Batrisyia said...

Petikan membincangkan tentang cara-cara menghadapi tekanan ketika peperiksaan dan peranan ibu bapa untuk mengurangkan tekanan.

Kesimpulannya, ibu bapa haruslah memberikan lebih perhatian kepada anak anak dan sokongan kepada anak-anak mereka apabila mereka akan mengahadapi peperiksaan supaya mereka akan lebih tenang dan berkeyakinan untuk menjawab peperiksaan.

Nurul Husna said...

Nurul Husna
Petikan membincangkan tentang cara-cara untuk menghadapi tekanan ketika peperiksaan dan peranan ibu bapa untuk mengurangkan tekanan.


Kesimpulannya, ibu bapa haruslah menjadi peranan yang baik bagi anak-anak dan sentiasa mendorong dan memeberi kata semangat kepada mereka supaya pelajar berasa lebih berkeyakinan tinggi semasa menjawab peperiksaan

Hanis Suhaimii said...

Petikan membincangkan tentang usaha-usaha pelajar untuk menghadapi tekanan ketika peperiksaan dan peranan ibu bapa untuk mengurangkan tekanan.

Kesimpulannya, ibu bapa perlu memainkan peranan yang penting terhadap anak-anak dengan memberi dorongan sepenuhnya serta sokongan supaya mereka tidak mengalami sebarang tekanan dan lebih tenang untuk belajar.

Nur Adlyna said...

Rumusan membincangkan tentang cara-cara menghadapi tekanan ketika peperiksaan dan peranan ibu bapa untuk mengurangkan tekanan.

Kesimpulannya, ibu bapa hendaklah menggalakkan anak-anak dengan cara positif dan selalu memberikan harapan kepada anak serta melontantarkan kata-kat yang baik dan positif supaya anak-anak lebih bersemangat dan berkeyakinan diri untuk menduduki peperiksaan dengan tenang.

Post a Comment

 
Kembara Musafir © 2020 DheTemplate.com. Supported by